NEW
Font size
WorksheetsKuiz latar novel Tawanan Komander Caucasus
Total questions: 12
Worksheet time: 6mins
Apakah maksud latar dalam novel?
A. Ruang sama ada ruang masa, tempat atau persekitaran iaitu masyarakat yang mendasari sesuatu peristiwa dalam karya prosa.
B. Ruang zaman, musim, hari atau waktu sewaktu sesuatu peristiwa berlaku.
C. Ruang persekitaran yang terdiri daripada watak-watak dalam sesuatu peristiwa.
2. Berapakah bahagian latar dalam novel?
A. Dua
B. Tiga
C. Empat
3. Berikut ialah latar tempat yang terdapat dalam novel kecuali
A. Di rumah Farhani
B. Di rumah Mira
C. Di pinggir dusun datuk Farhani
Tempat Farhani dan rakan-rakannya menziarahi ibu Kim Yong, Puan Lee untuk melahirkan rasa simpati dan berkongsi kesedihan atas kehilangan Kim Yong. Apakah latar tempat peristiwa ini?
A. Di rumah Farhani
B. Di halaman rumah Kim Yong
C. Di rumah Kim Yong
Tempat Haikal, Devnath dan Wei memasuki rumah itu untuk melihat dan meninjau keadaan sebenar bahagian dalamnya. Apakah latar tempat peristiwa ini?
A. Di rumah usang
B. Di bangunan usang
C. Di dalam hutan
Sewaktu Farhani menunggu kedatangan Mira dan Chea Mei di pinggir dusun milik datuknya untuk misi mereka mencari kumbang. Apakah latar masa peristiwa ini?
A. Pada pukul 2.30 petang
B. Pada pukul 3.00 petang
C. Pada pukul 3.30 petang
Sewaktu Dara Merah mengambil botol kecil berisi Endosulfan daripada tangan Farhani. Bilakah peristiwa ini berlaku?
A. Pada waktu malam
B. Pada waktu petang
C. Pada waktu pagi
Sewaktu Haikal bergerak turun dari rumahnya untuk berjumpa dengan Devnath dan Wei yang telah menunggunya untuk sama-sama menjejaki kehilangan Farhani. Apakah latar masa peristiwa ini?
A. Selepas solat Zohor
B. Selepas solat Asar
C. Selepas solat Isyak
Kim Yong, Farhani, Dara Merah, kunang-kunang dan ahli kumbang-kumbang lain bekerjasama dalam misi menyelamatkan Puteri Coleoptera, Bara, Haikal, Devnath dan Wei yang telah menjadi tawanan Komander Caucasus. Keadaan ini menggambarkan latar masyarakat..
A. Masyarakat yang berani
B. Masyarakat yang bekerjasama antara satu sama lain
C. Masyarakat yang mengamalkan sikap kasih sayang
___________ menunaikan solat Isyak terlebih dahulu sebelum dia keluar dari rumahnya untuk pergi ke tempat Devnath dan Wei berkumpul. Siapakah nama watak yang berkaitan latar masyarakat ini?
A. Haiqal
B. Haikal
C. Cikgu Salimah
Puan Asmah melayani kunjungan Mira dan Chea Mei ke rumahnya dengan begitu mesra dan ramah. Apakah latar masyarakat peristiwa ini?
A. Masyarakat yang ramah terhadap tetamu
B. Masyarakat yang suka akan tetamu
C. Masyarakat yang menghormati tetamu
Dara Merah berani menyamar sebagai ________________ untuk menundukkan Maharaja Caucasus yang gagah dan kuat walaupun Dara Merah hanyalah seekor kumbang betina. Siapakah watak tersebut?
A. Puteri Coleoptera
B. Dara Bintik
C. Bara
