Font size
WorksheetsPENTAKSIRAN SUMATIF PERTENGAHAN TAHUN 2021: PNG TING.5
Total questions: 40
Worksheet time: 1hrs 20mins
Pernyataan manakah yang menerangkan maksud pengurusan sumber manusia?
A Usaha untuk membina imej baik organisasi
B Usaha untuk membangun tenaga kerja dalam organisasi
C Usaha untuk mengurangkan risiko kerugian akibat kemerosotan perniagaan
D Usaha untuk meningkatkan kecekapan sistem pentadbiran dalam organisasi
Manakah yang dapat membantu pekerja untuk mencapai Indeks Pencapaian Utama( KPI) pasukan?
A Adanya struktur organisasi berdasarkan fungsi
B Wujudnya hubungan yang baik antara majikan dan pekerja
C Teknik merekrut dan proses pemilihan pekerja yang berkesan
D Wujudnya kerjasama melalui perkongsian pengetahuan dan kemahiran
Bagaimanakah caranya prestasi kerja pasukan dapat dipertingkatkan?
A Mengadakan latihan dan kursus secara intensif
B Memanjangkan kontrak perkhidmatan pekerja
C Menggalakkan persaingan dalam kalangan pekerja
D Mewujudkan sistem kenaikan pangkat yang mudah
Apakah definisi kemahiran kebolehkerjaan ?
A.kepakaran yang dimiliki oleh pekerja.
B.kebolehan yang dimiliki oleh pekerja.
C.kemahiran yang dimiliki oleh pekerja.
D.kemahiran atau kebolehan yang dimiliki oleh pekerja.
Mengapakah sumber manusia perlu diurus dengan cekap dan berkesan?
I Untuk menghasilkan individu yang produktif
II Untuk meningkatkan kualiti output yang dihasilkan
III Untuk mengurangkan masalah ketidakhadiran pekerja
IV Untuk memperbaiki kelemahan dalam sistem pentadbiran
A I dan II
B I dan III
C. II dan IV
D III dan IV
Situasi di bawah ini berkaitan dengan peranan pengurusan sumber manusia dalam organisasi
Konsep
pengurusan Jepun seperti Total Quality Management(TQM), Kaizen dan Zero
Defect diamalkan bertujuan untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada para
pelanggan
Apakah peranan pengurusan sumber manusia yang tersebut?
A Latihan peningkatan kemahiran
B Pemantapan budaya professional
C Menggalakkan kreativiti dan inovasi
D Membentuk persekitaran kerja yang positif dan harmoni
A
B
C
D
Maklumat berikut berkaitan dengan tujuan pengurusan sumber fizikal dalam sesebuah organisasi.
Apakah sumber fizikal tersebut?
Kilang dan mesin
Bangunan dan kelengkapan
Bangunan dan kemudahan
Penyelenggaraan dan pembaikan
Apakah maksud harta intelek?
Hasil ciptaan atau rekaan yang berasal daripada pembangunan dan penyelidikan sesebuah organisasi
Hasil ciptaan atau kreativiti yang berasal daripada ilham atau inspirasi seseorang
Hasil ciptaan atau rekaan yang berasal daripada pembentukan dan penghasilan sesebuah organisasi
Hasil ciptaan atau kreativiti yang berasal daripada daya intelektual atau minda seseorang
Kim Chi Sdn Bhd ingin mengemukakan permohonan paten untuk produk baharu yang diciptanya. Agensi kerajaan manakah yang harus dirujukkan oleh syarikat itu?
Perbadanan Hak Cipta dan Paten Malaysia
Perbadanan Harta Intelek Malaysia
Pejabat Pendaftar Syarikat
Suruhanjaya Syarikat Malaysia
Apakah peranan badan berkenaan?
Meluluskan undang-undang berkaitan harta intelek
Menguruskan pendaftaran harta intelek di Msia
Menyediakan pembiayaan utk menggalakkan reka cipta
Menyediakan kemudahan utk menghasilkan harta intelek
Maklumat berikut berkaitan dengan contoh sejenis sumber teknologi
·
Reka Bentuk
·
Lukisan
·
Muzik
Apakah sumber teknologi tersebut?
A. Harta Intelek
B. Lesen Perisian
C. Kemahiran dan Pengalaman
D. Undang-undang harta intelek
Jenis insurans manakah yang dapat melindungi sumber fizikal terhadap risiko kerugian?
I Insurans kemalangan
II Insurans kebakaran
III Insurans kehilangan barang
IV Insurans nyawa
I & II
I & IV
II & III
III & IV
Apakah yang dimaksudkan dengan Paten?
Hak ekslusif untuk suatu reka cipta sama ada berupa satu produk atau satu proses untuk menghasilkan sesuatu yang baharu.
Hak ekslusif untuk suatu cetakan produk atau satu proses untuk membeli sesuatu perkhidmatan baharu.
Hak ekslusif untuk suatu cetakan perkhidmatan atau satu proses untuk menjual sesuatu barangan baharu.
Hak ekslusif untuk suatu cetakan barang dan perkhidmatan atau satu proses untuk menjual dan membeli sesuatu barangan dan perkhidmatan baharu.
Antara berikut yang manakah kekuatan sumber pembiayaan dalaman?
A Cepat dan ringkas untuk diuruskan.
B Tempoh bayaran balik ikut kemampuan.
C Jumlah pinjaman boleh disesuaikan dengan keperluan semasa.
D Tiada nilai faedah yang tinggi.
Berikut merupakan kelemahan sumber pembiayaan dalaman...
I Memerlukan penjamin
II Modal terhad
III Sukar menambah modal dalam jangka masa yang
singkat
IV Tertakluk kepada syarat pinjaman
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV
Rajah di atas menunjukkan prosedur mendapatkan sumber pembiayaan. Apakah prosedur yang sesuai bagi P?
A Membayar yuran sewajarnya
B Menyediakan aset tetap sebagai cagaran
C Berunding dengan pakar runding bagi mendapatkan khidmat nasihat
D Menyemak jenis keperluan perniagaan yang diperlukan oleh usahawan
Prosedur pertama yang perlu dilakukan oleh usahawan sebelum memulakan perniagaan ialah....
A menyediakan penyata bank
B menyediakan rancangan perniagaan
C membuat rundingan dengan pakar kewangan
D memulakan perniagaan atau memohon semula
Gambar berikut merupakan contoh agensi kerajaan. Manakah antara berikut adalah W ?
A AmBank
B Agro Bank
C Tabung Haji
D Syarikat Insurans
Apakah insentif yang disediakan untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam bidang sains dan tekonologi?
Overdraf
Pemfaktoran
Geran tanah
Geran penyelidikan dan pembangunan
Ar-Rahnu merupakan salah satu sumber pembiayaan yang
Menyewakan aset dengan tujuan membeli aset tersebut
Merujuk kepada satu barang berharga untuk dijadikan cagaran
Memudahkan urusan pembelian akaun penghutang/invois
Memudahkan peniaga mendapat kemudahan kredit
Siapakah yang menggunakan maklumat dalam penyata kewangan untuk mengetahui kemampuan perniagaan membayar hutang?
Pelabur
Pembiaya
Pemegang saham
Pihak pengurusan
Butiran manakah yang terdapat dalam Penyata Aliran Tunai?
Jualan Kredit
Hutang lapuk
Ambilan barang niaga oleh pemilik
Penerimaan daripada penghutang
Antara yang berikut, yang manakah merupakan jenis
penyata kewangan?
I Penyata perdagangan
II Penyata Untung Rugi
III Kunci Kira-Kira
IV Penyata pendapatan
A. I dan II
B I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
Antara yang berikut, yang manakah dicatat dalam Kunci Kira-Kira?
I Stok akhir
II Overdraf bank
III Stok awal
IV Untung kasar
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Pernyataan manakah yang berkaitan dengan sebab pesaing memerlukan penyata kewangan perniagaan?
Mengetahu prestasi perniagaan yang akan dijadikan sebagai asas untuk menentukan hala tuju syarikat mereka
Mengetahui daya saing perniagaan dalam pasaran bagi suatu tempoh masa tertentu
Merancang strategi perniagaan yang sesuai bagi menangani perniagaan di pasaran
Merancang strategi pemasaran yang berkesan bagi memasarkan produk dan perkhidmatan yang baharu di pasaran
Seseorang yang dapat mereka cipta keluaran baharu yang tidak pernah dicipta oleh orang lain dikatakan mempunyai ciri
A kreatif
B inovatif
C berpandangan jauh
D berani mengambil risiko
A
B
C
D
Maklumat di bawah berkaitan Encik Haiqal.
Encik Haiqal merupakan seorang penjual
buku sekolah. Beliau terbaca satu
laporan yang mengatakan bahawa bilangan pelajar sekolah akan bertambah pada
kadar 15% - 25% setiap tahun dari tahun 2016 hingga tahun 2025. Beliau berjaya memujuk beberapa orang rakannya yang mempunyai
kemahiran dan pengalaman bekerja dalam bidang penerbitan dan pemasaran untuk
menubuhkan sebuah syarikat penerbitan buku sekolah.
Apakah ciri keperibadian usahawan yang dimiliki oleh Encik Haiqal?
I Fleksibel
II Berdikari
III Semangat sepasukan
IV Pandai mengambil peluang
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
A
B
C
D
Siapakah yang memiliki ciri-ciri keperibadian seorang usahawan?
A. Encik Hong merupakan seorang yang berinisiatif dan dapat merebut peluang perniagaan
B. Encik Yong suka menjalankan perniagaan yang tiada risiko kegagalan
C. Cik Aini berpuas hati dengan perniagaan milikan tunggalnya
D. Cik Saraswati hanya menjalankan aktiviti jual beli perniagaan
A
B
C
D
Persekitaran perniagaan sentiasa mengalami perubahan terutama dari aspek ledakan teknologi. Usahawan yang berjaya, adalah mereka yang sentiasa mengikuti perkembangan serta perubahan yang berlaku disekeliling bagi memastikan perniagaan mereka kekal bersaing dalam pasaran. Ciri usahawan berikut adalah merujuk kepada
Pandai mengambil peluang
Tabah
Kreatif
Yakin diri
Encik Hairi seorang pengusaha kebun durian telah mereka cipta satu peralatan mudah untuk membuka buah durian dengan cepat dan mudah. Apakah ciri keperibadian usahawan yang ada pada Encik Hairi?
Kreatif
Inovatif
Berpandangan jauh
Berani mengambil risiko
Tindakan manakah yang dapat membantu usahawan membina jenama yang kukuh dalam jangka panjang?
Memberi diskaun
Menghasilkan produk bermutu
Mejual produk pada harga murah
Menjalankan promosi jualan yang intensif
Apakah kekuatan yang perlu ada di dalam diri usahawan?
Menyelesaikan masalah kecil terlebih dahulu
Berinisiatif dan bertanggungjawab
Berfikiran positif untuk berjaya
Yakin diri dan optimistik
Antara yang berikut, manakah merupakah kelebihan menjadi usahawan kepada negara? (Pilih dua)
Mewujudkan kerjasama serantau
Mewujudkan pengaliran masuk modal asing
Memupuk minat keusahawan dalam kalangan ahli keluarga
Mewujudkan ketenteraman dengan mengurangkan kadar jenayah
Pernyataan manakah yang menerangkan penubuhan perkongsian?
Sijil Pendaftaran Perniagaan perlu diperbaharui sebelum membuat sebarang pendaftaran untuk perubahan maklumat perniagaan
Mendaftarkan sebarang perubahan dalam masa 15 hari sebelum tarikh perubahan maklumat dilakukan
Perubahan jenis perniagaan perlulah selaras dengan bilangan rakan kongsi
Maklumat pemilik di dalam Borang B perlulah disahkan oleh lembaga pengarah
Apakah tanggungjawab peniaga setelah memperoleh Sijil Pendaftaran Perniagaan?
Menyimpan sijil
Mempamerkan sijil
Mencetak kad perniagaan
Memulakan perniagaan
Apakah tanggungjawab perniagaan perkongsian sekiranya terdapat rakan kongsi meninggal dunia?
Memperbaharui sijil pendaftaran
Mempamerkan sijil pendaftaran
Mendaftar perubahan maklumat perniagaan
Mempamerkan nama perniagaan pada dokumen rasmi
Maklumat berikut berkaitan dengan sejenis dokumen perniagaan.
-> Dokumen bercetak yang mengandungi gambar yang berwarna dan maklumat tentang semua barang yang dijual
Apakah dokumen tersebut?
Katalog
Senarai harga
Sebut harga
Invois
Berikut merupakan dua contoh bentuk pemilikan perniagaan.
Kedai Kasut Puva
Kedai Cermin Mata Ain & Johan
Penubuhan perniagaan di atas perlu didaftar di bawah
Akta Pendaftaran Perniagaan 1956
Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012
Akta Syarikat 2016
Akta Pertubuhan 1966
Campuran Pemasaran
1) Produk
2) M
3) Promosi
4) Tempat
Apakah M?
Penentuan harga
Penetapan harga
Perubahan harga
Harga
