wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PENTAKSIRAN SUMATIF PERTENGAHAN TAHUN-SEJARAH TINGKATAN 3

Total questions: 40

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Apakah unit yang paling kecil dalam sistem pemerintahan masyarakat Melayu?

a)

Mukim

b)

Daerah

c)

Bahagian

d)

Kampung

2.

Hierarki pemerintahan di Negeri Sembilan adalah seperti berikut kecuali...

a)

Sultan

b)

Undang

c)

Lembaga

d)

Buapak

3.

Barangan Mewah yang diperlukan oleh orang Eropah dari China ialah..

a)

Teh

b)

Kopi

c)

Tembikar

d)

Sutera

4.

Gambar berikut adalah mata wang negeri-negeri Melayu.


Apakah negeri yang menggunakan mata wang tersebut?

a)

Kedah

b)

Pahang

c)

Kelantan

d)

Terengganu

5.

Maklumat berikut berkaitan pendidikan formal masyarakat Melayu.


Mempelajari bacaan dalam solat, hadis, fekah dan usuluddin.


Bagimanakah pendidikan formal tersebut dilaksanakan?

a)

Istana

b)

Masjid

c)

Pondok

d)

Madrasah

6.

Mengapakah bahasa Melayu digelar sebagai bahasa lingua franca di Alam Melayu?

a)

Merupakan bahasa untuk kerabat diraja

b)

Menjadi bahasa rasmi untuk pentadbiran

c)

Menjadi bahasa dalam sistem pendidikan

d)

Menjadi bahasa pertuturan antara pedagang

7.

Kuasa Barat yang berusaha mendapatkan Pulau Langkawi ...

a)

Amerika Syarikat

b)

Jerman

c)

Rusia

d)

Britain

8.

Apakah strategi yang digunakan oleh Portugis?

a)

Pakatan

b)

Serangan fizikal

c)

Pakatan

d)

Perjanjian

9.

Manipulasi bermaksud..

a)

Kontrak

b)

Permuafakatan

c)

Tindakan mengatur sesuatu dengan cara bijaksana

d)

Mengenakan pengaruh

10.

Mengapakah Belanda berperang dengan penduduk tempatan di Kuala Perak pada tahun 1651?

a)

Menguasai negeri Perak

b)

Dasar monopoli bijih timah

c)

Berlaku perselisihan faham

d)

Masalah perebutan perairan

11.

Pada tahun 1641, Belanda telah mengadakan pakatan dengan Johor. Apakah kesan pakatan tersebut?

a)

Bersetuju memeterai Perjanjian Inggeris-Belanda

b)

Bersetuju menjual bijih timah kepada Belanda

c)

Berjaya mengalahkan Portugis di Melaka

d)

Berjaya menguasai pelabuhan Melaka

12.

Apakah kesan desakan James Brooke terhadap Sultan Brunei?

a)

Diluluskan penubuhan Syarikat Hindia Timur

b)

Dibenarkan menguasai Sungai Skrang

c)

Dilantik sebagai Penasihat Barat

d)

Diiktiraf sebagai Raja Sarawak

13.

Nyatakan faktor Pulau Pinang sebagai kedudukan strategik bagi memenuhi keperluan British.

a)

Pusat Pengumpulan barang

b)

Pelabuhan Persinggahan

c)

Pengkalan Tentera

d)

Semua jawapan yang tersenarai

14.

Pelantikan Abdullah sebagai Raja Muda Kedah oleh Sultan Muhammad Jiwa telah menyebabkan ada pihak yang tidak berpuas hati dengan pelantikan tersebut. Siapakah yang tidak berpuas hati dengan pelantikan itu?

a)

Sultan Muhammad Jiwa

b)

Kerabat Diraja Kedah

c)

Syarikat Hindia Timur Inggeris

d)

Edward Monckton

15.

Siapakah yang telah memanipulasi isu perwarisan takhta kesultanan Johor Riau yang menyebabkan pertindihan dua orang sultan?

a)

Stamford Raffles

b)

William Farquhar

c)

John Crawfurd

d)

Francis Light

16.

Siapakah yang telah dilantik sebagai Residen pertama Singapura?

a)

George Leith

b)

Francis Light

c)

Stamford Raffles

d)

Wlliam Farquhar

17.

Pada tahun bilakah Negeri-negeri Selat diletakkan di bawah tanggungjawab Pejabat Tanah Jajahan di London?

a)

1867

b)

1641

c)

1711

d)

tiada jawapan yang tersenarai

18.

Mengapakah Stamford Raffles bersedia mengiktiraf Tengku Hussein sebagai Sultan Johor?

a)

Menduduki Singapura

b)

Memelihara keamanan

c)

Menegakkan keadilan

d)

Menghormati Tengku Hussein

19.

Apakah kesan Perjanjian London 1824 terhadap kerajaan Alam Melayu?

a)

Berlaku perpecahan

b)

Institusi kesultanan terhapus

c)

Undang-undang Barat menjadi rujukan

d)

Pemerintahan tradisioanal semakin kukuh

20.

Selain memperoleh Melaka daripada Belanda, apakah kejayaan yang dicapai oleh British melalui Perjanjian Inggeris-Belanda 1824?

a)

Menguasai Empayar Johor

b)

Menguasai Selat Melaka

c)

Melemahkan perdagangan Belanda

d)

Meluaskan pengaruh ke Kepulauan Indonesia

21.

Mengapakah British membentuk Negeri-Negeri Selat?

a)

Menghapuskan pengaruh Belanda

b)

Memajukan masyarakat setempat

c)

Menguasai perdagangan di Selat Melaka

d)

Memperkenalkan perdagangan antarabangsa

22.

Apakah peranan sistem berikut di Melaka?


Sistem Kapitan



a)

Mengawal pencerobohan kuasa asing

b)

Mengukuhkan sistem pertahanan negeri

c)

Mewujudkan keamanan dalam komuniti kaum

d)

Mengatasi ancaman lanun

23.

Siapakah orang Melayu pertama yang dilantik menganggotai Majlis Perundangan Negeri-Negeri Selat?

a)

Bendahara Tun Ali

b)

Mohammad Eunos Abdullah

c)

Temenggung Abdul Rahman

d)

Sultan Mahmud Muzaffar Shah IV

24.

Apakah tujuan Majlis Perundangan ditubuhkan di Negeri-Negeri Selat?

a)

Mengurus hal pentadbiran

b)

Menggubal undang-undang

c)

Meluluskan undang-undang sendiri

d)

Mengurus hal ehwal tanah jajahan British

25.

Siapakah yang mengetuai Pejabat Tanah Jajahan?

a)

Gabenor

b)

Pejabat India

c)

Residen Konsular

d)

Setiausaha Negara

26.

Apakah peranan Pejabat Tanah Jajahan?

a)

Mengurus hal ehwal tanah jajahan British

b)

Mengawasi kegiatan perdagangan

c)

Mengawasi pentadbiran British

d)

Meluluskan undang-undang

27.

Pembesar Melayu memperoleh kawasan pegangan mengusahakan perlombongan bijih timah daripada sultan.


Apakah cara kawasan tersebut diperoleh?

a)

Surat tauliah

b)

Tanah anugerah

c)

Sewaan tahunan

d)

Pemberian konsesi

28.

Siapakah pembesar Melayu yang memajukan perlombongan bijih timah di Klian Pauh dan Klian Baru?

a)

Long Jaafar

b)

Dato Kelana

c)

Raja Abdullah

d)

Sultan Abdul Samad

29.

Dimanakah rumah api Tanjung Rachado?

a)

Jugra

b)

Tanjung Tuan, Selangor

c)

Tanjung Tuan, Port Dickson

d)

Teluk Rachado

30.

Apakah tugas wakil British?

a)

Memungut cukai dan hal ehwal kewangan

b)

Mengurus dan melindungi rakyat British di negeri lain

c)

Menjaga keselamatan negeri yang diselia

d)

Menjaga hal pelaburan dan perlombongan

31.

Bilakah perjanjian Pangkor termeterai?

a)

1873

b)

1874

c)

1973

d)

1974

32.

Apakah gelaran bagi Ngah Ibrahim di dalam perjanjian Pangkor?

a)

Raja Muda

b)

Orang-orang Kaya

c)

Orang Kaya menteri Larut

d)

Orang Besar Perak

33.

Apakah kesan Perjanjian Pangkor terhadap pentadbiran Perak?

a)

Sultan diturunkan takhta

b)

British menguasai pungutan cukai

c)

Warisan Kesultanan Perak runtuh

d)

Perak menjadi tanah jajahan mahkota British

34.

Di negeri Melayu manakah J.W.W Birch memainkan peranan sebagai Residen British yang pertama menasihati sultan?

a)

Perak

b)

Pahang

c)

Selangor

d)

Negeri Sembilan

35.

Apakah jabatan-jabatan yang telah diperkenalkan semasa pemerintahan British

a)

Jabatan Pendidikan dan Jabatan Cukai

b)

Jabatan Polis dan Jabatan Pengangkutan

c)

Jabatan Kehakiman dan Jabatan Kesihatan

d)

Jabatan Tanah dan Ukur serta Jabatan Cukai

36.

Apakah ciri-ciri Negeri-Negeri Melayu Bersekutu yang ditubuhkan pada tahun 1896?

a)

Sultan sebagai ketua pentadbiran

b)

Kuala Lumpur sebagai pusat pentadbiran

c)

Gabenor menjadi penasihat sultan

d)

Agama Islam sebagai agama rasmi

37.

Durbar merupakan persidangan Raja-raja Melayu. Mengapakah British membentuk Durbar?

a)

Membincangkan pembahagian kekayaan Tanah Melayu antara pihak yang terlibat

b)

Mendapatkan sokongan terhadap pembentukan Negeri-negeri Melayu Bersekutu

c)

Menyelesaikan masalah dan pertikaian yang berlaku di negeri terlibat

d)

Mencari pasaran luar bagi hasil bumi negeri

38.

Apakah maksud Durbar?

a)

Majlis Raja-raja Melayu

b)

Majlis Pembesar Melayu

c)

Majlis Residen

d)

Majlis Pesuruhjaya Tinggi

39.

Senaraikan nama Negeri-negeri Melayu Bersekutu

a)

Kedah, Perlis, Terengganu, kelantan

b)

Perak, Johor, Selangor, Melaka

c)

Negeri Sembilan, Perak, Pahang, Kedah

d)

Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang

40.

Apakah peranan Raja-raja Melayu dalam Majlis Mesyuarat Persekutuan?

a)

Penasihat

b)

Pengerusi

c)

Ahli biasa

d)

Setiausaha