wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ TATABAHASA

Total questions: 89

Worksheet time: 39mins

Name
Class
Date
1.

Berikan maksud peribahasa "Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain".

a)

Melakukan sesuatu yang sukar, lama-kelamaan berjaya juga jika tekun melakukannya

b)

Manusia akan menjadi kuat jika bekerjasama/bersatu padu

c)

Sifat seseorang yang tidak jauh bezanya dengan sifat orang tuanya

d)

Mengikut adat di tempat orang dengan baik

2.

Nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan kepada maksud peribahasa "Sesuatu yang tidak akan terjadi jika satu pihak sahaja yang melakukannya".

a)

Bersatu teguh bercerai roboh

b)

Cubit paha kiri, paha kanan terasa sakitnya

c)

Bagai aur dengan tebing

d)

Bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi

3.

Berdasarkan maksud peribahasa "Orang yang sengaja mencari susah atau bahaya". Pilih peribahasa yang sesuai dengan maksud peribahasa yang diberikan.

a)

Kecil-kecil menjadi anak, besar-besar menjadi onak

b)

Tiada beban batu digalas

c)

Bapa borek anak rintik

d)

Bagai inai dengan kuku

4.

Berikan peribahasa yang tepat dengan maksud peribahasa "Orang yang kurang pandai, kalau ada kesungguhan mempelajari sesuatu lama-lama akan pandai juga".

a)

Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana maufakat.

b)

Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi

c)

Belakang parang jika diasah nescaya akan tajam

d)

Tidak memandang bulu, tidak melihat rupa

5.

Berikan peribahasa yang sesuai berdasarkan kepada maksud peribahasa " Menurut sahaja kehendak orang lain".

a)

Anjing menyalak tiada mengigit

b)

Seperti musang berbulu ayam

c)

Anjing ditepuk menjungkit ekor

d)

Seperti kerbau dicucuk hidung

6.
setelah mendengar berita kematian kedua dua ibu bapanya,Hasyimmah menangis tanpa henti bak........
a)
bak delima merekah 
b)
bak padi,makin berisi makin menunduk
c)
bak perahu,berat sebelah 
d)
bak manik putus tali
7.
"hati-hati apabila berkawan dengan Murad.dia tu ........ Aku pernah melihat dia bersama-sama dengan mat rempit malam miunggu yang lalu."kata mak limah .
a)
laksana garam dengan asam 
b)
laksana pohon kayu tidak berbuah 
c)
laksana bunga dedap,merah warnanya berbau tidak
d)
ibarat ayam tiada kais tiada makan
8.
Berikan padanan jawapan yang betul untuk kesalahan tatabahasa berikut.
Gejala cetak rompak boleh lumpuhkan industri seni utamanya industri muzik  dan perfileman tanahair.
a)
melupuhkan...yang utama...tanah air
b)
melumpuhkan...terutamanya...tanah air
9.
perbuatan budak-budak tersebut bermain bola  di tepi jalan bagai......... 
a)
bagai berumah ditepi pantai 
b)
bagai abu di atas tunggul
c)
bagai ayam di sambar helang 
d)
bagai air di daun keladi
10.

Lengkapkan peribahasa di bawah.

Kalah menjadi abu

a)

menang jadi tanah

b)

menang jadi arang

c)

menang jadi pasir

d)

menang jadi juara

11.

Menepuk air di dulang

a)

terpercik ke muka sendiri

b)

terkeluar dari dulang

c)

tertumpah ke lantai

d)

terpercik ke badan

12.

Yang dikejar tak dapat

a)

Yang ada bertaburan

b)

Yang dikendung berciciran

c)

Yang dibawa berjatuhan

d)

Yang dipikul berselerakkan

13.

Lembu punya susu

a)

sapi dapat nama

b)

kerbau dapat nama

c)

Kambing dapat nama

d)

Harimau dapat nama

14.

Hidup dikandung adat

a)

Mati dikendong tanah

b)

Hidup dikandung tanah

c)

Mati dikandung tanah

d)

Hidup dikendong tanah

15.

Lihat gambar di bawah dengan teliti.Berdasarkan gambar tersebut,pilih dua peribahasa yang sesuai

a)

membaca jambatan ilmu

b)

semakin membaca bertambah ilmu didada

c)

ilmu pelita hati

d)

sikit-sikit lama- lama jadi bukit

16.

Lihat gambar di bawah dengan teliti.Berdasarkan situasi dalam gambar tersebut,pilih dua peribahasa yang sesuai.

a)

muafakat membawa berkat

b)

mencegah adalah lebih baik daripada mengubati

c)

alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan

d)

usaha tangga kejayaan

17.

Lihat gambar di bawah dengan teliti.Berdasarkan situasi dalam gambar tersebut,pilih dua peribahasa yang sesuai.

a)

otak yang cerdas datang daripada badan yang sihat

b)

bersukan pasti menyihatkan tubuh badan

c)

mencegah adalah lebih baik daripada mengubati

d)

bermandi peluh

18.

Lihat gambar di bawah ini dengan teliti.Berdasarkan situasi dalam gambar tersebut,pilih satu peribahasa yang sesuai.

a)

seperti kucing dengan anjing

b)

bagai mencurah air ke daun keladi

c)

terlajak perahu boleh diundur,terlajak kata buruk padahnya

d)

bagai kerbau terkejut oleh gong

19.

Sesuatu yang tidak kekal lama.


Ayat di atas sesuai merujuk kepada peribahasa...

a)

Sambil menyelam minum air

b)

Bagai embun di hujung rumput

c)

Cendawan tumbuh selepas hujan

20.

Jika nasib seseorang itu baik maka dia akan beruntung dan jika nasibnya tidak baik dia akan ditimpa kerugian.


Peribahasa yang sesuai untuk merujuk situasi di atas ialah...

a)

Untung sabut timbul, untung batu tenggelam

b)

Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendir, eloklah lagi di negeri sendiri

c)

Diam-diam ubi berisi, diam-diam besi berkarat

21.

Bagai pahat dengan penukul.


apakah makna peribahasa di atas?

a)

Sesuatu yang tidak kekal lama

b)

Hubungan yang sangat erat

c)

Orang yang bekerja hanya apabila disuruh

22.

Sazali seperti _______________ kerana suka mengasingkan diri.

a)

alim kucing

b)

Abu Nawas

c)

kera sumbang

d)

bodoh sepat

23.

Orang yang sukar menghilangkan tabiatnya yang suka mencuri.

a)

panjang tangan

b)

tangan terbuka

c)

ringan tangan

d)

lepas tangan

24.

Setiap pusat melupuskan sampah hendaklah sentiasa pantau supaya mesra alam dan tidak memudaratkan penduduk di sekitarnya.

(a)  

25.

Pengurusan syarikat itu mensasarkan peningkatan jualan produknya sebanyak tujuh puluh peratus dalam jangka masa setahun.

(a)  

26.

Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan atau satu kesalahan dari segi imbuhan. Kenalpasti kesalahan tersebut.


Soalan:

Cikgu Uqasha meminta Adriana memfotostat jadual waktu untuk memberikan kepada semua murid di dalam kelas Tingkatan 5 Bestari

a)

memberikan

b)

memfotostat

c)

meminta

d)

di dalam

27.

Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan atau satu kesalahan dari segi imbuhan. Kenalpasti kesalahan tersebut


Soalan:

Penganjuran Rumah Terbuka Malaysia memerlukan komitmen yang tinggi sekali gus mempupuk semangat kesepakatan dalam kalangan rakyatnya

a)

memerlukan

b)

komitmen

c)

mempupuk

d)

kesepakatan

28.

Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan atau satu kesalahan dari segi imbuhan. Kenalpasti kesalahan tersebut.


Soalan:

" Lagu yang bertajuk 'Kawan' ini kutujukan kepada rakan-rakan sekelas di Tingkatan Empat Nilam," kata Helmi sebelum memulakan penyembahan

a)

kutujukan

b)

memulakan

c)

penyembahan

d)

rakan-rakan

29.

Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan atau satu kesalahan dari segi imbuhan. Kenalpasti kesalahan tersebut.


Soalan:

Kita hendaklah reda tatkala menerima nikmat mahupun musibah dengan sentiasa sangkaan baik teradap segala aturan-Nya

a)

tatkala

b)

redha

c)

sangkaan

d)

aturan-Nya

30.

Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan atau satu kesalahan dari segi imbuhan. Kenalpasti kesalahan tersebut.


Soalan:

Kementerian Kesihatan telah mengambil langkah-langkah drastik untuk mentangani wabak selesema burung yang pernah melanda negara dahulu

a)

mengambil

b)

mentangani

c)

selesema

d)

melanda

31.

Tukarkan ayat aktif ini kepada ayat pasif.

Saya menyapu krim pada roti untuk sarapan.

a)

Krim disapu pada roti oleh saya untuk sarapan.

b)

Krim saya sapu pada roti untuk sarapan.

c)

Untuk sarapan, krim disapu pada roti oleh saya.

d)

Menyapu krim pada roti untuk sarapan saya.

32.

Tukarkan ayat aktif ini kepada ayat pasif.

Ayah mengambil masa selama satu jam untuk membasuh kereta.

a)

Mengambil masa selama satu jam untuk membasuh kereta ayah.

b)

Untuk membasuh kereta, ayah mengambil masa selama satu jam

c)

Masa selama satu jam ayah ambil untuk membasuh kereta.

d)

Masa selama satu jam diambil oleh ayah untuk membasuh kereta.

33.

Tukarkan ayat aktif ini kepada ayat pasif.

Pihak sekolah akan memperkenalkan satu peraturan baharu untuk semua murid.

a)

Akan memperkenalkan satu peraturan baharu untuk semua murid pihak sekolah.

b)

Satu peraturan baharu pihak sekolah akan perkenalkan untuk semua murid.

c)

Satu peraturan baharu akan diperkenalkan oleh pihak sekolah untuk semua murid.

d)

Satu peraturan baharu pihak sekolah akan memperkenalkan untuk semua murid.

34.

Tukarkan ayat aktif ini kepada ayat pasif.

Puan Aisyah telah menggubah bunga yang cantik itu.

a)

Bunga yang cantik itu telah digubah oleh Puan Aisyah.

b)

Telah menggubah bunga yang cantik itu Puan Aisyah.

c)

Bunga yang cantik itu telah Puan Aisyah gubah.

d)

Puan Aisyah yang cantik itu telah menggubah bunga.

35.

Tukarkan ayat aktif ini kepada ayat pasif.

Hanif menelan ubat yang disediakan oleh Hasif dengan terpaksa.

a)

Ubat yang disediakan oleh Hasif Hanif menelan dengan terpaksa.

b)

Ubat yang disediakan oleh Hanif ditelan oleh Hasif dengan terpaksa.

c)

Ubat yang disediakan oleh Hasif ditelan oleh Hanif dengan terpaksa.

d)

Ubat yang disediakan oleh Hasif Hanif telan dengan terpaksa.

36.

Tukarkan ayat aktif ini kepada ayat pasif.

Mak Suri menggalas bungkusan kain itu di atas bahunya.

a)

Bungkusan kain itu digalas oleh Mak Suri di atas bahunya.

b)

Bungkusan kain itu Mak Suri galas di atas bahunya.

c)

Menggalas bungkusan kain itu di atas bahunya Mak Suri.

d)

Di atas bahunya Mak Suri menggalas bungkusan kain itu.

37.

Tukarkan ayat aktif ini kepada ayat pasif.

Pihak pemaju telah memberikan penjelasan kepada penduduk tentang projek pembinaan itu.

a)

Telah memberikan penjelasan pihak pemaju kepada penduduk tentang projek pembinaan itu.

b)

Penjelasan telah pihak pemaju berikan kepada penduduk tentang projek pembinaan itu.

c)

Pihak pemaju telah berikan penjelasan kepada penduduk tentang projek pembinaan itu.

d)

Penjelasan telah diberikan oleh pihak pemaju kepada penduduk tentang projek pembinaan itu.

38.

Tukarkan ayat aktif ini kepada ayat pasif.

Seorang ibu mestilah sentiasa mendoakan kejayaan anak-anak.

a)

Mestilah sentiasa mendoakan kejayaan anak-anak seorang ibu.

b)

Kejayaan anak-anak mestilah sentiasa didoakan oleh seorang ibu.

c)

Kejayaan anak-anak mestilah sentiasa seorang ibu doakan.

d)

Kejayaan anak-anak sentiasa seorang ibu mestilah doakan.

39.

Tukarkan ayat aktif ini kepada ayat pasif.

Kami membawa kemajuan di kampung dengan cara tersendiri.

a)

Kemajuan di kampung kami bawa dengan cara tersendiri.

b)

Membawa kemajuan di kampung dengan cara tersendiri kami.

c)

Kemajuan di kampung dibawa oleh kami dengan cara tersendiri.

d)

Kemajuan di kampung kami membawa dengan cara tersendiri.

40.

Tukarkan ayat aktif ini kepada ayat pasif.

Produk itu dapat memberikan kesan yang positif terhadap kesihatan manusia.

a)

Kesan yang positif dapat produk itu berikan terhadap kesihatan manusia.

b)

Dapat memberikan kesan yang positif terhadap kesihatan manusia produk itu.

c)

Kesan yang positif dapat diberikan oleh produk itu terhadap kesihatan manusia.

d)

Terhadap kesihatan manusia produk itu dapat memberikan kesan yang positif.

41.

Tukar ayat pasif yang berikut kepada ayat aktif tanpa mengubah maksud asalnya.

"Majalah berkaitan sejarah Malaysia itu telah dibaca oleh Hashim pada minggu lalu di perpustakaan sekolahnya."

a)

Pada minggu lalu, Hashim telah membaca majalah berkaitan sejarah Malaysia di perpustakaan sekolahnya.

b)

Hashim telah membaca majalah berkaitan sejarah Malaysia itu pada minggu lalu di perpustakaan sekolahnya.

c)

Di perpustakaan sekolahya, Hashim telah membaca majalah berkaitan sejarah Malaysia.

42.

Tukar ayat pasif yang berikut kepada ayat aktif tanpa mengubah maksud asalnya.

"Emak diberitahu oleh kakak bahawa adik sedang membaca buku cerita di dalam biliknya."

a)

Buku cerita dibaca oleh adik di dalam biliknya diberitahu kakak kepada emak.

b)

Adik sedang membaca buku cerita di dalam biliknya beritahu kakak kepada emak.

c)

Kakak memberitahu emak bawa adik sedang membaca buku cerita di dalam biliknya.

43.

Tukar ayat pasif yang berikut kepada ayat aktif tanpa mengubah maksud asalnya.

"Tindakan tegas akan dikenakan oleh pihak sekolah kepada pelajar-pelajar yang didapati ponteng kelas atau ponteng sekolah ."

a)

Pihak sekolah akan mengenakan tindakan tegas kepada pelajar-pelajar yang didapati ponteng kelas atau ponteng sekolah.

b)

Pelajar-pelajar yang didapati ponteng kelas atau ponteng sekolah akan dikenakan tindakan tegas oleh pihak sekolah.

c)

Tindakan tegas akan dikenakan kepada pelajar-pelajar yang didapati ponteng kelas atau ponteng sekolah oleh pihak sekolah.

44.

Tukar ayat pasif yang berikut kepada ayat aktif tanpa mengubah maksud asalnya.

"Beberapa ujian kecergasan perlu kami lepasi sebelum diterima menganggotai pasukan sukarelawan itu."

a)

Pasukan sukarelawan perlu melepasi beberapa ujian kecergasan sebelum diterima sebagai anggota pasukan.

b)

Sebelum diterima menganggotai pasukan sukarelawan itu, beberapa ujian kecergasan perlu kami lepasi.

c)

Kami perlu melepasi beberapa ujian kecergasan sebelum diterima menganggotai pasukan sukarelawan itu.

45.

Tukar ayat pasif yang berikut kepada ayat aktif tanpa mengubah maksud asalnya.

"Amalan kitar semula seharusnya dipraktikkan oleh masyarakat setempat demi penjagaan alam sekitar."

a)

Masyarakat setempat seharusnya mempraktikkan amalan kitar semula demi penjagaan alam sekitar.

b)

Demi penjagaan alam sekitar, amalan kitar semula seharusnya dipraktikkan oleh masyarakat setempat.

c)

Demi penjagaan alam sekitar, masyarakat setempat seharusnya mempraktikkan amalan kitar semula.

46.

Tukar ayat aktif yang berikut kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya.

"Kanak-kanak itu terpijak paku yang berkarat ketika bermain di belakang rumah."

a)

Paku yang berkarat itu terpijak oleh kanak-kanak katika bermain di belakang rumah.

b)

Kanak-kanak itu memijak paku yang berkarat ketika bermain di belakang rumah.

c)

Di belakang rumah, paku yang berkarat terpijak oleh kanak-kanak ketika bermain.

47.

Tukar ayat aktif yang berikut kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya.

"Oleh sebab tidak mengulangkaji pelajaran, Susan tidak dapat menjawab soalan."

a)

Tidak mengulangkaji pelajaran, Oleh sebab itu Susan tidak dapat menjawab soalan.

b)

Soalan itu tidak dapat dijawab oleh Susan oleh sebab tidak mengulang kaji pelajaran.

c)

Susan tidak dapat menjawab soalan, oleh sebab tidak mengulangkaji pelajaran,

48.

Tukar ayat aktif yang berikut kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya.

"Doktor Fatimah sedang merawat pesakit di klinik."

a)

Pesakit sedang merawat Doktor Fatimah di klinik.

b)

Doktor Fatimah sedang dirawat oleh pesakit.

c)

Pesakit sedang dirawat oleh Doktor Fatimah di klinik.

49.
Wanita itu sahabat pena kakak saya.
a)
FN + FN
b)
FN + FS
c)
FN + FK
d)
FN + FA
50.
Buku cerita yang tebal itu sangat mahal.
a)
FN + FN
b)
FN + FS
c)
FN + FA
d)
FN + FK
51.
Bas Ekspres Nasional itu dari utara.
a)
FN + FA
b)
FN + FK
c)
FN + FN
d)
FN + FS
52.
Perdana Menteri akan merasmikan majlis itu.

a)
FN + FK
b)
FN + FA
c)
FN + FS
d)
FN + FN
53.
Kek coklat itu sedap rasanya.
a)
FN + FN
b)
FN + FK
c)
FN + FS
d)
FN + FA
54.
Para doktor sedang merawat mangsa-mangsa kebakaran itu.
a)
FN + FS
b)
FN + FA
c)
FN + FN
d)
FN + FK
55.
Kampung datuk Afiq di Pasir Gudang.
a)
FN + FS
b)
FN + FA
c)
FN + FK
d)
FN + FN
56.
Emak sedang menanak nasi di dapur.
a)
FN + FS
b)
FN + FK
c)
FN + FA
d)
FN + FN
57.
Anak saudara saya pemain badminton negara.
a)
FN + FA
b)
FN + FK
c)
FN + FS
d)
FN + FN
58.
Jam tangan itu untuk emak sempena hari lahirnya.
a)
FN + FK
b)
FN + FS
c)
FN + FN
d)
FN + FA
59.
Tun Abdul Razak Bapa Pembangunan Malaysia.
a)
FN +FA
b)
FN + FK
c)
FN + FN
d)
FN + FS
60.
Orang tua itu mengerjakan sawah seorang diri.
a)
FN + FN
b)
FN +FA
c)
FN + FS
d)
FN + FK
61.
Kuih itu daripada emak saya.
a)
FN + FK
b)
FN + FN
c)
FN + FS
d)
FN + FA
62.
Kami sekeluarga akan ke Kuala Lumpur hujung minggu ini.
a)
FN + FS
b)
FN + FA
c)
FN + FK
d)
FN + FN
63.
Gopal yang sentiasa berpakaian kemas sering dipuji oleh guru-guru sekolahnya.
a)
FN + FA
b)
FN + FS
c)
FN + FN
d)
FN + FK
64.
Beg tangan Puan Jamilah dari luar negeri.
a)
FN + FS
b)
FN + FN
c)
FN + FK
d)
FN + FA
65.
Semua buku latihan Izzati buku yang dibeli di koperasi.
a)
FN + FA
b)
FN + FK
c)
FN + FN
d)
FN + FS
66.
Abang saya yang sulung memberi ayah wang untuk menjalani pembedahan di hospital swasta yang terletak di Kuala Lumpur.
a)
FN + FA
b)
FN + FS
c)
FN + FN
d)
FN + FK
67.
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menganugerahi mantan Perdana Menteri itu bintang kehormatan di Istana Negara.
a)
FN + FN
b)
FN + FK
c)
FN + FA
d)
FN + FS
68.

Tan Jia Xiang mengambil buku cerita lalu membaca buku itu.

a)

Ayat tunggal

b)

Ayat majmuk

69.

Dia menangis kerana sakit perut.

a)

Ayat majmuk

b)

Ayat tunggal

70.

Cikgu Amar membeli Samsung S9

a)

Ayat tunggal

b)

Ayat majmuk

71.

Eugene dan Megat bersekolah di SMK Horley Methodist.

a)

Ayat majmuk

b)

Ayat tunggal

72.

Mereka berjalan kaki ke sekolah.

a)

Ayat majmuk

b)

Ayat tunggal

73.

Rizal membuka begnya lalu memasukkan beberapa buah buku.

a)

Ayat majmuk

b)

Ayat tunggal

74.

Mei Mei suka menyanyi tetapi kakaknya suka menari.

a)

Ayat majmuk

b)

Ayat tunggal

75.
Siti Nurhaliza berasa sangat bersyukur dengan kelahiran anak sulungnya itu.
a)
dengan kelahiran anak sulungnya itu Siti Nurhaliza berasa sangat bersyukur .
b)
berasa sangat bersyukur dengan kelahiran anak sulungnya itu Siti Nurhaliza .
c)
sangat bersyukur dengan kelahiran anak sulungnya itu Siti Nurhaliza berasa.
76.
Rumah yang telah usang itu roboh akibat angin kencang
a)
roboh akibat angin kencang rumah yang telah usang itu
b)
yang telah usang itu roboh akibat angin kencang rumah
c)
akibat angin kencang rumah yang telah usang itu roboh
77.
Penduduk kampung menyambut hari raya dengan meriah setiap tahun
a)
setiap tahun penduduk kampung menyambut hari raya dengan meriah
b)
dengan meriah setiap tahun penduduk kampung menyambut hari raya
c)
menyambut hari raya dengan meriah setiap tahun penduduk kampung
78.
Kanak-kanak itu mandi di sungai
a)
mandi di sungai kanak-kanak itu
b)
di sungai kanak-kanak itu mandi
c)
Kanak-kanak mandi di sungai itu
79.
Kebanyakan orang Asia bertubuh kecil
a)
Kebanyakan bertubuh kecil orang Asia
b)
Orang Asia bertubuh kecil kebanyakan
c)
bertubuh kecil kebanyakan orang Asia
80.
Bangunan tinggi itu belum tentu selamat
a)
itu belum tentu selamat bangunan tinggi
b)
belum tentu selamat bangunan tinggi itu
c)
Bangunan tinggi itu tentu belum selamat
81.
Ibu Fauziah sedang sakit tenat di hospital.
a)
di hospital ibu Fauziah sedang sakit tenat.
b)
Ibu Fauziah di hospital sedang sakit tenat.
c)
sedang sakit tenat di hospital ibu Fauziah.
82.
Kelihatan anak-anak kecil itu berkejar-kejaran di padang
a)
berkejar-kejaran di padang kelihatan anak-anak kecil itu
b)
anak-anak kecil itu berkejar-kejaran di padang kelihatan
c)
Kelihatan berkejar-kejaran di padang anak-anak kecil itu
83.
Keadaan suhu di atas Gunung Kinabalu pada awal pagi sungguh dingin.
a)
sungguh dingin keadaan suhu di atas Gunung Kinabalu pada awal pagi .
b)
di atas Gunung Kinabalu pada awal pagi sungguh dingin keadaan suhu.
c)
pada awal pagi keadaan suhu di atas Gunung Kinabalu sungguh dingin.
84.
Pak Ahmad telah menjual sawah di hujung kampung itu
a)
sawah di hujung kampung itu Pak Ahmad telah menjual
b)
telah menjual sawah di hujung kampung itu Pak Ahmad
c)
di hujung kampung itu Pak Ahmad telah menjual sawah
85.
Keropok lekor sangat popular di Terengganu kerana rasanya yang enak.
a)
kerana rasanya yang enak keropok lekor sangat popular di Terengganu.
b)
di Terengganu kerana rasanya yang enak keropok lekor sangat popular.
c)
sangat popular di Terengganu kerana rasanya yang enak keropok lekor.
86.
Dedaun kering berguguran di halaman rumah apabila angin bertiup kencang.
a)
apabila angin bertiup kencang dedaun kering berguguran di halaman rumah .
b)
angin bertiup kencang di halaman rumah apabila dedaun kering berguguran .
c)
berguguran di halaman rumah apabila angin bertiup kencang dedaun kering.
87.
Cenderamata yang dihadiahkan oleh rakan-rakannya tersusun dengan kemas di dalam almari perhiasan koleksi
a)
tersusun dengan kemas di dalam almari perhiasan koleksi cenderamata yang dihadiahkan oleh rakan-rakannya
b)
di dalam almari perhiasan tersusun dengan kemas koleksi cenderamata yang dihadiahkan oleh rakan-rakannya
c)
yang dihadiahkan oleh rakan-rakannya tersusun dengan kemas di dalam almari perhiasan koleksi cenderamata
88.
Tukarkan ayat biasa ini
1.Encik Ahmad seorang doktor.(Ayat Biasa)
 
a)
Doktor seorang Encik Ahmad.
b)
Seorang doktor Encik Ahmad. 
89.
Kasut adik belum bercuci. 
a)
Belum bercuci kasut adik. 
b)
Bercuci belum kasut adik