NEW
Font size
WorksheetsPENTAKSIRAN SUMATIF PERTENGAHAN TAHUN BAHASA MELAYU TING. 3
Total questions: 40
Worksheet time: 40mins
Fenomena El-Nino telah menyebabkan ____________ di negara kita mengalami jerebu yang teruk.
lalu lintas
jalan raya
suhu panas
ruang udara
Guru yang ditempatkan di sekolah pedalaman hendaklah memiliki sifat yang _______ apabila menjalankan tugas.
tegas
teguh
kuat
kental
Johari hanya terpinga-pinga _________ Cikgu Azhar menanyakan soalan Matematik kepadanya.
sejak
kerana
dengan
apabila
Haryati ____________ selepas pengacara majlis mengumumkan namanya sebagai penerima Tokoh Pelajar Cemerlang di sekolahnya.
terpegun
terpukau
tergamam
tercengang
Ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Pilih perkataan yang salah. Jika tiada kesalahan, pilih tiada kesalahan.
Mamat ingin berhijrah ke bandar tetapi tidak kesampaian kerana ibunya berhasrat supaya dia berkahwinkan dengan gadis pilihannya. Tiada kesalahan.
berhijrah
berhasrat
berkahwinkan
tiada kesalahan
Sajak Senja di Palang Besi
Apakah tema yang bersesuaian dengan Sajak Senja di Palang Besi ?
Kemiskinan banduan
Kepayahan hidup banduan
Kesengsaraan hidup banduan
Kehidupan sedih seorang banduan
Prosa Tradisional Bahagia Sesudah Derita
Berikut merupakan sebab Si Miskin tidak berani meminta makanan ke rumah orang, kecuali
Orang kampung menghina mereka
Orang kampung memalu kayu ke arah mereka
Orang kampung melontar kayu ke arah mereka
Orang kampung tidak membenarkan mereka menghampiri kampung
Prosa Tradisional Bahagia Sesudah Derita
Yang berikut ialah watak dan perwatakan yang ditonjolkan oleh Si Miskin, kecuali
Seorang yang tabah mengharungi dugaan hidup
Seorang yang teliti dalam melaksanakan pekerjaannya
Seorang yang sayang akan isterinya
Seorang yang sanggup memenuhi segala permintaan dirinya
Sajak Senja di Palang Besi
Apakah gaya bahasa dalam ayat, Pilu wajahmu sang senja
sinkope
anafora
metafora
aliterasi
Kakinya terasa ______kerana berjalan terlalu jauh.
lumpuh
lenguh
lembik
letih
Habis pakaiannya __________ akibat digigit oleh anjing yang garang itu.
compang-camping
comot-momot
koyak-rabak
serbah-serbih
Kerana sering kali __________ dirinya sebagai anak orang berada, dia kini dipulaukan oleh beberapa orang rakan sekelasnya.
membesar
memperbesarkan
memperbesar
membesar-besarkan
Bahagian yang bergaris dalam ayat di bawah mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin tidak.
Datuk Nicol Ann David telah menjadi pemain skuasy yang handal sejak dari bangku sekolah lagi.
sejak di bangku sekolah lagi
sejak bangku sekolah lagi
sejak daripada bangku sekolah lagi
sejak dari bangku sekolah lagi
Bahagian yang bergaris dalam ayat di bawah mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin tidak.
Ayah menghadiahi ibu seutas rantai yang teramat cantik sekali sempena ulang tahun perkahwinan mereka.
menghadiahi ibu seutas rantai yang amat cantik sekali
menghadiahkan ibu seutas rantai yang amat cantik sekali
menghadiahkan ibu seutas rantai yang teramat cantik sekali
menghadiahi ibu seutas rantai yang teramat cantik sekali
Haikal yang selama ini hidup dalam serba kekurangan tiba-tiba menjadi orang yang dihormati di kampung itu setelah berkahwin dengan anak penghulu.
Situasi di atas sesuai dengan peribahasa
cacing hendak menjadi naga
kaduk naik junjung
kera mendapat bunga
anak kucing menjadi harimau
Apakah maksud peribahasa "baik membawa resmi padi daripada membawa resmi lalang"?
orang miskin yang mendapat pertolongan
berbuat baik semasa hidup untuk diri sendiri
orang yang baik biar di mana-mana sekalipun akan dimuliakan juga
merendah diri lebih baik daripada bersikap sombong
Permainan tradisional harus dipelihara agar tidak luput ditelan zaman.
Pernyataan di atas sesuai dengan peribahasa
tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
hutang emas boleh dibayar, hutang budi dibawa mati
alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan
Apakah maksud "genggam bara api biar sampai menjadi arang"?
sikap malas berusaha mendatangkan kesusahan
orang yang malas tidak akan maju
kerja yang sukar kalau selalu dilakukan akan menjadi mudah
melakukan sesuatu biarlah sehingga mendapat hasil
Pilih jawapan yang betul.
Setiap ahli kumpulan _____ pandangan hagi menyiapkan tugasan yang akan dihantar pada minggu hadapan.
berbantah-bantah
berbalas-balas
berubah-ubah
bertukar-tukar
Pilih jawapan yang betul.
Dia mengutip beberapa __________ batu lalu membaling ke arah __________ burung ciak itu.
genggam ..... segerombolan
batang ..... sekumpulan
ketul ..... sekawan
kepal ..... seekor
"Banyak maklumat yang berguna dapat _____________ diperoleh daripada Pameran Kesihatan Mental itu," jelas Melanie ketika berbual dengan rakan sekelasnya.
kami
kita
kalian
mereka
Beliau seorang tokoh ______________yang disegani kerana mempunyai pengetahuan yang luas tentang adat dan kesenian negara.
karyawan
budayawan
usahawan
dermawan
Tiga orang ____________ asing ditahan oleh pihak berkuasa maritim dan hasil tangkapan mereka dirampas kerana menceroboh perairan negara.
nakhoda
pekerja
nelayan
pengawal
Bangunan lama yang bersejarah itu sedang ___________ tanpa mengubah bentuk asalnya sebagai khazanah warisan negara.
dibaik pulih
diambil alih
diubah suai
dikitar semula
Projek pembinaan kompleks sukan itu _____________ sehingga sekarang kerana kekurangan dana.
terbantut
terganggu
tersekat
terbengkalai
Sekumpulan orang mengadakan tunjuk perasaan untuk ____________ kenaikan harga barang.
menyanggah
memprotes
menyokong
menolak
Kempen mengibarkan Jalur Gemilang terus ________________ bagi menyemarakkan semangat kemerdekaan.
dialu-alukan
diwar-warkan
diagih-agihkan
diapi-apikan
Lelaki itu digelar ______________ kerana suka bercakap besar tetapi tidak peka akan isu-isu semasa.
alim-alim kucing
muka tembok
patah kandar
tin kosong
Ayah mengopek durian __________ Asraf menjolok buah rambutan di halaman.
sementara
manakala
kerana
dan
Sebarang masalah hendaklah diselesaikan secara baik dan tidak perlu ____________ untuk menarik perhatian ramai.
dikucar-kacirkan
dibolak-balikkan
dicorat-coretkan
digembar-gemburkan
Bahagian yang bergaris dalam ayat di bawah mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin tidak.
Cadangan yang telah Fuad kemukakan itu disokong oleh semua rakan sekelasnya.
telah Fuad kemukakan
Fuad telah mengemukakan
telah dikemukakan oleh Fuad
telah Fuad kemukakan
Bahagian yang bergaris dalam ayat di bawah mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin tidak.
Minat membaca karya sastera dalam kalangan masyarakat kita sejak kebelakangan ini masih kurang memberangsangkan.
belakangan ini
kebelakangan ini
semenjak belakangan ini
sejak kebelakangan ini
Ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Pilih perkataan yang salah. Jika tiada kesalahan, pilih tiada kesalahan.
Pemain-pemain bola sepak tidak dapat menjalani latihan pada petang semalam sebab keadaan yang becak selepas hujan lebat. Tiada kesalahan.
tidak
sebab
becak
Tiada kesalahan
Ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Pilih perkataan yang salah. Jika tiada kesalahan, pilih tiada kesalahan.
Semua orang-orang perlu mencuci tangan dengan kerap dan amalkan penjarakan sosial untuk mengelakkan jangkitan COVID-19. Tiada kesalahan.
orang-orang
amalkan
untuk
Tiada kesalahan
Prosa Tradisional Bahagia Sesudah Derita
Berikut merupakan pengajaran prosa ini, kecuali
Kita perlulah gigih untuk memperoleh sesuatu
Kita haruslah mengamalkan sikap belas kasihan terhadap orang lain
Kita haruslah memandang hina orang yang miskin
Kita hendaklah prihatin dan membantu orang yang dalam kesusahan
Sajak Senja di Palang Besi
Pilih persoalan yang betul dengan Sajak Senja di Palang Besi ?
kehidupan di dalam penjara yang cukup sempurna
Sikap penghuni penjara yang tidak insaf
Kehidupan di dalam penjara yang amat memilukan
Kebahagiaan hidup penghuni di dalam sel penjara
Sajak Senja di Palang Besi
Nilai berikut terdapat dalam sajak kecuali,
Ketabahan
Kasih sayang
Kebebasan
Keredhaan
Prosa Tradisional Bahagia Sesudah Derita
Si Miskin disumpah oleh
Betara Maharaja
Betara Sifu
Betara Guru
Betara Raja
Prosa Tradisional Bahagia Sesudah Derita
Nama Si Miskin setelah menjadi raja ialah
Maharaja Indera Angkasah
Maharajah Indera Angkasa
Maharaja Indara Angkasa
Maharaja Indera Angkasa
Sajak Senja di Palang Besi
dalam keterbuangan yang merangkum
dalam keterasingan yang mencengkam
dalam kesakitan yang membungkam
Apakah gaya bahasa bagi perkataan yang digaris pada sajak di atas ?
Repetisi
Responsi
Anafora
Epifora
