NEW
Font size
WorksheetsPENTAKSIRAN SUMATIF PERTENGAHAN TAHUN 2021 PSV TINGKATAN 2
Total questions: 40
Worksheet time: 40mins
Gambar rajah ini menunjukkan seni ragam hias yang terdapat pada sejenis kraf. Apakah nama kraf tersebut?
Kain pua
Anyaman
Seni tekat
Ukiran kayu
Gambar ini menunjukkan seni ragam hias pada alat domestik. Apakah nama alatan tersebut?
Jebak puyuh
Jebak tekukur
Sangkar burung nuri
Sangkar burung merpati
Gambar ini menunjukkan peralatan domestik masyarakat tempatan. Apakah fungsi alatan tersebut?
Alat permainan
Tempat alas duduk
Mengukur isi kelapa
Membuang sabut kelapa
Antara berikut, alat permainan manakah tidak memerlukan Seni Ragam Hias ?
Wau
Gasing
Congkak
Sepak raga
Gambar di bawah merupakan bahagian perahu yang dikenali sebagai bangau. Apakah fungsi bahagian tersebut?
Kemudi perahu
Tempat mengikat tali sauh
Menyangkut galah dan pukat
Tempat duduk tekong perahu
Jika anda meminati seni ragam hias yang terdapat pada wau, tokoh manakah yang sepatutnya menjadi rujukan anda ?
Hasni bin Ali
Saidin Yahya
Shafie bin Jusoh
Dzulkifli Buyong
Gambar rajah di bawah menunjukkan sebuah papan rehal. Apakah jenis motif pada papan rehal tersebut ?
Fauna
Figuratif
Geometri
Awan larat
Antara berikut, pilih media yang sesuai bagi menghasilkan karya seni lukisan .
Fresko,tempera dan krayon
Pensel, krayon, pastel dan arang
Pensel, kapur, arkrilik dan arang
Kapur, cat minyak, arang dan pastel
Gambar rajah di bawah menunjukkan sebahagian perahu tradisional. Dimanakah kedudukan Bangau ?
A
B
C
D
Ilustrasi di atas menunjukkan sebuah karya Seni Lukisan. Mengapakah ia dikatakan lengkap dan menarik?
Subjek yang dipilih menarik
Kesan sapuan berus yang baik
Media yang digunakan berkualiti
Mempunyai kesan ton dan bayang
Pilih teknik lukisan yang sesuai jika menggunakan media pensil.
Lorekan,gosokan dan tekapan
Titikan, lorekan dan semburan
Garisan, tekapan dan semburan
Lorekan, gosokan dan contengan
Ilustrasi di bawah ialah karya Seni Lukisan. Apakah teknik yang digunakan dalam lukisan tersebut ?
I Silang pangkah
II Garisan selari
III Berombak
IV Contengan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Gambar rajah ini menunjukkan karya komik terkenal Datuk Lat. Apakah media yang digunakan dalam karya tersebut?
Cat air
Pen maker
Pen dakwat
Dakwat dan berus
Gambar rajah di bawah menunjukkan karya lukisan tokoh pelukis tempatan. Siapakah tokoh pelukis tersebut ?
Saidin Yahya
Abdullah Ariff
Dzulkifli Buyong
Mohamed Hoessein Enas
Antara berikut, pilih definisi catan yang paling tepat.
Karya pada permukaan dua dimensi
Proses mewarna dengan bahantara air
Proses menggambar menggunakan berus
Proses menggambar dengan media basah
Negeri manakah yang menjadi perintis kepada Seni Catan moden Malaysia?
Melaka
Pulau Pinang
Kuala Lumpur
Negeri Sembilan
Gambarajah di bawah menunjukkan karya catan air tahun 1950-an. Siapakah pelukis catan tersebut ?
Khaw Sia
Abdullah Ariff
Syed Ahmad Jamal
Ibrahim Abu @ A.B.Ibrahim
Apakah tema yang menjadi pilihan bagi Seni Catan bagi era 1930-an ?
I Alam benda
II figura golongan atasan
III Pemandangan semula jadi
IV Aktiviti kehidupan seharian
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Gambar rajah di bawah menunjukkan karya seni catan air. Apakah teknik catan air paling sesuai bagi
Kawasan X ?
Basah atas kering
Basah atas basah
Kering atas basah
Kering atas kering
· Bersifat legap dan tebal.
· Media yang lambat kering
Apakah nama media tersebut ?
Cat air
Krayon
Arkrilik
Cat minyak
Susun proses menghasilkan karya seni catan di bawah dengan urutan yang betul .
I Melakar
II Sumber idea
III Mewarna
IV Membingkai
I , II , IV , III
III, IV, I , II
II , I , III, IV
IV, III, I , II
Apakah bidang seni halus yang di maksudkan dari pernyataan di bawah ?
Proses terapan blok ke atas satu permukaan
Seni Arca
Seni Catan
Seni Cetakan
Seni Timbulan
Gambar ini menunjukkan satu karya seni cetakan. Namakan pelukis karya tersebut.
Juhari Said
Lee Joo For
Tay Hooi Keat
Ponirin Amin
Apakah fungsi alat yang di tunjukkan di bawah dalam seni cetakan ?
Alat meratakan kain sutera
Alat menuang dakwat cetakan
Alat menggosok belakang cetakan
Alat menggelek dakwat pada blok cetakan
Berdasarkan perkembangan seni cetakan,apakah kaedah cetakan yang paling awal di Malaysia ?
Stensil
Foto emulsi
Gurisan asid
Potongan kayu
Gambar rajah ini menunjukkan alatan yang digunakan dalam seni cetakan. Apakah kaedah seni cetakan tersebut?
Kaedah timbulan
Kaedah benaman
Kaedah permukaan
Kaedah saring sutera
Gambar rajah di bawah menunjukkan salah satu peralatan dalam seni cetakan. Apakah fungsi alatan tersebut?
Meregangkan pemidang
Menyapu dakwat dan warna
Membancuh dakwat cetakan
Mengikis blok cetakan
Antara berikut pilih bahan yang sesuai digunakan bagi cetakan kaedah timbulan?
I Plat logam
II Potongan lino
III Potongan kayu
IV Sutera saring
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Apakah kelebihan dan keunikan seni cetakan bebanding karya seni halus yang lain ?
Boleh dihasilkan dalam beberapa keping (edisi)
Bahan dan media cetakan mudah untuk diperolehi
Mudah dipamerkan kerana karya bersifat dua dimensi
Bahan blok cetakan mudah diperolehi dan dihasilkan
Gambar rajah di bawah menunjukkan kaedah menghasilkan karya seni cetakan.
Apakah kaedah cetakan tersebut?
Kaedah benaman
Kaedah timbulan
Kaedah planografi
Kaedah Sutera Saring
Maklumat di bawah menerangkan tentang salah satu konsep landskap.
· Tanaman boleh digunakan untuk masakan dan perubatan
· Mempunyai elemen buatan seperti pagar dan wakaf
Apakah konsep landskap tersebut ?
Konsep Landskap Thai
Konsep Landskap Islam
Konsep Landskap Inggeris
Konsep Landskap Melayu
Gambar rajah di bawah menunjukkan pelan reka bentuk landskap.
Apakah prinsip reka bentuk landskap yang terdapat pada pelan tersebut?
Keringkasan
Kepelbagaian
Imbangan simetri
Imbangan tidak simetri
Gambar di bawah menunjukkan sebuah reka bentuk landskap.
Apakah jenis landskap tersebut ?
Landskap kejur
Landskap lembut
Landskap buatan
Landskap halaman
Pilih di antara berikut taman yang telah wujud sejak zaman penjajahan lagi.
I Taman Tasik Taiping , Perak
II Taman Botani, Pulau Pinang
III Taman Tasik Shah Alam, Selangor
IV Taman Tasik Permaisuri, Kuala Lumpur
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Seni Reka bentuk hiasan dalaman boleh dilihat sejak zaman purba melalui
Membina peralatan harian
Mencipta pakaian dari kulit haiwan
Melalui tulisan dalam bentuk simbol
Mereka menghiasi dinding gua dengan lukisan
Apakah prinsip rekaan yang digunakan dalam rekaan hiasan dalaman di bawah ?
Imbangan
Penegasan
Pergerakan
Kepelbagaian
Gambar rajah di bawah merupakan proses menghasilkan potret.
Namakan proses tersebut?
Menghasilkan lakaran
Menghasilkan contengan
Menghasilkan nisbah keemasan
Menghasilkan pandangan aras mata
Maklumat di bawah tentang satu konsep reka bentuk dalaman.
· Dekorasi adunan Greek dan Roman
· Perabotnya bergaya mewah
Apakah konsep tersebut ?
Klasik
Moden
Tradisional
Kontemporari
Bagaimanakah cara untuk mewujudkan ruang dalaman yang mempunyai elemen harmoni ?
I Kesamaan warna
II Saiz perabot yang pelbagai
III Warna dinding yang terang
IV Sifat bentuk yang berulang
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Gambar ini menunjukkan salah satu proses menghasilkan pelan lantai.
Apakah nama proses tersebut?
Pelan rata
Lakaran konsep
Pengolahan warna
Menyusun simbol pelan
