NEW
Font size
WorksheetsBahasa Melayu (Peribahasa)
Total questions: 15
Worksheet time: 9mins
Pekerja-pekerja di hotel itu ___________ menyiapkan pentas khas untuk majlis perkahwinan.
bermandi peluh
bertegang urat
berputih tulang
berpatah arang
Setelah begitu lama berada di rumah Salmah, kami pun _____________ .
minta diri
minta nyawa
minta hati
minta kasih
Budak yang __________ itu tidak mahu menurut nasihat ayahnya
kepala angin
kepala batu
besar kepala
barat kepala
Encik Hasyim ________ mendermakan buah pinggangnya kepada adiknya.
berbesar hati
berkecil hati
berlebih hati
bermurah hati
Sazali seperti ________ kerana suka mengasingkan diri.
alim kucing
Abu Nawas
kera sumbang
bodoh sepat
“Cakap perlahan sedikit, dia tu ________ , nanti ketahuinya rahsia ini,” bisik Maya kepada Dewi.
telinga nipis
lintah darat
telinga lintah
pekak badak
Orang yang _______ sukar menghilangkan tabiatnya yang suka mencuri.
panjang tangan
tangan terbuka
ringan tangan
lepas tangan
Mereka ________ apabila mendengar cerita Rose yang terjatuh ke dalam sungai sewaktu belajar menaiki basikal.
geli hati
curi hati
makan hati
iri hati
Emak membuat agar-agar sebagai _________________ untuk kami selepas makan.
mulut tempayan
banyak mulut
pembasuh mulut
mulut murai
Nasihat yang diberikan oleh ayah kepada abang bagai _____________ kerana abang tidak ingin menuruti kata-kata ayah.
kacang lupakan kulit
mencurahkan air ke daun keladi
kaca jatuh ke batu
tikus membaiki labu
Cikgu Tan mudah mengajar Kelas 5 Gigih kerana murid-muridnya ___________________
rambang mata
tajam akal
otak udang
tanda mata
