WorksheetsKUIZ NASAB ANAK ANGKAT & LARANGAN MELAKUKAN PERBUATAN GANAS
Total questions: 26
Worksheet time: 20mins
Apakah maksud anak angkat?
Anak yang dipelihara oleh bukan ibu bapa kandungnya.
Anak yang tidak sah taraf.
Anak yatim.
Anak yang ditinggalkan oleh ibu bapanya.
3 tuntutan hukum daripada ayat 5 surah al-Ahzab ialah:
Harus menasabkan anak angkat dengan nama bapa kandung
Wajib menasabkan anak angkat dengan nama bapa kandung
Anak angkat yang tidak diketahui bapa kandungnya, boleh dipanggil dengan panggilan saudaraku
Jika menasabkan anak angkat dengan nama bapa angkat secara sengaja tidak berdosa, tetapi jika tidak disengajakan, dikira berdosa.
Jika menasabkan anak angkat dengan nama bapa angkat secara tidak sengaja tidak berdosa, tetapi jika disengajakan, dikira berdosa.
Hukum mengambil anak angkat ialah
wajib
harus
makruh
haram
Rasulullah SAW pernah mengambil anak angkat sebelum baginda diutus menjadi rasul. Nama Anak angkat baginda ialah..
Zaid bin Thabit
Zaid bin Harithah
Ali bin Abi Talib
Umaiyyah bin Abi Sufyan
Apakah hukum menasabkan anak angkat dengan bapa angkatnya?
Haram
Makruh
Sunat
Harus
Pilih pernyataan yang benar tentang peraturan berkaitan anak angkat menurut pandangan Islam.
Batas pergaulan anak angkat dengan keluarga angkat
dikira ajnabi
Memberi nasab anak angkat kepada bapa angkat adalah
haram
Bapa angkat boleh menjadi wali kepada anak angkatnya
Anak angkat boleh mewarisi harta ibu bapa angkatnya.
3 hikmah suruhan menasabkan anak angkat kepada bapa kandung ialah:
Mengiktiraf bapa kandung supaya dapat mengekalkan pertalian nasab antara mereka
Memelihara salasilah keluarga supaya tidak bercampur dengan orang yang tiada hubungan kekeluargaan
Menjaga batas aurat dan pergaulan antara anak angkat dengan keluarga angkat kerana mereka bukan mahram
Memastikan hukum perkahwinan anak angkat perempuan sah apabila walinya ialah bapa angkatnya.
Memelihara hak seorang anak angkat kepada bapa angkatnya seperti hak pewarisan harta pusaka
3 kelebihan mengambil anak angkat ialah
Mengeratkan hubungan silaturahim antara keluarga angkat dengan keluarga kandung agar dapat melahirkan masyarakat yang harmoni.
Membantu keluarga yang berkemampuan
Membantu keluarga yang kurang berkemampuan tetapi mempunyai tanggungan ramai supaya dapat menjalani hidup sempurna
Memberi kebahagiaan kepada mereka yang tidak dikurniakan zuriat agar dapat menjalani kehidupan berkeluarga seperti orang lain
Berikan 3 isi penting sebab turun ayat 5 Surah Al-Ahzab
Rasulullah telah mengambil Zaid bin harith sebagai anak angkat sebelum kerasulan
Ramai memanggilnya dengan nama zaid bin Muhammad
Lalu turun ayat ini melarang perbuatan menasabkan anak angkat kepada bapa angkat
Allah memerintahkan untuk menasabkan anak angkat kepada bapa angkat
kaedah istinbat hukum wajib menasabkan anak angkat kepada bapa kandung adalah......
Berdasarkan lafaz " ادعوهم"
yang bermaksud panggillah mereka
Feel Amar yang menunjukkan peintah
Setiap perintah membawa hukum wajib
Anak angkat haram dinasabkan kepada bapa angkat.
Hikmah suruhan menasabkan anak angkat kepada bapa kandung ialah
Mengiktiraf bapa kandung
Melahirkan perasaan kasih sayang
Membantu keluarga yang kurang berkemampuan
Memberi kebahagiaan kepada mereka yang tidak mendapat zuriat
Pembahagian harta pusaka kepada anak angkat bermakna memberikan harta yang bukan haknya. Anak angkat hanya berhak menerima wasiat dan hibah.
Pernyataan tersebut merupakan kesan menasabkan anak angkat kepada bapa angkat dari aspek ..........
Perwalian
Pergaulan
Pernikahan
Perwarisan harta
Nafkah & Tanggungjawab
Berikut merupakan hak anak angkat KECUALI
Wasiat
Pendidikan
Kasih sayang
Harta Pusaka
Islam melarang menasabkan anak angkat kepada bapa angkat kerana
Memelihara batas pergaulan
Memuliakan kedudukan anak angkat
Mengelakkan permusuhan dalam masyarakat
Menimbulkan peasaan kurang senang bapa kandung
Apakah kaedah untuk menyelesaikan masalah aurat dan batas pergaulan anak angkat dan keluarga angkat ?
Mengambil anak angkat dalam kalangan ahli keluarga
Menjadikan anak angkat sebagai anak susuan
Memberikan pendidikan agama secukupnya
Memberitahu anak angkat tentang keluarga kandung
Berikut merupakan langkah memberi kefahaman kepada orang ramai supaya menasabkan anak angkat kepada bapa kandung, KECUALI
Kempen kesedaran tentang nasab anak angkat
Program dakwah
Menyukarkan urusan pengambilan anak angkat
Mengurangkan birokrasi pendaftaran anak angkat
3 tuntutan hukum yang terdapat dalam hadis menjauhi berkelakuan ganas dan menjaga maruah diri ialah.....
Pengharusan perbuatan ganas seperti penguasa zalim yang memeras orang bawahannya dan mengganggu ketenteraman awam
Pengharaman perbuatan ganas seperti penguasa zalim yang memeras orang bawahannya dan mengganggu ketenteraman awam
Pengharaman wanita yang tidak menutup aurat, berpakaian nipis dan ketat, wanita yang menarik perhatian lelaki dengan bertabarruj dan wanita yang membuat lenggok-lenggok yang menggoda lelaki
Kedua-dua golongan, iaitu yang berkelakua ganas dan wanita yang tidak menjaga maruah diri tidak akan masuk ke dalam syurga
Definisi maruah diri ialah
Perbuatan atau tingkah laku yang dilakukan secara sengaja sehingga membawa kesan positif terhadap fizikal, harta dan emosi
Perbuatan atau tingkah laku yang dilakukan secara sengaja sehingga membawa kesan negatif terhadap fizikal, harta dan emosi
Nilai-nilai kejahatan, kehinaan diri dan ketidakhormatan diri yang ada pada diri seseorang
Nilai-nilai kebaikan, kemuliaan diri atau kehormatan diri yang ada pada diri seseorang
Ulama’ mengistinbatkan hukum haram berkelakuan ganas dan merosakkan maruah diri berdasarkan lafaz ayat
صنفان
صنفان من
اهل النار
صنفان من اهل النار
Lafaz صنفان من اهل النار membawa maksud .......
Satu golongan manusia penghuni syurga
Dua golongan manusia penghuni syurga
Satu golongan manusia penghuni neraka
Dua golongan manusia penghuni neraka
Setiap perbuatan yang menerima balasan neraka menunjukkan _______dan hukumnya adalah haram. Oleh itu, haram untuk manusia berkelakuan ganas dan merosakkan maruah diri.
Dosa besar
Dosa kecil
Pahala
3 perbuatan yang termasuk dalam kategori berkelakuan ganas ialah:
Merosakkan harta dan kemudahan awam
Lumba haram yang membahayakan orang lain
Membuli dan mencederakan orang lain
Pergaulan bebas antara lelaki dengan perempuan
3 perbuatan yang termasuk dalam kategori merosakkan maruah diri ialah:
answer choices
Memakai pakaian yang mencolok mata
Pergi ke tempat-tempat maksiat
Penguasa yang zalim
Merosakkan harta dan kemudahan awam
Pergaulan bebas antara lelaki dengan perempuan
kepentingan menjaga ketenteraman awam ialah :
Melahirkan persekitaran yang selamat agar dapat hidup dalam keadaan aman dan tenteram
Mewujudkan keharmonian dalam kalangan masyarakat kerana saling mengamalkan sikap hormat-menghormati antara satu sama lain.
Menjamin kehormatan dan kesucian diri agar tidak dicemari dengan gangguan sosial
Membentuk tingkah laku yang baik kerana sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan
2 kepentingan menjaga maruah diri ialah :
Melahirkan persekitaran yang selamat agar dapat hidup dalam keadaan aman dan tenteram
Mewujudkan keharmonian dalam kalangan masyarakat kerana saling mengamalkan sikap hormat-menghormati antara satu sama lain.
Menjamin kehormatan dan kesucian diri agar tidak dicemari dengan gangguan sosial
Membentuk tingkah laku yang baik kerana sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan
3 langkah untuk menghindari perlakuan ganas dan kewajipan menjaga maruah diri ialah :
Meningkatkan filem berunsur ganas dan pertandingan ratu cantik di program tv
Menyediakan garis panduan etika pemakaian yang patut dipatuhi
Menguatkuasakan undang-undang terhadap perlakuan ganas
Menyebarkan kempen-kempen berakhlak mulia dan menjaga maruah di media sosial
