WorksheetsKata ganti nama
Total questions: 17
Worksheet time: 9mins
"___________ akan berjumpa dengan Puan Maria pada petang nanti untuk menjelaskannya," kata Rahimah dan Ainun.
Saya
Beta
Patik
Kami
"___________ akan menurut perintah, tuanku," kata Bendahara Tun Perak kepada Sultan Iskandar Syah.
Hamba
Beta
Baginda
Patik
Cikgu Razak seorang guru disiplin yang sangat tegas. Namun begitu, _______________ sangat disayangi oleh murid-muridnya.
mereka
beliau
kamu
dia
"Terimalah sumbangan ________________," kata Pakcik Imran kepada jirannya.
itu
ini
sini
situ
Encik Azman akan ke Selangor. Dia ada urusan penting di ________________ hari Selasa ini.
itu
sini
sana
mana
" Yang bertudung hitam itu ______________?" tanya ibu kepada Rozita.
apa
siapa
siapa-siapa
mana
"Murid itu selalu mengganggu..........,"kata Fatimah kepada guru disiplin.
saya
kalian
kami
awak
"Sebagai jiran, __________ hendaklah saling membantu," kata penghulu kepada anak buahnya.
kita
kami
awak
kamu
"Cuaca di _______ sungguh sejuk," kata Amri sambil menahan kesejukan.
mana
sini
situ
ini
Ulang tahun kemerdekaan Negara kita pada kali _____________ jatuh pada hari Jumaat.
itu
sana
ini
sini
Dalam pertandingan bicara irama itu, murid-murid telah mempamerkan persembahan terbaik yang melayakkan _________ untuk mendapat tempat pertama.
dia
kami
kalian
mereka
Hari sukan tahunan sekolah kamu _______?
siapa
bila
"Benda yang kamu pegang itu .........., Nisa?" tanya ibu.
mana
apa
Lelaki yang datang ke rumah kamu semalam _________?
siapa
siapakah
"_____________berkenan untuk berburu di hutan tebal itu,"titah Raja Melaka kepada Bendahara.
Baginda
Hamba
Beta
Patik
"Ayah hendak letakkan borang keputusan darah di __________," kata Johan kepada anaknya.
situ
sini
ini
itu
"Sila letakkan almari itu di __________," arah Puan Sidah kepada dua orang pekerja yang menghantar perabot ke rumahnya.
ini
situ
sana
sini
