wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

unit 13: keselamatan di jalan raya

Total questions: 40

Worksheet time: 26mins

Name
Class
Date
1.

Peraturan dan undang-undang jalan raya adalah dua perkara yang berbeza. Peraturan jalan raya membawa maksud _____

a)

Amalan keselamatan yang boleh meningkatkan keselamatan

pengguna ketika berada di jalan raya.

b)

Amalan keselamatan yang boleh meningkatkan kesedaran keselamatan pengguna ketika berada di jalan raya.

c)

Amalan keselamatan yang boleh menyedarkan pengguna ketika berada di jalan raya.

d)

Amalan keselamatan yang boleh mempercepatkan dan memudahkan lalu lintas ketika berada di jalan raya.

2.

Undang-undang jalan raya membawa pengertian ___

a)

Akta yang mewajibkan oleh pihak Polis dan sekolah. Pengguna jalan raya yang tidak mematuhi undang-undang akan dikenakan hukuman.

b)

Akta yang mewajibkan suatu perlakuan kepada semua pengguna di Malaysia. Pengguna jalan raya yang tidak mematuhi undang-undang akan dikenakan hukuman.

c)

Akta yang mewajibkan suatu perlakuan kepada pengguna semasa berada di jalan raya. Pengguna jalan raya yang tidak mematuhi undang-undang akan dikenakan hukuman.

d)

Akta yang mewajibkan suatu perlakuan kepada pengguna semasa berada di jalan raya di kawasan bandar sahaja. Pengguna jalan raya yang tidak mematuhi undang-undang akan dikenakan hukuman.

3.

Yang berikut ialah beberapa contoh peraturan yang patut dipatuhi oleh pengguna jalan raya, KECUALI:

a)

Patuhi had laju kenderaan yang ditetapkan.

b)

Pandang kiri, kanan, kemudian kiri sebelum melintas jalan raya.

c)

Tidak menunggang basikal secara beriringan.

d)

Pakai pakaian cerah dan bersinar pada waktu malam.

4.

Yang berikut ialah beberapa contoh undang-undang jalan raya yang patut dipatuhi oleh pengguna jalan raya, KECUALI;

a)

Patuhi garis panduan keselamatan semasa memotong kenderaan lain.

b)

Tidak menggunakan telefon bimbit semasa memandu.

c)

Letak kenderaan di tempat letak kereta yang sepatutnya.

d)

Lihat cermin sisi dan berikan isyarat sebelum menukar lorong.

5.

Berikut merupakan kepentingan mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya. (pilih 3 jawapan betul)

a)

Mengurangkan kesesakan jalan raya.

b)

Mengurangkan tekanan jiwa

c)

Menjadikan jalan raya selamat untuk digunakan.

d)

Mengelakkan putus cinta

e)

Mengelakkan kemalangan.

6.

Sewaktu menunggu bas di sekolah, anda terlihat sekumpulan rakan anda bermain bola di jalan raya. Apakah tindakan kamu?

a)

Turut serta bermain.

b)

Buat-buat tidak nampak.

c)

Menegur dan menasihati rakan anda.

d)

Balik dan tidak peduli.

7.

Abang dan adik anda tidak memakai topi keledar ketika menunggang motosikal. Apakah tindakan anda?

a)

Kagum dan bertepuk tangan.

b)

Menegur perbuatan mereka.

c)

Mengambil video dan gambar.

d)

Turut serta menunggang motosikal tersebut.

8.

Anda mengikut sepupu anda pergi membeli-belah di sebuah pasar raya. Sepupu anda meletakkan kereta di tempat yang tidak sepatutnya. Apakah tindakan anda?

a)

Menasihati dan menegur sikap sepupu.

b)

Buat-buat tidak kenal sepupu sendiri.

c)

Menelepon ibu di rumah.

d)

Memberitahu cikgu di sekolah.

9.

Berikut mana bukan tip untuk penunggang basikal mengguna jalan raya dengan selamat ?

a)

sentiasa menunggang di laluan baslkal.

b)

pakai kit keselamatan yang lengkap

c)

tunggang basikal dalam satu barisan

d)

tunggang basikal dengan berlawan arus kereta

10.

Berpandukan gambar simbol di atas, ini mengingatkan pengguna jalan raya

a)

jalan licin di hadapan

b)

ada kenderaan rosak

c)

bahu jalan lembut

11.

Perbuatan yang sepatutnya dilakukan oleh pemandu bila lihat simbol ini adalah

a)

perlahankan kenderaan

b)

buang gear atau tinggikan gear dan teruskan perjalanan

c)

mesti pusing balik

d)

tidak boleh teruskan perjalanan keranan ada halangan di hadapan

12.

Berikut merupakan faktor berlakunya kemalangan, KECUALI;

a)

Penggunaan telefon bimbit

b)

Keadaan fizikal jalan raya

c)

Pembuli jalan raya

d)

Menggunakan seluar pendek

13.

Berpandukan gambar simbol di atas , seseorang pemandu tidak boleh

a)

teruskan perjalanan

b)

buat pusingan U

c)

Tidak payah pasang tali pinggang keledar kereta

14.

Apakah yang perlu dilakukan oleh pemandu di jalan raya ketika lampu isyarat merah bernyala.

a)

Berhenti

b)

Bersedia untuk berhenti

c)

Jalan

15.

Apakah yang dimaksudkan dalam papan tanda di atas

a)

Ada "!" di hadapan jalan

b)

Jalan ini selamat digunakan

c)

Pandu dengan berhati-hati

16.

Pengguna yang manakah telah melanggari had laju yang ditunjuk di atas?

a)

Afizi yang menunggang basikal (5 km/j)

b)

Hen Qian yang menaiki motorsikal (20 km/j)

c)

Ayah Aanliya yang memandu kereta (80km/j)

d)

Encik Ong yang memandu van (100km/j)

17.

Anda berada di kawasan pejalan kaki. Tiada sebarang kenderaan tetapi lampu isyarat pejalan kaki berwarna merah. Rakan anda mengajak anda melintas jalan. Apakah tindakan anda?

a)

Menunggu sehingga isyarat “orang hijau" muncul

b)

Melintas jalan mengikut rakan anda

c)

Melintas jalan sambil mendepakan tangan

18.

Anda ketinggalan bas. Kawan anda membonceng motosikal bapanya. Dia mengajak anda membonceng bersama-sama. Apakah tindakan anda?

a)

Membonceng bersama-sama rakan anda

b)

Menolak pelawaan rakan anda

c)

Mengajak rakan-rakan lain membonceng bersama-sama

19.

Berikut merupakan cara menunggang basikal dengan selamat. Kecuali

a)

Menunggang basikal secara berurutan

b)

Memberi isyarat tangan sebelum membelok

c)

Menunggang basikal ke kiri dan ke kanan dan mencelah antara kenderaan lain

20.

Apakah warna lintasan belang “zebra crossing” ?

a)

Merah dan kuning

b)

Jingga dan ungu

c)

Biru dan hijau

d)

Putih dan hitam

21.

Kenapakah anda wajib memakai tali pinggang keledar semasa menaiki kenderaan?

a)

Supaya kelihatan kemas dan cantik

b)

Memberikan keselesaan semasa membawa kenderaan

c)

Mengelakkan diri dari mendapat kecederaan yang teruk sekiranya berlaku kemalangan.

22.

Jejantas digunakan untuk _____________.

a)

Melintas jalan

b)

Berlepak

c)

Bermain

23.

Apakah yang perlu anda lakukan sebelum menaiki bas?

a)

berebut-rebut dengan rakan

b)

beratur dengan tertib naik ikut giliran

c)

Bertolak-tolak dengan penumpang lain

24.

Apakah yang perlu dilakukan oleh pemandu di jalan raya ketika lampu isyarat kuning bernyala.

a)

Berhenti

b)

Bersedia untuk berhenti

c)

Jalan

25.

______________ boleh meningkatkan kesedaran keselamatan pengguna ketika berada di jalan raya.

a)

Etika

b)

Sikap

c)

Tatasusila

d)

Peraturan jalan raya

26.

Semasa membonceng motosikal pada waktu malam, kita perlu memakai pakaian yang berwarna _____________.

a)

gelap

b)

cerah

c)

warni

d)

menarik

27.

Kemalangan jalan raya sering mengakibatkan _______________jalan.

a)

kesesatan

b)

kerosakan

c)

keseriusan

d)

kekeliruan

28.

Kita perlu menggunakan ____________ketika melintas jalan.

a)

jejantas

b)

tongkat

c)

jalan raya

d)

telefon bimbit

29.

Sebelum memulakan perjalanan, kita perlu memastikan _______________ berada dalam keadaan selamat.

a)

pemandu

b)

jalan raya

c)

kenderaan

d)

penumpang

30.

Pengguna jalan raya perlu mematuhi _____________ ketika memandu.

a)

cuaca

b)

naluri

c)

arahan polis

d)

lampu isyarat

31.
a)

Dilarang belok ke kanan

b)

dibenarkan belok ke kanan

32.

Apakah maksud simbol ini

a)

Dilarang masuk

b)

Tidak dibenarkan berhenti

c)

Zon hadlaju tamat

d)

Bahaya

33.

Apakah maksud simbol ini

a)

Beri laluan

b)

Dilarang belok ke kanan

c)

Jalan licin

d)

Jalan tak rata

34.

Pilih peranan Ibu Bapa untuk meningkatkan kesedaran keselamatan jalan raya (pilih 2 jawapan betul)

a)

Menggalakkan anak-anak mengambil bahagian dalam kempen keselamatan jalan raya

b)

Menjadi contoh pemandu yang baik ketika di jalan raya

c)

Mengadakan ceramah tentang keselamatan jalan raya

d)

menguatkuasakan dan mentadbir undang-undang jalan raya

e)

Meningkatkan rondaan di semua jalan raya

35.

Pilih peranan pihak sekolah untuk meningkatkan kesedaran keselamatan jalan raya (pilih 2 jawapan betul)

a)

Menubuhkan Kelab Keselamatan Jalan Raya

b)

Menjadi contoh pemandu yang baik ketika di jalan raya

c)

Mengadakan ceramah tentang keselamatan jalan raya

d)

menguatkuasakan dan mentadbir undang-undang jalan raya

e)

Meningkatkan rondaan di semua jalan raya

36.

Pilih peraturan jalan raya yang betul (pilih 3 jawapan betul)

a)

Pakai pakaian yang cerah dan bersinar pada waktu malam

b)

Mempunyai lesen memandu

c)

Papar cukai jalan pada kenderaan

d)

Tidak menunggang basikal secara beriringan

e)

Tidak memandu di lorong kecemasan

37.

Pilih undang-undang jalan raya yang betul (pilih 2 jawapan betul)

a)

Pakai pakaian yang cerah dan bersinar pada waktu malam

b)

Mempunyai lesen memandu

c)

Papar cukai jalan pada kenderaan

d)

Tidak menunggang basikal secara beriringan

e)

Tidak memandu di lorong kecemasan

38.

Apakah jenis kesalahan berikut?

a)

Undang - Undang Jalan Raya

b)

Keselamatan Jalan Raya

c)

Peraturan Jalan Raya

39.

Apakah kesalahan yang dilakukan oleh penunggang motorsikal tersebut?

a)

Elakkan mencelah di antara kenderaan

b)

Memakai pakaian gelap di waktu malam

c)

Patuhi lampu isyarat

d)

Patuhi had laju yang ditetapkan

40.

Warna lampu isyarat kuning menandakan bersedia untuk berjalan

a)

Betul

b)

Salah