WorksheetsBAB 8 TINGKATAN 5
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dilaksanakan pada tahun 1970 hingga 1990 telah dilancarkan melalui Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama (RRJP1).
Apakah tujuan dasar tersebut dirangka?
Meningkatkan kecekapan pentadbiran negara
Memantapkan sistem pertahanan negara
Menghapuskan ancaman komunis
Memulihkan ketidakseimbangan sosioekonomi.
Majlis Perundingan Negara (MAPEN) ditubuhkan pada tahun 1970 yang dianggotai oleh pelbagai lapisan masyarakat.
Apakah kesan daripada penubuhan badan tersebut?
Melahirkan Dasar Kebudayaan Kebangsaan
Dasar Ekonomi Baru diperkenal
Perlembagaan Persekutuan digubal
Terbentuk Parti Perikatan
Matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB) adalah untuk mencapai perpaduan dan kesejahteraan kaum melalui strategi serampang dua mata.
Apakah strategi DEB?
I Membasmi kemiskinan
II Mewujudkan budaya bangsa
III Mengekalkan pengenalan kaum
IV Menyusun semula masyarakat
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Maklumat berikut berkaitan Rancangan Buku Hijau yang dilancarkan oleh Tun Abdul Razak Hussein pada 20 Disember 1974.
• Menambahkan pendapatan rakyat
• Meningkatkan pengeluaran bahan
makanan
Apakah tumpuan utama rancangan ini?
Pembinaan industri desa
Penubuhan Koperasi Tani
Penggunaan tanah sepenuhnya
Pemasaran produk tempatan
Agensi X
· Ditubuhkan pada tahun 1973
·
Membantu dalam
penyelidikan dan penanaman semula getah
Apakah
agensi X tersebut?
Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA)
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)
Lembaga Getah Malaysia (MRB)
Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP)
Apakah kemudahan yang disediakan oleh FELDA kepada peneroka di kawasan yang baru dibangunkan?
I Bank
II Sekolah
III Klinik
IV Balai Polis
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Maklumat di bawah merujuk kepada agensi yang ditubuhkan di bawah Program Pembangunan Wilayah.
· Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA)
· Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
· Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (DARA)
· Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR)
Apakah matlamat pembukaan tanah yang dilaksanakan melalui program tersebut?
Menyediakan petempatan bagi penduduk luar bandar
Meningkatkan kegiatan penanaman padi
Membangunkan kawasan bagi bandar baharu
Mengembangkan industri getah dan kelapa sawit
Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham Bumiputera (ASB) merupakan dua amanah saham yang diwujudkan melalui Permodalan Nasional Berhad (PNB).
Apakah matlamat penubuhan kedua-dua amanah saham tersebut?
Memberi pinjaman kepada bumiputera dalam perniagaan
Memudahkan bumiputera memiliki saham dalam syarikat berhad
Memajukan industri kecil dan sederhana bumiputera
Membangunkan kawasan perumahan untuk bumiputera
Dasar Pembangunan Nasional (DPN) yang dilancarkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 17 Jun 1991 merupakan kesinambungan DEB.
Apakah matlamat yang ingin dicapai melalui DPN?
Perpaduan negara melalui pengagihan kekayaan
Melahirkan modal insan bermaklumat
Membangunkan sektor perindustrian
Melahirkan tenaga kerja mahir
Maklumat di bawah merupakan strategi Dasar Pembangunan Nasional dalam bidang ekonomi.
· Penglibatan aktif sektor swasta
· Program penanaman semula
· Penggunaan sains dan teknologi
· X
Apakah X?
Pembentukan koperasi peniaga
Peningkatan tenaga kerja mahir
Pertambahan pasaran antarabangsa
Meningkatkan pemilikan saham bumiputera
Dalam pelaksanaan DPN, pihak kerajaan telah meneruskan pelbagai usaha untuk mengatasi masalah kemiskinan.
Pernyataan manakah yang berkaitan dengan usaha membasmi kemiskinan tersebut?
I Pemberian subsidi dan sokongan
II Latihan kemahiran kepada golongan belia
III Menghantar pelajar ke luar negara
IV Penglibatan sektor swasta dan korporat
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Dasar Penswastaan telah dilancarkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad pada bulan Mac 1983.
Apakah tujuan dasar tersebut?
Mengembangkan sektor perindustrian
Melahirkan tenaga kerja mahir
Meningkatkan produktiviti dan kualiti perkhidmatan
Meneroka pasaran antarabangsa
Pernyataan manakah yang merujuk kepada usaha kerajaan untuk memperbaik ketidaksembangan pembangunan wilayah dalam pelaksanaan Dasar Pembangunan Nasional?
I Konsep pertanian pintar digunakan
II Penyebaran industri terpilih digalakkan
III Pelaburan asing ditingkatkan
IV Program pembangunan bumiputera dalam perusahaan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Pernyataan manakah yang berkaitan dengan pertanian pintar?
Menggunakan benih padi yang diimport
Menyembur racun dan baja menggunakan dron
Membajak menggunakan kerbau
Meluaskan pasaran dengan menggunakan ICT
Antara pencapaian DEB dan DPN ialah penurunan kadar kemiskinan.
Apakah bukti yang menunjukkan penurunan kadar kemiskinan tersebut?
Pembangunan pendidikan
Taraf kesihatan semakin baik
Pendapatan isi rumah meningkat
Perindustrian berteknologi tinggi
Kemunculan golongan baharu yang dikenali sebagai golongan pertengahan mencerminkan kejayaan DEB dan DPN.
Siapakah golongan yang dimaksudkan tersebut?
Golongan pemodal Malaysia di Barat
Golongan bergaji besar
Golongan profesional, pemodal dan teknikal
Golongan cerdik pandai dan pemodal
Tokoh berikut merupakan antara Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera yang dilahirkan melalui DEB dan DPN.
Apakah peranan tokoh tersebut kepada peningkatan taraf hidup golongan miskin?
Membina kemudahan asas
Menubuhkan koperasi rakyat
Memberi sumbangan kewangan
Menyediakan peluang pekerjaan
Antara berikut, yang manakah merupakan bentuk kawasan perindustrian yang telah diwujudkan daripada pelaksanaan DEB dan DPN?
I Estet Perindustrian
II Zon Ekonomi Bebas
III Taman Teknologi Pertanian
IV Taman Teknologi Industri
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Zon Perindustrian Bebas diwujudkan untuk menarik pengusaha melabur dan merangsang ekonomi di kawasan sekitarnya.
Apakah insentif yang diberi untuk menarik pelaburan tersebut?
Pelepasan cukai
Potongan bil utiliti
Kos buruh murah
Pinjaman kerajaan
Maklumat di bawah adalah perindustrian yang berkembang daripada penubuhan HICOM dan Kajian Dasar Perindustrian Malaysia.
· Perusahaan Otomobil Nasional (PROTON)
· Perusahaan Otomobil Kedua (PERODUA)
· Motosikal dan Enjin Nasional Sdn. Bhd. (MODENAS)
Apakah kesan daripada kewujudan perindustrian di atas?
I Membuka peluang pekerjaan
II Meningkatkan pendapatan rakyat
III Mengekalkan perpaduan kaum
IV Membangunkan kawasan luar bandar
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
