wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

CAKAP AJUK dan CAKAP PINDAH

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

“ Kain songket ini mahal harganya kerana tenunannya halus dan cantik,” kata penjual kepada pelanggannya.

a)

Pelanggan memberitahu bahawa harga kain songket itu mahal.

b)

Penjual menjual kain songket tenunan itu kerana harganya mahal.

c)

Kain songket itu dijual mahal kerana tenunannya halus dan cantik.

2.

Emak menasihati Suria agar belajar rajin-rajin supaya masa depannya cerah.

a)

Kata Suria, “ Saya rajin belajar supaya masa depan akan cerah.

b)

Kata emak, “ Emak rajin belajar agar masa depan kamu akan cerah.”

c)

Kata emak,“ Rajin-rajinlah belajar,nanti masa depan kamu akan cerah.”

d)

Kata Suria, “ Kamu mesti rajin belajar agar masa depan akan cerah.”

3.

Raden memberitahu Cikgu Salina bahawa dia tidak tahu apa-apa.

a)

“ Saya tidak memberitahu apa-apa cikgu,” tegas Raden.

b)

“ Maafkan saya cikgu.Saya tidak ada apa-apa,” kata Raden.

c)

“ Saya tidak mengetahui apa-apa ,cikgu .” kata Cikgu Salina.

d)

“ Adakah kamu mengetahui apa-apa Raden?” kata Cikgu Salina.

4.

Arini dan Raj mempelawa Nancy bermain bersama dengan mereka.

a)

“ Marilah kita bermain bersama-sama,Nancy.” Kata Arini dan Raj.

b)

“ Kamu bermainlah bersama-sama Arini dan Raj,” pelawa Nancy.

c)

“ Bolehkah kamu bermain bersama-sama kami ?” tanya Nancy.

5.

Naim memberitahu ayahnya bahawa Bidin rakan sekelasnya.

a)

Kata Naim, “Ayah, ini Bidin. Kawan lama saya di sekolah.”

b)

Kata Naim, “Ayah, Bidin ada seorang rakan di sekolah.”

c)

Kata Naim, “Ayah Bidin adalah seorang rakan saya di sekolah.”

6.

Mariam mengajak Maimun ke kantin.

a)

“ Ajaklah Maimun ke kantin,” kata Mariam.

b)

“ Maimun, mari kita ke kantin,” kata Mariam.

c)

“ Maimun mengajak saya ke kantin,” kata Mariam.

7.

Salmi mempersilakan Devi duduk.

a)

“ Sila duduk,” kata Salmi kepada Devi.

b)

“ Janganlah duduk,” kata Salmi kepada Devi.

c)

“ Silalah duduk Salmi,”kata Devi kepada Salmi.

8.

Nabil memuji keindahan pemandangan Pulau Langkawi.

a)

“ Amboi, indah sungguh pemandangan di sini,” kata Nabil.

b)

“ Oh, cantiknya keindahan di Pulau Langkawi,” kata Nabil.

c)

“ Wah, indahnya pemandangan Pulau Langkawi,” kata Nabil.

9.

Murad meminta Aiman memberikan buku cerita itu kepadanya.

a)

“ Silalah berikan buku cerita itu kepada saya,” pinta Murad.

b)

“ Tolong berikan buku cerita itu kepada saya,” pinta Murad.

c)

“ Berikanlah buku cerita Aiman kepada saya,” pinta Murad.

10.

Pak Usin bertanya kepada Amat tentang tarikh kepulangan datuknya dari Mekah.

a)

“ Adakah datuk kamu baru pulang dari Mekah?” tanya Pak Usin.

b)

“ Sudahkan datuk kamu pulang dari Mekah, Amat ?” tanya Pak Usin.

c)

“ Bilakah datuk kamu akan pulang dari Mekah, Amat ?” tanya Pak Usin.