WorksheetsBAHASA MELAYU TAHUN 2 KATA GANDA
Total questions: 15
Worksheet time: 15mins
Terdapat pelbagai jenis _________ dijual di gerai itu.
buah-buahan
rama-rama
jejentik
lelangit
Ibu sedang menggoreng _______ ikan untuk adik.
bebiri
bebola
lelabi
lelabah
Ahmad dan adiknya sedang bermain _________di belakang rumah.
lelangit
lelayang
sesiku
bebola
Rumah yang ditinggalkan itu telah dimakan _____________.
jentik-jentik
labah-labah
anai -anai
kura-kura
Penduduk taman sedang bergotong-royong membunuh ________.
jejentik
bebola
dedaun
sesiku
Mak cik Limah menyapu ________ di siling rumah
sesawang
sewayang
sesiku
rerumput
Pak Dollah menanam ________untuk dijual.
sayur-sayuran
gula-gula
lauk-pauk
labah-labah
___________itu hinggap di dahan rambutan.
Layang-layang
Langit-langit
Burung-burung
Daun-daun
Petani memasang __________ di tengah sawah untuk menakutkan burung.
A kisi-kisi
B orang-orang
C tupai-tupai
D layang-layang
Mereka ketawa ___________ apabila menonton filem komedi lakonan
Tan Sri P. Ramlee.
A teresak-esak
B terkebil-kebil
C terbahak-bahak
D tergelak-gelak
Sebilangan besar murid sekolah itu mengalami __________ akibat keracunan makanan.
A lemah-longlai
B lemah-gemalai
C hiruk-pikuk
D cirit-birit
Keluarga Encik Zain seronok ___________ di kawasan air terjun yang popular itu.
A berulang-alik
B berlalu-lalang
C bermundar-mandir
D bermandi-manda
Sereena membalut hadiah itu ___________.
A kemas-kemas
B ketat-ketat
C kuat-kuat
D erat-erat
Setiap hari kami terpaksa __________ di kawasan perkuburan itu kerana jalan itu merupakan jalan pintas.
A ulang-alik
B bolak-balik
C mundar-mandir
D lalu-lalang
Kami menyusun _____________ itu di atas meja sebelum majlis bermula.
kerusi-kerusi
sampah-sampah
hadiah-hadiah
jentik-jentik
