wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

VISI, MISI DAN OBJEKTIF PERNIAGAAN

Total questions: 20

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Antara yang berikut, penyataan yang manakah menerangkan maksud visi dengan tepat?

a)

Merupakan sebab perniagaan ditubuhkan

b)

Merupakan matlamat organisasi yang ingin dicapai dalam jangka masa pendek

c)

Merupakan apa yang ingin dicapai oleh organisasi dalam jangka masa panjang

d)

Merupakan dasar perniagaan yang dibuat untuk jangka masa panjang

2.

Antara yang berikut, yang manakah menerangkan objektif dengan tepat?

a)

Menggariskan sebab kewujudan sesebuah organisasi

b)

Menjadikan garis panduan dalam pengurusan organisasi

c)

Matlamat atau sasaran yang ingin dicapai oleh organisasi

d)

Tujuan atau matlamat utama organisasi dibentuk

3.

Antara yang berikut, penyataan yang manakah benar tentang organisasi sektor awam?

a)

Bermotifkan untung

b)

Dikawal oleh pemilik sendiri

c)

Sumber pembiayaan adalah melalui kutipan cukai

d)

Individu yang berkumpulan untuk tujuan perniagaan

4.

Antara yang berikut, yang manakah dikategorikan sebagai organisasi bukan bermotifkan untung?

I Kedai Runcit Rahman

II Syarikat Pertama Berhad

III Majlis Perubatan Malaysia

IV Persatuan Warisan Negeri Johor

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

IIII dan IV

5.

Di manakah sesebuah organisasi bermotifkan untung perlu didaftarkan?

a)

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

b)

Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)

c)

Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY)

d)

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS)

6.

Sesuatu objektif yang hendak dibentuk haruslah bersifat spesifik. Apakah maksud spesifuk?

a)

Jangka masa untuk sesuatu objektif dicapai perlu dinyatakan secara tepat

b)

Objektif yang dibentuk perlu dinyatakannya dengan jelas dan bersistem

c)

Objektif yang dibentuk mesti mendatangkan manfaat kepada pemilik

d)

Objektif yang ditetapkan mestilah dicapai dalam tempoh masa yang diberikan

7.

Antara yang berikut, yang manakah ciri-ciri objektif yang baik?

I Dibuat secara umum

II Boleh diterjemahkan

III Mempunyai satu tarikh tertentu

IV Mempunyai sasaran yang boleh dicapai

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

8.

Antara yang berikut, pernyataan yang manakah merupakan visi yang tepat?

a)

Sekolah dapat mengekalkan kelulusan 100% setiap tahun

b)

Menjadi sekolah terbaik di daerah Gombak menjelang 2020

c)

Melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi akademik dan sahsiah

d)

Melahirkan para graduan yang berdaya saing dan mampu mengurus dengan baik

9.

Encik Jasmi telah menubuhkan perniagaan kraftangan di Merlimau, Melaka pada 1 Julai 2017


Apakah visi yang sesuai bagi perniagaan Encik Jasmi?

a)

Jualan sebanyak 50 unit bakul rotan sebulan

b)

Melahirkan pekerja yang mahir membuat bakul rotan

c)

Menghasilkan pengeluaran sebanyak 200 unit sebulan

d)

Untuk menjadi sebuah perniagaan yang disegani dan dicontohi

10.

Maklumat berikut berkaitan dengan Syarikat Akim Sdn. Bhd yang mengeluarkan kek.


Hitung jumlah hasil Syarikat Kim Sdn Bhd.

a)

RM4000

b)

RM5000

c)

RM6000

d)

RM7000

11.

Antara berikut, yang manakah bukan penetapan organisasi perniagaan ?

a)

Visi

b)

Misi

c)

Objektif

d)

Tujuan

12.

" Merupakan penetapan perancangan melibatkan fokus dan perancangan jangka masa panjang "

Apakah yang dimaksudkan dengan penyataan di atas ?

a)

Visi

b)

Misi

c)

Objektif

d)

Tujuan

13.

Penetapan visi, misi dan objektif bagi organisasi bermotifkan untung (OBU) ialah kerana ?

a)

untuk kebajikan ahli, masyarakat dan memberikan perkhidmatan kepada orang ramai

b)

Tertumpu kepada kepentingan orang ramai

c)

Perniagaan itu mempunyai objektif untuk memaksimumkan keuntungan supaya dapat memuaskan kehendak pelanggan

d)

Memaksimumkan kepuasan diri

14.

Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) merujuk kepada ?

a)

Organisasi Bermotifkan Untung (OBU)

b)

Pertubuhan Sukarela

c)

Agensi Sukarela

d)

Organisasi Bukan Bermotifkan Untung (OBBU)

15.

Antara berikut, yang manakah bukan visi Syarikat Jakel ?

a)

Sentiasa mengutamakan keselesaan pelanggan dalam menjadi pengalaman membeli-belah digedung jakel sesuatu yang unik dan tidak dapat dilupakan

b)

Menjadikan Jakel sebagai pembekal tekstil terbesar di Malaysia bagi memenuhi keperluan tempatan sama ada di sektor kerajaan atau korporat

c)

Memberi perkhidmatan jualan serta informasi oleh seorang pelanggan dengan mengira status

d)

Menyambut pelanggan dengan layanan dan senyuman

16.

Apakah penetapan misi Syarikat Jakel ?

a)

Memberi perkhidmatan yang terbaik dan memastikan pelanggan akan sentiasa yakin dan gembira

b)

Sentiasa menjaga nama baik syarikat

c)

Berterusan operasi

d)

Sentiasa menjaga pelanggan

17.

Antara yang berikut, manakah yang merupakan kos tetap pengeluaran? (Pilih dua jawapan)

a)

Kos bahan mentah

b)

Kos air dan elektrik

c)

Sewa kilang

d)

Gaji pekerja

18.

Apakah matlamat utama sesebuah organisasi perniagaan?

a)

Menguasai syer pasaran

b)

Memaksimumkan keuntungan

c)

Membesarkan operasi perniagaan

d)

Menjalankan tanggungjawab sosial

19.

Apakah matlamat utama penjual barangan elektrik menyediakan perkhidmatan penghantaran dan pemasangan barang di rumah pelanggan?

a)

Memenuhi keperluan undang-undang

b)

Untuk mendapatkan kesetiaan pelanggan

c)

Dapat melaksanakan tanggungjawab sosial

d)

Menarik minat pengguna melanggan di kedainya

20.

Apakah langkah yang boleh diambil oleh perniagaan untuk menghadapi persaingan dalam jangka panjang?

a)

Menjalankan promosi jualan

b)

Menjual barang secara kredit

c)

Menjual barang pada harga kos

d)

Menjalankan aktiviti penyelidikan dan pembangunan