NEW
Font size
WorksheetsPENTAKSIRAN SUMATIF PERTENGAHAN TAHUN 2021 BAHASA MELAYU T5
Total questions: 40
Worksheet time: 1hrs 1mins
BAHAGIAN A : SISTEM DAN APLIKASI BAHASA
Morfologi
Pilih ayat yang tepat berdasarkan perkataan tendang.
Haikal tendang bola itu sehingga melepasi gawang gol pihak lawan.
Bola itu saya tendang sehingga berjaya masuk ke gawang gol pihak lawan.
Pemain perlu tendang bola itu dengan menggunakan teknik yang betul.
Adik suka tendang pintu sekiranya kemahuannya tidak dituruti oleh ibu.
Berikut ialah ayat yang menggunakan kata tunggal kecuali
Terdapat lapan planet dalam sistem suria iaitu Utarid, Zuhrah, Bumi, Marikh, Musytari, Zuhal, Uranus dan Neptun.
Maju mundur sesebuah negara bergantung kepada kebijaksanaan para pemimpinnya.
Para pelajar berharap agar Kementerian Sumber Manusia dapat menyediakan pelbagai inisiatif untuk membantu golongan belia yang tercicir daripada pekerjaan, pendidikan dan latihan formal.
Kerjasama antara semua penduduk amat diperlukan untuk menjayakan semua projek yang telah dirancang.
Pilih ayat yang menggunakan kata majmuk yang telah mantap.
Prakash menjalankan tanggungjawab sebagai ketua kelas dengan penuh amanah dan dedikasi.
Guru besar itu telah bersara awal ekoran masalah kesihatan yang dihadapinya.
Projek itu telah kami ambil alih selepas pemaju itu menghadapi masalah kewangan baru-baru ini.
Masyarakat perlu hidup bersatu padu untuk mengelakkan perpecahan kaum.
Ayat di bawah mengandungi kata nafi kecuali
Perasaan Akhmal terhadap kekasihnya tidak berubah walaupun gadis itu itu sudah dimiliki oleh orang lain.
Setiap pemimpin perlu cakna kepada rakyat pada setiap masa bukan hanya pada waktu pilihan raya sahaja.
Dineshwary tidak jadi menemani abangnya ke perpustakaan kerana dia perlu menjalani latihan bola jaring.
Kavitha dan Ng memilih untuk menyewa sebuah inap desa semasa bercuti di Langkawi.
Pilih ayat yang mengandungi imbuhan meN- yang betul.
Cikgu Pavinraj akan mengajarkan murid tingkatan 5 SK mata pelajaran Matematik dengan menggunakan inovasi terbaharu beliau.
Cikgu Pavinraj akan mengajari mata pelajaran Matematik kepada murid tingkatan 5 SK dengan menggunakan inovasi terbaharu beliau.
Syarikat itu menawarkan jawatan Ketua Eksekutif Syarikat kepada Encik Danish yang mempunyai pengalaman luas dalam kerja-kerja cari gali minyak.
Syarikat itu menawarkan Encik Danish yang mempunyai pengalaman luas dalam kerja-kerja cari gali minyak.
Sintaksis
Kenal pasti subjek dan predikat yang betul dalam ayat di bawah
Anak Pak Saidi yang tampan itu menjadi guru sementara di Sekolah Menengah Kebangsaan Bahau.
Subjek : Anak Pak Saidi
Predikat : yang tampan itu menjadi guru sementara di Sekolah Menengah Kebangsaan Bahau.
Subjek : Anak Pak Saidi yang tampan itu menjadi guru sementara
Predikat : di Sekolah Menengah Kebangsaan Bahau.
Subjek : Anak
Predikat : Pak Saidi yang tampan itu menjadi guru sementara di Sekolah Menengah Kebangsaan Bahau.
Subjek : Anak Pak Saidi yang tampan itu
Predikat : menjadi guru sementara di Sekolah Menengah Kebangsaan Bahau.
Nyatakan pola ayat yang tepat bagi ayat di bawah :
Guru dari kawasan pedalaman itu menyertai sukarelawan bagi membantu masyarakat di situ.
FN+FN
FN+FA
FN+FK
FN+FSN
Rumah kediaman yang baharu dibeli oleh Yana terletak di Kampung Mawar dalam daerah Bachok.
Tukarkan ayat biasa tersebut kepada ayat songsang yang betul.
Terletak di Kampung Mawar dalam daerah Bachok rumah kediaman yang baharu dibeli oleh Yana.
Terletak di Kampung Mawar rumah kediaman yang baharu dibeli oleh Yana dalam daerah Bachok.
Yang baharu dibeli oleh Yana terletak di Kampung Mawar dalam daerah Bachok rumah kediaman.
Baharu dibeli terletak di Kampung Mawar dalam daerah Bachok rumah kediaman Yana.
Gabungkan ayat tunggal di bawah ini menjadi ayat majmuk.
Gejala negatif amat membimbangkan semua pihak. Gejala negatif terus memberikan tamparan hebat kepada negara.
Gejala negatif amat membimbangkan semua pihak bahawa terus memberikan tamparan hebat kepada negara.
Gejala negatif amat membimbangkan semua pihak untuk terus memberikan tamparan hebat kepada negara.
Gejala negatif amat membimbangkan semua pihak dan terus memberikan tamparan hebat kepada negara.
Gejala negatif amat membimbangkan semua pihak manakala terus memberikan tamparan hebat kepada negara.
Tukarkan ayat aktif di bawah ini kepada ayat pasif yang betul.
Tunku Abdul Rahman telah menyuarakan cadangan asal penubuhan Gagasan Persekutuan Malaysia.
Tunku Abdul Rahman telah disuarakan penubuhan Gagasan Persekutuan Malaysia cadangan asal.
Telah menyuarakan cadangan asal penubuhan Gagasan Persekutuan Malaysia Tunku Abdul Rahman.
Cadangan asal penubuhan Gagasan Persekutuan Malaysia telah disuarakan oleh Tunku Abdul Rahman.
Cadangan asal disuarakan oleh Tunku Abdul Rahman penubuhan Gagasan Persekutuan Malaysia.
Penyuntingan
Samsul menjawat jawatan baru di syarikat ayahnya sejak berapa bulan yang lalu.
Kenal pasti dua kesalahan bahasa yang tepat dalam ayat tersebut.
menjawat, baru
syarikat, berapa
baru, berapa
syarikat ,sejak
Nyatakan jenis kesalahan bahasa yang bergaris dalam ayat di bawah
"Baiklah. Jika kamu selesai membacanya, berilah kepada saya. Saya amat teringin sekali hendak membacanya"
Penggunaan Kata Penegas
Penggunaan Kata Penguat
Penggunaan Kata Pemeri
Penggunaan Kata Nafi
Penggunaan e-mail memberikan kemudahan untuk seseorang menyampai mesej dalam beberapa saat sahaja.
Betulkan kesalahan yang bergaris tersebut.
e-mel, meyampaikan
emel, menyampaikan
email, menyampai
e-mel, menyampaikan
Berdasarkan dialog di bawah ini, betulkan kesalahan bahasa yang bergaris tersebut.
Mas : Rani, adakah kamu sudah memulang novel yang dipinjam oleh kamu semalam?
Rani : Belum lagi, Mas. Kenapa?
memulangkan, dipinjam kamu
pulangkan, kamu pinjam
memulangkan, kamu pinjam
pulangkan, kamu pinjamkan
Petikan di bawah mengandungi lima kesalahan bahasa. Pilih kesalahan bahasa yang betul dalam petikan tersebut.
Sebuah masjid yang boleh menampung hampir 500 jemaah akan ditegakkan di kampong itu oleh seorang hartawan kerana beliau didapati bahawa masjid yang sedia ada terlalu kecil.
boleh, 500 jemaah, ditegakkan, kampong, yang
masjid, 500 jemaah, hartawan, bahawa, kecil
boleh, 500 jemaah, ditegakkan, kampong, didapati
menampung, ditegakkan, kampong, dia, terlalu
Bahasa Melayu Standard
(Soalan berdasarkan Prosa Klasik Burung Terbang Dipipiskan Lada)
Berikan maksud rangkai kata bergebang.
bersembang
berlari
berjalan
bernyanyi
Perkataan seperti hatta, arakian, syahadan dan kalakian merupakan ...
kata kerja dalam bahasa Melayu Klasik
kata ganti nama orang dalam bahasa Melayu Klasik
penanda wacana dalam bahasa Melayu Klasik
ayat penegas dalam bahasa Melayu Klasik
Tukarkan ayat bahasa Melayu Klasik di bawah ini kepada bahasa Melayu Standard
Maka tatkala itu Tuan Sidi Arab itu pun ada menghadap Sultan Muzaffar Syah.
Lantaran itu,Tuan Sidi Arab pun pergi untuk berbincang dengan Sultan Muzaffar Syah.
Pada masa itu, Tuan Sidi Arab pun pergi menghadap Sultan Muzaffar Syah.
Pada suatu ketika, Tuan Sidi Arab pun pergi berjumpa Sultan Muzaffar Syah.
Tiba waktu,Tuan Sidi Arab pun pergi untuk menghadap dengan Sultan Muzaffar Syah.
Adapun Cau Pandan itu, lagi di benua Siam, maka berasa kepada dadanya seperti kena panah, maka Cau Pandan pun sakit muntahkan darah lalu mati.
Pilih ayat bahasa Melayu Standard yang tepat untuk menggambarkan situasi tersebut.
Ketika itu Cau Pandan yang berada di bumi Siam berasa kepada dadanya sakit akibat dipanah lalu dia muntahkan darah sehingga mati.
Cau Pandan yang ada di bumi Siam berasa kepada dadanya sakit akibat dipanah lalu dia muntahkan darah sehingga mati.
Tatkala Cau Pandan di benua Siam, tiba-tiba berasa kepada dadanya sakit terkena panah lalu Cau Pandan pun mati.
Cau Pandan yang tinggal di bumi Siam terasa dadanya sakit seperti terkena panah yang menyebabkan dia memuntahkan darah lalu mati.
Panglima Siam iaitu Awi Cakri membawa rakyatnya yang terlalu banyak hingga tidak terkira jumlahnya.
Pilih bahasa Melayu Klasik yang tepat untuk menggambarkan maksud ayat di atas.
Awi Cakri panglima Siam, membawa rakyat terlalu banyak tiada berbega lagi.
Awi Cakri nama panglimanya, membawa rakyat terlalu banyak tiada terpemanai lagi.
Awi Cakri nama panglimanya, menyuruh rakyat terlalu banyak tiada direntakan lagi.
Awi Cakri nama panglima Siam, membawa rakyat terlalu ramai sehingga tiada terperi lagi.
Peribahasa
Nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan situasi yang dikemukakan dalam ayat-ayat di bawah ini.
Semasa berjalan-jalan di kompleks beli-belah, Fatihah tiba-tiba kehilangan anaknya.
Bagai haruan makan anak
Bagai ikan pulang ke lubuk
Bagai rusa masuk kampung
Bagai ayam disambar helang
Berikan maksud yang tepat bagi peribahasa ini
seperti telur di hujung tanduk
Seseorang yang berada dalam situasi yang berbahaya atau genting.
Seseorang yang mempunyai kemewahan yang tidak kekal
Seseorang yang berada dalam keadaan huru-hara
Seseorang yang sentiasa mempunyai masalah
Pilih peribahasa yang sesuai untuk situasi ayat di bawah
Tindakannya yang selalu mengkritik dan menghentam pihak majikan itu tidak mendatangkan apa-apa kesan.
masuk telinga kanan keluar telinga kiri
anjing menyalak bukit
anjing dengan kucing
melepaskan batuk di tangga
Soalan 24 hingga 25 berdasarkan petikan di bawah
Aku teringat sewaktu aku masih kecil lagi, iaitu ketika aku di sekolah rendah. Aku selalu berkelahi atau bergaduh dengan adik lelaki aku yang setahun lebih muda daripada aku. Puncanya sedikit sangat. Jika aku mendapat buah rambutan lebih, adik akan menangis dan meminta buah rambutan yang lebih itu diberikan kepadanya. Sama juga keadaannya dengan perkara-perkara lain, kami akan berkelahi. Namun, apabila semakin besar dan dewasa, kami sedar bahawa walau bagaimanapun kami bergaduh, akhirnya kami akan berbaik-baik semula ibarat carik-carik bulu ayam, akhirnya bercantum juga.
Kemukakan satu peribahasa yang sesuai untuk menggambarkan situasi dalam petikan tersebut.
Murai dicabut ekor
Bergolok bergadai
Talam dua muka
Bagai anjing dengan kucing
Carik-carik bulu ayam, akhirnya bercantum juga
Pilih peribahasa yang mempunyai maksud yang hampir sama dengan peribahasa yang diberikan di atas.
belut pulang ke lumpur
bagai isi dengan kuku
Air dicencang tidak akan putus
bagai dakwat dengan kertas
BAHAGIAN B : PEMAHAMAN
Petikan Umum
(Soalan 26 hingga 27 berdasarkan petikan yang diberikan)
Berdasarkan bahan 1, berikan maksud pencarian maklumat.
Usaha mencari idea
Proses mencari butir-butir
Penggalian bahan-bahan maklumat
Pencarian bahan bukti
Penggunaan telefon pintar sangat penting dalam kehidupan manusia, tetapi alat yang serba canggih ini telah banyak disalahgunakan terutamanya murid-murid hari ini.
Berikut merupakan faktor utama murid-murid sekarang berhasrat untuk memiliki telefon pintar kecuali
Tertarik dengan iklan yang sering memaparkan model terbaharu dari semasa ke semasa
Tertarik untuk mencari maklumat pembelajaran menggunakan telefon pintar
Terpengaruh dengan rakan sebaya yang telah memiliki telefon pintar sendiri
Terpengaruh oleh perubahan yang berlaku di sekeliling mereka.
Petikan Sastera
(Soalan 28 hingga 30 berdasarkan petikan yang diberikan)
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Kehadiran Tuan Booth dan keluarga, serta lima belas keluarga buruh estet keturunan India serba sedikit merubah wajah kampung kami. Jalan yang dahulunya tanah merah batu lada, sudah dikejapkan; tak lagi becak kala musim hujan, dan kurang berkeladak pada musim kemarau.
Tuan Booth yang murah senyuman itu, lama-kelamaan menjadi sebahagian panorama kampung. Walaupun lelaki kulit putih yang gemar berseluar pendek dan bertopi bulat itu terkenal dengan kemurahan senyumannya, kawasan kebun getah, estet pekerja serta banglo kolonialnya tetap asing bagi kami.
Cuma sejak kematian Wak Sadir, anaknya, Ahmad Mutawakkil yang sudah yatim piatu itu menjadi satu-satunya anak kampung yang sentiasa keluar masuk ke pekarangan estet Tuan Booth.
“Eloklah…paling tidak, dia bekerja dengan Orang Putih tu, belajar mencari makan sendiri.” Begitulah pandangan kami. Walaupun hasil getah Tuan Booth setiap tahun nampaknya sangat menjadi, kami tetap bertani secara tradisi.
Di kebun, berselerak pokok pisang yang ditanam, berselang-seli dengan ubi kayu dan keledek. Sawah pula, laksana lautan emas kala musim menuai. Kami tetap orang kampung yang dulu, yang hidup atas dua matlamat – rezeki dan ibadat.
Dipetik daripada cerpen ‛Cinta Ahmad Mutawakkil’ oleh Zainal Rashid Ahmad dalam antologi Sejadah Rindu, Dewan Bahasa dan Pustaka
Berikut keadaan kampung setelah kehadiran Tuan Booth kecuali
jalan yang dulunya tanah merah batu lada, sudah dikejapkan
jalan tidak becak sewaktu hujan
jalan menjadi licin selepas hujan
jalan kurang berkeladak pada musim kemarau
Anak yatim piatu wajar dibantu untuk meneruskan kehidupan mereka.
Anda mempunyai rakan baik yang merupakan anak yatim piatu, apakah yang boleh anda lakukan untuk meringankan beban rakan anda tersebut.
Memberikan bantuan kewangan mengikut kemampuan
Membiayai persekolahannya sehingga tamat persekolahannya.
Menyediakan rumah kediaman kepadanya.
Membawanya melancong setiap tahun.
Sesebuah karya banyak menyampaikan nilai murni kepada pembaca sebagai pedoman.
Nilai-nilai murni terdapat dalam petikan di atas kecuali
Nilai kerajinan
Nilai berdikari
Nilai kasih sayang
Nilai keberanian
Novel
(Tirani karya Beb Sabariah)
Siapakah nama watak utama dalam novel Tirani karya Beb Sabariah?
Wahida Nurdiana
Zahid
Raidah
Waheeda Nurlyana
Watak utama mengalami kemurungan dan tekanan perasaan selepas diceraikan oleh suaminya. Nyatakan tempat beliau mendapatkan rawatan dan pakar kaunseling tersebut.
Hospital Kuala Lumpur
Pusat Rawatan Islam (PUSRAWI), Kuala Lumpur
Silicon Medical Center (SMC), Singapura
Hospital Kuching, Sarawak
Mengapakah watak utama diceraikan oleh suaminya?
Menghidapi penyakit kronik sehingga menjejaskan rumah tangga.
Mementingkan urusan perniagaan berbanding urusan keluarga
Dituduh mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain sehingga mengandung anak luar nikah.
Tidak wujud lagi perasaan kasih sayang antara mereka.
Soalan 34 hingga 35 berdasarkan petikan yang diberikan.
Doktor dari klinik panel Flamingo yang merawat Waheeda memberi beberapa preskripsi ubat selepas menasihatinya agar banyak berehat. Antibiotik harus dihabiskan dalam masa tiga hari. Ubat selesema dan demam pula perlu juga dimakan, doktor mengingatkannya. Dalam hati teringat akan kata orang tua-tua, penyakit datang bagaikan ribut dan hilangnya pula bagaikan semut. Orang tua-tua sememangnya bijak mengungkap peribahasa hasil pengamatan dan penelitian tajam mereka, fikir Waheeda. Dia semakin rimas, lantaran demamnya tidak juga kebah walaupun pelbagai ubat telah ditelan. Sensorinya memberitahu hanya Allahlah sebenar-benar menyembuhkan, sedang doktor hanya perantara dan penerima ongkosnya sahaja.
Berikut ialah pesanan yang telah dberikan oleh doktor dari klinik panel Flamingo terhadap Waheeda kecuali
Banyak berehat
Ubat selesema dan demam perlu dimakan
Perlu banyak mengambil air kosong
Menghabiskan antibiotik dalam masa tiga hari
Berdasarkan petikan tersebut, nyatakan peristiwa yang boleh diambil untuk dijadikan pengajaran oleh pembaca.
Peristiwa Waheeda berputus asa dalam merawat penyakitnya.
Peristiwa Waheeda hanya berserah kepada takdir semata-mata tanpa berusaha mengubatinya.
Peristiwa Waheeda berikhtiar berjumpa doktor untuk memastikan kesihatannya pulih seperti sedia kala.
Peristiwa Waheeda mengeluh dengan kesihatannya yang tidak pulih walaupun telah berusaha mengubatinya.
BAHAGIAN C : RUMUSAN
(Soalan 36 hingga 40 berdasarkan bahan yang diberikan)
Baca petikan dan teliti bahan grafik yang diberikan.
Bahan 1
Semangat kejiranan merujuk semangat membantu masyarakat setempat terutamanya jiran bersebelahan dalam menjalani kehidupan seharian. Jadi, ada banyak kaedah yang boleh dilaksanakan untuk memastikan semangat ini berterusan kerana memang ada banyak
kepentingannya untuk menghidupkan semangat ini.
Masyarakat digesa untuk menghidupkan semula aktiviti rukun tetangga di kawasan perumahan. Aktiviti ini haruslah melibatkan semua pihak tanpa mengira kaum. Dengan ini, hubungan rapat yang terjalin melalui program rukun tetangga ini akan mengeratkan perhubungan sesama mereka. Selain itu, semangat ini mampu dipupuk dengan mengadakan majlis atau aktiviti yang dapat menghimpunkan semua penduduk dalam satu masa seperti mengadakan aktiviti bergotong-royong membersihkan kawasan perumahan, mengadakan sambutan hari perayaan berbilang kaum, hari keluarga, dan sebagainya. Melalui perhimpunan seumpama ini, bukan sahaja ikatan silaturahim antara anggota masyarakat dapat dipupuk malah semangat kejiranan akan bertambah padu.
Di samping itu, kerajaan turut memainkan peranan dengan mengadakan kempen-kempen kesedaran yang berkaitan dengan semangat kejiranan. Semangat kejiranan pudar berikutan gaya hidup masyarakat yang sentiasa sibuk dengan pekerjaan masing-masing berikutan tahap pendidikan yang tinggi dalam kalangan masyarakat. Kemajuan teknologi seperti telefon bimbit, Internet, dan faksimile turut menyebabkan anggota masyarakat kurang berinteraksi antara satu dengan yang lain. Corak kehidupan yang bersikap individualistik turut menimbulkan tanggapan bahawa hubungan sesama jiran tidak penting. Oleh itu, ketua penduduk terutama di kawasan bandar perlulah memainkan peranan bagi memastikan penduduk hidup dalam keadaan harmoni.
(Dipetik dan diubah suai daripada ‘Memantapkan Hubungan Kejiranan’ oleh M. Jasin Majed Utusan Malaysia)
Pilih fokus yang tepat berdasarkan kedua-dua bahan yang diberikan.
kaedah, faktor dan kesan
kaedah dan faktor
faktor, faedah dan langkah
kesan dan faktor
Pilih ayat pendahuluan yang betul berdasarkan kedua-dua bahan yang diberikan.
Rumusan membincangkan kaedah-kaedah memupuk semangat kejiranan dan faktor-faktor lunturnya semangat kejiranan.
Rumusan membincangkan kelebihan mengamalkan semangat kejiranan dan kaedah-kaedah memupuk semangat kejiranan.
Rumusan membincangkan manfaat hidup berjiran dan kaedah-kaedah memupuk semangat kejiranan.
Rumusan membincangkan kaedah-kaedah memupuk semangat kejiranan, faktor-faktor lunturnya semangat kejiranan dan kesannya.
*Menghidupkan semula aktiviti rukun tetangga di kawasan perumahan
*Pihak kerajaan mengadakan kempen-kempen kesedaran yang berkaitan dengan semangat kejiranan
*Menziarahi jiran tetangga
*Melawat jiran yang sakit
Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan fokus tersebut.
Ciri
Kesan
Faktor
Kaedah
Berikut merupakan faktor lunturnya semangat kejiranan berdasarkan Bahan 1 kecuali
Gaya hidup masyarakat yang sentiasa sibuk dengan pekerjaan masing-masing berikutan tahap pendidikan yang tinggi dalam kalangan masyarakat
Jurang status sosioekonomi antara jiran
Kemajuan teknologi turut menyebabkan anggota masyarakat kurang berinteraksi antara satu dengan yang lain
Corak kehidupan yang bersikap individualistik turut menimbulkan tanggapan bahawa hubungan sesama jiran tidak penting
Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan, pilih kesimpulan yang tepat untuk menggambarkan kedua-dua bahan tersebut.
Kesimpulannya, pihak kerajaan terlulah memupuk budaya berjiran agar budaya ini dapat berkembang maju di negara ini.
Kesimpulannya, semua pihak terutama ibu bapa perlulah mendidik anak-anak tentang hidup berjiran.
Kesimpulannya, semua pihak perlulah sentiasa memupuk semangat kejiranan agar amalan hidup berjiran ini dapat disuburkan.
Kesimpulannya, kita perlulah hidup berjiran supaya sentiasa dihormat oleh orang lain.
