Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SAINS TAHUN 5 PENGEMBANGAN DAN PENGECUTAN

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Mengapakah belon mengembang apabila botol itu dimasukkan dalam bekas berisi air panas?

a)

Belon mengembang apabila dipanaskan

b)

Botol mengembang apabila dipanaskan

c)

Udara mengembang apabila dipanaskan

d)

Air mengembang apabila dipanaskan

2.

Mengapakah bola besi itu dapat melalui semula gelang besi apabila disejukkan?

a)

Bola besi megembang apabila dipanaskan

b)

Bola besi mengecut apabila disejukkan

c)

Gelang besi mengembang apabila dipanaskan

d)

Gelang besi megecut apabila disejukkan

3.

Mengapakah paras air bewarna dalam salur kaca menurun apabila dimasukkan dalam bekas berisi ais?

a)

Air mengecut apabila disejukkan

b)

Air mengembang apabila dipanaskan

c)

Salur kaca megecut apabila disejukkan

d)

Salur kaca mengembang apabila dipanaskan

4.

Mengapakah terdapat ruang antara penyambungan landasan kereta api?

a)

Supaya landasan kereta api tidak bengkok apabila landasan kereta api mengembang

b)

Supaya landasan kereta api tidak bengkok apabila landasan kereta api mengecut

c)

Supaya perjalanan kereta api lancar

5.

Mengapakah kabel elektrik dipasang secara kendur?

a)

Mengelakkan kabel tegang dan akhirnya putus apabila kabel mengembang semasa cuaca sejuk

b)

Mengelakkan kabel tegang dan akhirnya putus apabila kabel mengecut semasa cuaca sejuk

c)

Mengelakkan kabel tegang dan akhirnya putus apabila kabel mengambang semasa cuaca panas

d)

Mengelakkan kabel tegang dan akhirnya putus apabila kabel mengecut semasa cuaca sejuk

6.

Mengapakah termometer digunakan untuk mengukur suhu?

a)

Pengembangan dan pengecutan bahan dalam bebuli termometer memberikan bacaan suhu bahan dengan tepat.

b)

Pengembangan bahan dalam bebuli termometer memberikan bacaan suhu bahan dengan tepat

c)

Pengecutan bahan dalam bebuli termometer memberikan bacaan suhu bahan dengan tepat

7.

Nyatakan kedudukan mata yang betul semasa mengambil bacaan suhu.

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

8.

Sekeping logam dimasukkan ke dalam sebuah bikar berisi air. Suhu air meningkat sebanyak 30 ºC kepada 65 ºC. Berapakah suhu awal air?

a)

30 ºC

b)

35 ºC

c)

40 ºC

d)

45 ºC

9.

Sekeping logam yang dipanaskan telah dimasukkan ke dalam sebuah bikar berisi air. Selepas dikeluarkan, didapati kepingan logam itu menjadi kurang panas. Mengapa?

a)

Suhu logam menaik apabila menerima haba

b)

Suhu logam menurun apabila kehilangan haba

c)

Suhu logam menaik apabila kehilangan haba

d)

Suhu logam menurun apabila menerima haba

10.

Rajah menunjukkan sebuah botol cuka yang ditutup ketat dengan gabus. Apakah yang boleh dilakukan bagi mengeluarkan gabus dengan mudah tanpa merosakkannya?

a)

Panaskan gabus tersebut

b)

Rendamkan botol itu ke dalam air sejuk

c)

Panaskan dasar botol itu untuk seketika

d)

Letakkan botol bersama gabus ke dalam peti sejuk

11.

Selepas bebola besi dipanaskan, bola besi................... dan tidak boleh melalui gelang.

a)

mengecut

b)

mengembang

c)

menggecil

d)

membesar

12.

Apabila air berwarna dipanaskan, air berwarna................... menyebabkan arasnya di dalam salur kaca......................

a)

mengecut /meningkat

b)

mengembang /menurun

c)

mengembang /meningkat

d)

mengembang /mendatar

13.

Berdasarkan pemerhatian anda ,apakah yang akan berlaku jika botol itu direndam didalam air panas.

a)

belon akan mengembang

b)

belon akan mengecut

c)

belon akan hilang

d)

botol akan mengembang

14.

Eksperimen ini untuk menguji ...............

a)

Pengembangan dan pengecutan bagi gas

b)

Pengembangan dan pengecutan bagi pepejal

c)

Pengembangan dan pengecutan bagi cecair

d)

Pengembangan dan pengecutan bagi asid

15.

Apabila udara di dalam belon........., udara.............. dan menyebabkan belon....................

a)

disejukkan /mengecut /menggembang

b)

dipanaskan /mengecut /mengempis

c)

disejukkan /mengembang /mengempis

d)

disejukkan /mengecut /mengempis

16.

Landasan kereta api dibina dengan ruang-ruang di antaranya untuk membolehkan.................... semasa cuaca panas.

a)

pengembangan

b)

penggecutan

c)

penggaratan

d)

pendaratan

17.

Ruang-ruang dibuat di antara kepingan konkrit pada laluan pejalan kaki untuk membolehkan........................ pada hari panas.

a)

pengembangan

b)

penggecutan

c)

penggaratan

d)

pendaratan

18.

Kabel elektrik dipasang secara melendut untuk mengelakkan kabel daripada putus apabila .................. semasa cuaca sejuk.

a)

pengembangan

b)

mengecut

c)

penggaratan

d)

pendaratan

19.

Rajah menunjukkan sebuah carta palang yang menunjukkan perubahan suhu air dalam sebuah bikar.


Berdasarkan rajah, yang manakah pernyataan yang benar?

a)

Air dimasukkan ke dalam peti ais

b)

Ais dibiarkan di bawah panas Matahari

c)

Ais kehilangan haba ke persekitaran

d)

Matahari menyerap haba dari ais

20.

Azman tidak dapat membuka penutup sos cili yang ketat. Apakah yang boleh dia buat untuk membuka penutup itu ?

a)

merendam botol sos cili dalam air yang sejuk

b)

merendam penutup sos cili dalam air yang panas

c)

menambah kekuatan untuk buka penutup itu

d)

meletakkan botol sos cili ke dalam peti sejuk