Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kata Ganti Nama Tahun 6

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

1. Hana dan hani ialah pasangan kembar. ______ merupakan anak kepada seorang ahli perniagaan.

a)

A. Dia

b)

B. Mereka

c)

C. Kita

d)

D. Kami

2.

2. Pengemis di kaki lima itu kelihatan sungguh lemah kerana sudah sehari suntuk ______ tidak makan

a)

A. beliau

b)

B. baginda

c)

C. dia

d)

D. mereka

3.

3. “Bilakah ______ hendak dating ke rumah saya untuk membuat ulang kaji bersama-sama ?” tanya Munir kepada Aiman dan Salim.

a)

A. kita

b)

B. kalian

c)

C. mereka

d)

D. kami

4.
“...............rela berkorban nyawa untuk mempertahankan negeri tercinta ini daripada ancaman musuh,” sembah Hang Tuah kepada Sultan Melaka. 
a)
Hamba
b)
Patik
c)
Saya
d)
Kami
5.
"Murid itu selalu mengganggu..........,"kata Fatimah dan rakan-rakannya kepada guru disiplin.
a)
saya
b)
kalian
c)
kami
d)
awak
6.

6. Cikgu Hasanah berasa terharu kerana ______ dipilih untuk menerima anugerah Tokoh Guru Peringkat Negeri Melaka

a)

A. beliau

b)

B. baginda

c)

C. dia

d)

D. kami

7.

7. “Walau apa pun yang terjadi, ______ rakyat Malaysia harus bersatu padu untuk menjamin kesejahteraan Negara kita,” kata Perdana menteri.

a)

A. kami

b)

B. kita

c)

C. mereka

d)

D. kalian

8.

8. “Peraduan ini terbuka kepada semua pendengar Radio Ceria dan ______ diminta menulis nama serta alamat dengan jelas,” kata juruhebah itu.

a)

A. hamba

b)

B. mereka

c)

C. anda

d)

D. engkau

9.

9. “______ berharap agar rakyat jelata memberikan kerjasama untuk mengatasi masalah kegawatan ekonomi,” titah Sultan Selangor

a)

A. Patik

b)

B. Tuanku

c)

C. Hamba

d)

D. Beta

10.

10. Sultan Johor akan menghadiri majlis itu. __________ akan diiringi oleh Menteri Besar Johor.

a)

A. Beliau

b)

B. Baginda

c)

C. Patik

d)

D. Beta