wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

T4 Formasi Bola Tampar

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Secara ringkasnya, apabila

pasukan lawan melakukan serangan, pemain pasukan bertahan akan menghalang bola dengan

mengaplikasikan kemahiran bertahan seperti

a)

Servis dan Mengumpan

b)

Mengadang dan Menyangga

c)

Mengumpan dan Merejam

d)

Servis dan Merejam

2.

Secara ringkasnya, apabila

pasukan ingin melakukan serangan, pemain dalam pasukan haruslah melakukan serangan dengan

mengaplikasikan kemahiran menyerang seperti

a)

Mengadang dan Menyangga

b)

Mengumpan dan Merejam

3.

Formasi ini menggunakan empat orang pemain yang bertindak sebagai perejam dan dua orang pemain sebagai pengumpan.

a)

Formasi 4:2

b)

Formasi 5:1

4.

Lima orang pemain bertindak sebagai perejam manakala seorang pemain lagi bertindak

sebagai pengumpan.

a)

Formasi 4:2

b)

Formasi 5:1

5.

berikut adalah formasi yang boleh dilakukan semasa satu pasukan merancang untuk melakukan serangan

a)

formasi 3:3

b)

formasi 5:1

c)

formasi 4:2

d)

formasi 1:5

6.

Pengumpan akan berada dibarisan belakang dan boleh bertukar ke hadapan bila-bila masa

a)

Formasi 4 : 2

b)

Formasi 5 : 1

c)

Formasi 3 : 3

d)

Formasi 6 : 0

7.

Pengumpan sentiasa berada di tengah hadapan dan melakukan umpanan kepada perejam yang berada di kiri, kanan atau dua perejam dari belakang

a)

Formasi 4 : 2

b)

Formasi 5 : 1

c)

Formasi 6 : 0

d)

Formasi 1 : 6

8.

Mengumpan ialah sentuhan kedua sesuatu pasukan. Kemahiran ini adalah untuk menghantar bola kepada rakan supaya dapat membuat rejaman.

a)

BETUL

b)

SALAH

9.

Apakah jenis rejaman ini?

a)

Rejaman dekat jaring

b)

Rejaman biasa

c)

Rejaman jauh

d)

Rejaman tinggi

10.

Nombor dalam formasi permainan bola tampar seperti 4:2 , dan 5:1 merujuk kepada

a)

Bilangan perejam dan pengumpan sesuatu pasukan

b)

Bilangan pemain lelaki dan perempuan dalam sesuatu pasukan

c)

Bilangan mata yang dikumpul oleh sesuatu pasukan

d)

Bilangan pemain utama dan pemain simpanan

11.

Perejam boleh berada di mana-mana bahagian untuk merejam kecuali

a)

Kiri

b)

Kanan

c)

Belakang

d)

Hadapan

12.

Pasukan menyerang boleh merejam bola di atas jaring pada beberapa keadaan kecuali

a)

Sentuhan pertama

b)

Sentuhan kedua

c)

Sentuhan ketiga

d)

Sentuhan keempat

13.

Nombor 1 dalam formasi 5:1 merujuk kepada bilangan ______.

a)

Pengumpan

b)

Perejam

c)

Penyerang

d)

Libero

14.

Bagi formasi 5:1, pemain pengumpan sangat penting kerana

a)

Perlu bertindak pantas

b)

Perlu bertukar-tukar posisi dalam permainan

c)

Perlu bertindak sebagai perejam

d)

Perlu melakukan aktiviti bertahan

15.

Bahagian anggota badan manakah yang tidak sah melakukan kontak bola?

a)

Kaki

b)

Kepala

c)

Dada

d)

Tiada

16.

Manakah di antara gambar berikut menunjukkan kemahiran merejam ?

a)
b)
c)
d)
17.

Sukan bola tampar pertama kali dipertandingkan di Sukan Olimpik Musim Panas yang ke-18 di .............. pada tahun 1964.

a)

Madrid

b)

Tokyo

c)

Rome

d)

Paris

18.

FIVB kini mempunyai 220 negara yang menjadi ahli gabungan termasuk 52 dari Afrika, 65 dari Asia, 56 dari Eropah, 34 dari NORCECA (North, Central America dan Caribbean) dan 12 dari Amerika Selatan.

a)

Betul

b)

Salah

19.

Pada masa ini, sukan Bola Tampar ialah salah satu daripada lima jenis sukan antarabangsa yang terbesar di dunia

a)

Betul

b)

Salah

20.

Apakah itu kemahiran mengumpan?

a)

Kemahiran menghantar bola kepada pihak lawan

b)

Kemahiran menyangga bola kepada pihak lawan

c)

Kemahiran melambungkan bola di udara bagi membolehkan melakukan rejaman

d)

Kemahiran melantun bola ke lantai