WorksheetsKata Bantu
Total questions: 12
Worksheet time: 8mins
Kita ........... berhati-hati semasa melintas jalan raya.
sedang
mesti
masih
pernah
Ayah ........... ke Kuala Lumpur pada bulan hadapan.
sedang
telah
akan
mesti
Walaupun sudah pulih tetapi dia ........... belum boleh berjalan dengan baik.
sedang
pernah
masih
perlu
Zaheera ........... mengulang kaji pelajaran di dalam biliknya.
sedang
harus
akan
pernah
Encik Faizal .......... bertugas di Jabatan Penternakan Ikan.
perlu
pernah
mungkin
sudah
Anisah .......... mengikuti ayahnya pergi ke Pantai Teluk Lipat.
belum
hendak
sedang
harus
Bas itu dijangka .......... tiba dari Pulau Pinang pada pukul 2.00 petang.
masih
sedang
akan
pernah
Buah mangga ini ........... dibasuh sebelum dimakan.
sudah
mesti
mahu
dapat
Datuk .......... belum sedar ketika kami menziarahinya di hospital.
telah
sudah
masih
akan
Pilih ayat yang menggunakan kata bantu yang betul.
Masa menjawab soalan itu sedang tamat.
Salmiah pernah tinggal serumah dengan Amirah suatu ketika dahulu.
Pasukan sekolah Ali masih kalah dalam pertandingan bola sepak.
Nizam mesti mengangkat kek dari ketuhar.
Pilih ayat yang menggunakan kata bantu yang betul.
Encik Ahmad harus melawat jirannya di hospital.
Izzat mahu mandi ketika saya ke rumahnya.
Siapakah yang harus dipersalahkan dalam kejadian ini?
Kamu sedang pandai memujuk hatinya yang luka itu.
Pilih ayat yang menggunakan kata bantu yang betul.
Puan Khatijah belum menjahit baju sutera itu lagi.
Shasha telah pergi ke sekolah pagi esok.
Zamli sedang menyiapkan kerja sekolahnya semalam.
Pak Mat masih menghabiskan ubat yang diberikan oleh doktor.
