NEW
Font size
WorksheetsKUIZ BASICS MANAGEMENT SIRI 3
Total questions: 15
Worksheet time: 53mins
‘Hak mutlak seseorang pengurus dalam membuat sesuatu keputusan, memberi arahan dan mengagihkan sumber-sumber untuk mencapai matlamat organisasi’
Apakah konsep pengorganisasian yang diterangkan dalam pernyataan di atas?
Autoriti
Penugasan
Akauntabiliti
Tanggungjawab
Kirakan Titik Pulang Modal bagi pengeluaran kerusi pejabat tersebut.
RM 0.6 juta
0.6 juta unit
60 juta unit
RM 60 juta
Kirakan jumlah hasil.
150 juta unit
RM 150 juta
1.5 juta unit
RM 1.5 juta
Berapa unitkan yang perlu dijual oleh syarikat sekiranya syarikat ingin membuat untung sasaran?
Lebih daripada 0.6 juta unit.
Lebih daripada 0.16 juta unit.
Kurang daripada 0.6 juta unit.
Kurang daripada 0.16 juta unit.
Apakah maksud Nilai Titik Pulang Modal di atas?
Jumlah hasil jualan melebihi jumlah kos.
Jumlah kos melebihi jumlah hasil jualan.
Perniagaan memperoleh keuntungan melebihi daripada kos yang dikeluarkan.
Jumlah hasil jualan sama banyak dengan jumlah kos.
Pernyataan manakah yang paling TEPAT menerangkan berkenaan dengan jangkauan kawalan?
Bilangan staf atau pekerja bawahan yang berada di bawah kawalan seorang ketua.
Pengurus membahagikan bebanan kerja dan tugas-tugas kepada kakitangan bawahannya.
Penyerahan kuasa dan autoriti kepada subordinat bertujuan melebarkan pihak yang membuat keputusan.
Satu perhubungan autoriti semua individu untuk menentukan pihak yang memberi laporan dan pihak yang menerima laporan.
Di antara kelemahan elemen asas struktur organisasi ini ialah pekerja akan menjadi cepat jemu,merasa terpencil dan hanya boleh melakukan kerja-kerja yang tertentu sahaja.
Apakah elemen asas struktur organisasi yang dirujuk oleh pernyataan di atas?
Penjabatan.
Pemusatan.
Pengkhususan kerja.
Kuasa dan tanggungjawab.
Gaya kepimpinan ini sesuai digunakan di dalam aktiviti ketenteraan, di dalam situasi di mana syarikat sedang menghadapi krisis, syarikat mempunyai ramai pekerja atau kakitangan bersikap tidak bermotivasi.
Apakah gaya kepimpinan yang diterangkan oleh pernyataan di atas?
Gaya kepimpinan autokratik.
Gaya kepimpinan kontigensi.
Gaya kepimpinan demokratik.
Gaya kepimpinan Laissez-faire.
Jadual di atas menerangkan tentang bagaimana seorang majikan dapat memenuhi keperluan pekerjanya berdasarkan Teori Hieraki Keperluan Maslow.
Berdasarkan teori tersebut, apakah peringkat keperluan yang ditunjukkan dalam Jadual tersebut?
Keperluan sosial.
Keperluan keselamatan.
Keperluan penghargaan.
Keperluan pencapaian hasrat diri.
Pernyataan yang manakah menerangkan tentang jenis kepimpinan karismatik?
Sangat mementingkan matlamat jangka panjang.
Memberi penekanan terhadap tugas-tugas yang perlu dilakukan.
Kebolehan memberi inspirasi kepada pekerjanya secara luar biasa.
Berupaya membayangkan masa hadapan dalam pencapaian matlamat.
Menurut Robert L. Katz, seseorang pengurus di dalam sesebuah organisasi perlu memiliki tiga (3) kemahiran asas dalam pengurusan. Antara berikut, kenalpasti kemahiran-kemahiran tersebut.
i. Kemahiran kemanusiaan
ii. Kemahiran konseptual
iii. Kemahiran teknikal
iv. Kemahiran taktikal
I, II dan III
I, II dan IV
I, III dan IV
II, III dan IV
Berikut merupakan alat-alat perancangan yang ada digunakan oleh sesebuah organisasi dalam menjalankan operasi kecuali
Titik Pulang Modal
Carta Gantt
Bajet
Stor
Teori kepimpinan berdasarkan tiga pendekatan iaitu pendekatan
I. Sifat
II. Perlakuan
III. Komunikasi
III. Kontingensi
I, II dan III
I, II dan IV
I, III dan IV
II, III dan IV
Manakah ? antara berikut merupakan jenis kawalan dalam sesebuah organisasi
I. Kawalan selepas
II. Kawalan semasa
III. Kawalan sebelum
IV. Kawalan pertengahan
I, II dan III
I, II dan IV
I, III dan IV
II, III dan IV
Antara pernyataan berikut yang manakah menerangkan tentang pemusatan?
Autoriti diturunkan kepada kakitangan bawahan sedikit demi sedikit secara terbatas
Organisasi yang mengamalkan pemusatan dikenali sebagai organisasi terpencar
Keputusan dibuat berdasarkan kepada dasar dan polisi organisasi.
Kuasa dikongsi bersama-sama dengan ketua jabatan organisasi
