Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Perniagaan Tingkatan 4 dan Tingkatan 5

Total questions: 25

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Apakah maksud perniagaan?

a)

Pertukaran nilai antara penjual dan pembeli

b)

sesuatu pertukaran barang atau perkhidmatan dengan wang atau alat pertukaran lain dan bertujuan untuk memenuhi keperluan dan kehendak pengguna

c)

Mendapatkan keuntungan bagi membangunkan dan mengembangkan perniagaan

2.

Berdasarkan jawapan berikut, tandakan tiga konsep asas perniagaan.

a)

Barang dan perkhidmatan

b)

Menjangka risiko

c)

Pertukaran nilai

d)

Kontrak perniagaan

e)

Sasaran jualan

3.

Berdasarkan jawapan di bawah, tandakan tiga bentuk milikan perniagaan.

a)

Koperasi

b)

Perbankan

c)

Perkongsian

d)

Milikan Tunggal

e)

Runcit

4.

Apakah maksud francais?

a)

Dua perniagaan yang digabungkan menjadi satu

b)

Sebuah syarikat induk (francaisor) memberi hak kepada syarikat lain atau individu (francaisi) untuk memasarkan produk dan perkhidmatan

c)

Kumpulan sasaran yang dikenal pasti akan menggunakan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan

5.

Tandakan tiga jenis pelepasan cukai.

a)

Elaun cukai pelaburan

b)

Cukai pintu

c)

Taraf Perintis

d)

Cukai tanah

e)

Pengecualian cukai

6.

Apakah peranan kerajaan dari aspek pertubuhan ekonomi?

a)

Meningkatkan pendapatan isi rumah

b)

Menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh rakyat

c)

Menunjukkan proses pengagihan sumber-sumber perniagaan

7.

Berikan maksud inflasi.

a)

Kekurangan bahan mentah di kilang-kilang makanan

b)

Penurunan harga untuk semua barang dan perkhidmatan

c)

Kenaikan harga untuk semua barang dan perkhidmatan

8.

Antara berikut, apakah dua kesan inflasi?

a)

Kerajaan tidak dapat mengutip cukai

b)

Pengurangan pendapatan

c)

Penurunan pendapatan kerajaan

d)

Pendapatan rakyat meningkat secara mendadak

e)

Mengurangkan kuasa beli

9.

Apakah maksud deflasi?

a)

Peningkatan jumlah barangan di pasaran

b)

Penurunan simpanan wang rakyat

c)

Penurunan harga umum barangan yang berterusan

10.

Apakah kegunaan visi, misi dan objektif sesebuah perniagaan?

a)

Menunjukkan keupayaan pemilik perniagaan

b)

Mencapai sesuatu matlamat yang ditetapkan

c)

Untuk mendapatkan lesen perniagaan

11.

Apakah maksud SMART?

a)

Setuju, boleh diukur, boleh dicapai, realisme, jangka masa

b)

Senang, mencapai, boleh dicapai, munasabah, jarak

c)

Spesifik, boleh diukur, boleh dicapai, munasabah, jangka masa

12.

Tandakan dua bahagian fungsian utama sesebuah perniagaan.

a)

Pengeluaran

b)

Perbankan

c)

Jualan

d)

Perakaunan

e)

Pengagihan

13.

Apakah definisi pengurusan sumber manusia?

a)

Satu usaha pembangunan tenaga kerja dalam organisasi untuk menarik, membangun dan mengekalkan tenaga pekerja yang berprestasi tinggi

b)

Pembangunan tenaga kerja untuk meningkatkan keuntungan perniagaan agar dapat menjalankan tanggungjawab sosial

c)

Peningkatan tenaga kerja untuk meningkatkan pengeluaran produk sesebuah perniagaan

14.

Tandakan tiga peranan pengurusan sumber manusia.

a)

Prestasi pasukan

b)

Prestasi perniagaan

c)

Pemantapan budaya profesional

d)

Peningkatan sumber manusia

e)

Pemberhentian kerja

15.

Tandakan dua struktur organisasi dalam perniagaan.

a)

Struktur organisasi berdasarkan fungsi

b)

Struktur organisasi berdasarkan keuntungan

c)

Struktur organisasi berdasarkan aset perniagaan

d)

Struktur organisasi berdasarkan geografi/wilayah

e)

Struktur organisasi berdasarkan liabiliti perniagaan

16.

Tandakan tiga contoh sumber teknologi dan sumber fizikal.

a)

Harta intelek

b)

Pengurusan sumber

c)

Stok

d)

Bahan mentah

e)

Sumber manusia

17.

Apakah kelebihan sumber pembiayaan dalaman?

a)

Tidak melibatkan kos seperti faedah pinjaman

b)

Jumlah pinjaman disesuaikan mengikut keperluan

c)

Modal yang banyak

18.

Apakah kelemahan sumber pembiayaan luaran?

a)

Mengambil masa singkat

b)

Sukar menambah modal dalam masa singkat

c)

Persaingan yang sengit

19.

Apakah maksud penyata kewangan?

a)

Satu bentuk laporan yang menunjukkan kedudukan kewangan sesebuah perniagaan bagi suatu tempoh tertentu.

b)

Satu bentuk laporan yang menunjukkan keuntungan perniagaan secara bulanan

c)

Satu bentuk laporan yang menunjukkan kerugian perniagaan secara bulanan

20.

Tandakan dua ciri-ciri keperibadian usahawan.

a)

Berani mengambil risiko

b)

Mudah putus asa

c)

Komitmen yang tinggi

d)

Tidak yakin diri

e)

Tidak merebut peluang

21.

Apakah keberuntungan perniagaan?

a)

Penggunaan peralatan dan teknologi terkini

b)

Imej pernigaan yang teruk

c)

Tidak melaksanakan tanggungjawab sosial

22.

Tandakan tiga akta yang berkaitan dengan penubuhan sesebuah entiti perniagaan.

a)

Akta Pendaftaran Perniagaan 1956

b)

Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012

c)

Akta Syarikat 2016

d)

Akta Milikan Tunggal 1975

e)

Akta Perkongsian 1978

23.

Tandakan dua dokumen perniagaan yang perlu disimpan.

a)

Rekod modal permulaan

b)

Rekod perbelanjaan

c)

Rekod bahan mentah

d)

Rekod transaksi bank

e)

Rekod ambilan dan modal

24.

Apakah definisi rancangan perniagaan?

a)

Dokumen bertulis yang menerangkan projek baharu secara terperinci

b)

Dokumen bertulis yang menerangkan latar belakang perniagaan sebelum memulakan projek

c)

Dokumen bertulis yang menerangkan maklumat perniagaan atau projek yang hendak dialankan secara menyeluruh dan terperinci

25.

Tandakan tiga format rancangan perniagaan.

a)

Ringkasan eksekutif

b)

Latar belakang perniagaan

c)

Rancangan projek

d)

Pengagihan sumber perniagaan

e)

Rancangan kewangan