wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN BAHASA MELAYU TINGKATAN 4

Total questions: 50

Worksheet time: 2hrs 40mins

Name
Class
Date
1.

Yang manakah merupakan kata ganti diri ketiga?

a)

A. Dia,beliau,baginda,mereka

b)

B. Awak,anda,kau,tuan

c)

C. Aku,saya, beta ,patik

2.

Yang manakah ejaan yang betul?

a)

A. kuih baulu

b)

B. kuih bahulu

3.

Apakah maksud bagi peribahasa 'bagai kaca terhempas ke batu'?

a)

A. Kemalangan yang mengerikan

b)

B. Sangat sedih atau kecewa

c)

C. Tiada harapan

4.

Yang manakah ejaan yang betul?

a)

A. Antidadah

b)

B. Anti-dadah

c)

C. AntiDadah

5.

Baca situasi di bawah dengan teliti.Berdasarkan situasi tersebut,pilih satu peribahasa yang sesuai.


Yusniza tetap pulang ke kampung untuk berhari raya bersama adik beradiknya walaupun dia selalu berselisih faham dengan mereka.

a)

carik-carik bulu ayam lama-lama bercantum juga

b)

seperti kucing dengan anjing

c)

bagai hempedu lekat di hati

d)

bagai inai dengan kuku

6.

Lihat gambar di bawah ini dengan teliti.Berdasarkan situasi dalam gambar tersebut,pilih satu peribahasa yang sesuai.

a)

seperti kucing dengan anjing

b)

bagai mencurah air ke daun keladi

c)

terlajak perahu boleh diundur,terlajak kata buruk padahnya

d)

bagai kerbau terkejut oleh gong

7.

Lihat gambar bersiri di bawah dengan teliti.Berdasarkan gambar bersiri tersebut,pilih dua peribahasa yang sesuai.

a)

bersatu teguh bercerai roboh

b)

usaha tangga kejayaan

c)

di mana ada kemahuan, disitu ada jalan

d)

bersatu padu usaha jaya

8.

Pilih ayat yang betul.

a)

A. Abang mengirimkan ibu sepucuk surat.

b)

B. Abang mengirim ibu sepucuk surat.

c)

C. Abang mengirimi ibu sepucuk surat.

9.

Pilih penggunaan istilah yang betul.

a)

A. Pihak JKR sedang giat memperlebar jalan di kampung itu.

b)

B. Pihak JKR sedang giat memperbesar jalan di kampung itu.

c)

C. Pihak JKR sedang giat memperluas jalan di kampung itu.

10.

Pilih kata majmuk yang telah mantap ejaannya.

a)

A. Alat tulis

b)

B. Tong sampah

c)

C. Pesuruhjaya

11.

Pilih pernyataan yang betul.

a)

A.Majistret itu menjatuhkan penjenayah itu hukuman yang berat.

b)

B. Majistret itu menjatuh penjenayah itu hukuman yang berat.

c)

C Majistret itu menjatuhi penjenayah itu dengan hukuman yang berat.

12.

Sultan Perak mencemar duli bersama-sama permaisuri _______ ke kawasan pedalaman untuk melihat kehidupan rakyat.

a)

baginda

b)

tuanku

c)

patik

d)

beta

13.

Antara yang berikut, yang manakah BUKAN kata ganti nama diri pertama?

a)

kami

b)

kita

c)

kalian

d)

patik

14.

Antara yang berikut, yang manakah tergolong dalam kata nama am hidup?

a)

Sang Kancil

b)

kucing

c)

pejabat

d)

kayu

15.

Dalam proses membina ayat yang gramatis, elemen yang diperlukan ialah...

a)

Subjek + Keterangan

b)

Subjek + Predikat

c)

Frasa Nama + Keterangan

d)

Predikat + Frasa Kerja

16.

Para pemain pasukan bola sepak itu bersemangat untuk menjuarai Piala Malaysia. Apakah SUBJEK dalam ayat tersebut?

a)

A. Bersemangat untuk menjuarai Piala Malaysia

b)

B.Para pemain pasukan bola sepak itu

c)

C.Para pemain pasukan bola sepak

17.

Banyak pelajar yang ponteng sekolah pada saat-saat begini. Apakah SUBJEK dalam ayat tersebut?

a)

A. Banyak pelajar yang ponteng sekolah

b)

B. Pelajar yang ponteng sekolah pada saat-saat begini.

c)

C. Pada saat-saat begini

18.

Jantung menanggung beban yang berat akibat tabiat makan yang mungkin tidak seimbang. Apakah PREDIKAT dalam ayat tersebut?

a)

A. Jantung menanggung beban yang berat

b)

B. menanggung beban yang berat akibat tabiat makan yang mungkin tidak seimbang

c)

C. akibat tabiat makan yang mungkin tidak seimbang

19.

Tenaga pengajar Tadika Sahsiah berkomunikasi dalam dwi bahasa untuk mendidik kanak-kanak yang beusia antara empat hingga enam tahun mahir dalam pelbagai bahasa.


Pilih jawapan yang betul bagi kesalahan ejaan dan kesalahan imbuhan yang bergaris.

a)

dwi bahasa - dewibahasa

beusia - ber usia

b)

dwi bahasa - diwibahasa

beusia - ber rusia

c)

dwi bahasa - dwibahasa

beusia - berusia

d)

dwi bahasa - dwi-bahasa

beusia - ber-usia

20.

Harga bagi sebuah rumah lot bumiputra yang kemajuan oleh Rini Holdings ialah sekitar RM100,000 manakala sebuah rumah lot antarabangsa harganya sekitar RM150,000.


Pilih jawapan yang betul bagi kesalahan ejaan dan kesalahan imbuhan yang bergaris.

a)

bumiputra - bumiputera

kemajuan - dimajukan

b)

bumiputra - bumi putera

kemajuan - majukan

c)

bumiputra - bumi putra

kemajuan - dimaju

d)

bumiputra - bumi-putera

kemajuan - memajukan

21.

Demi memastikan kualiti perkhidmatan kesihatan terjamin, Jawatankuasa Audit Kesihatan akan mengunjungi ke semua hospital seluruh negeri dalam jam terdekat.


Pilih jawapan yang betul bagi kesalahan istilah dan kesalahan tatabahasa yang bergaris.

a)

mengunjungi - dikunjungi

jam - keadaan

b)

mengunjungi - kunjungi

jam - jarak

c)

mengunjungi - menziarah

jam - saat

d)

mengunjungi - berkunjung

jam - tempoh

22.

________ universiti itu perlu mendaftar atas talian untuk kertas peperiksaan yang ingin diduduki oleh mereka

a)

setiap orang pelajar

b)

setiap-tiap pelajar

c)

Tiap-tiap pelajar

d)

Tiap pelajar

23.

Sultan kedah telah _____ pingat kebesaran kepada sasterawan tersohor yang berasal dari negeri itu

a)

menyerahkan

b)

mengurniakan

c)

menyampaikan

d)

menganugerahkan

24.

Suasana malam di tepi pantai itu sungguh indah kerana _______ di langit ________.

a)

bintang-bintang...berkerdipan

b)

bintang-bintang...kerdip

c)

bintang...berkedip

d)

bintang...kerdip

25.

Paksu Leman sedang berehat di bawah pokok yang rendang itu.

Kenal pasti pola ayat tersebut?

a)

A.FN + FN

b)

B.FN + FK

c)

C.FN + FA

d)

D.FN + FSN

26.

Yang berbaju biru itu penyanyi terkenal.

Kenal pasti pola ayat tersebut?

a)

A.FN + FN

b)

B.FN + FK

c)

C.FN + FA

d)

D.FN + FSN

27.

Murid lelaki yang meminjami Yamuna buku teks Bahasa Melayu itu sangat baik hati.

Kenal pasti pola ayat tersebut?

a)

A.FN + FN

b)

B.FN + FK

c)

C.FN + FA

d)

D.FN + FSN

28.

Mereka akan ke Kuala Lumpur.

Kenal pasti pola ayat tersebut?

a)

A.FN + FN

b)

B.FN + FK

c)

C.FN + FA

d)

D.FN + FSN

29.

Pada waktu ini,mereka sedang menuju ke rumah Jali.

Kenal pasti pola ayat tersebut?

a)

A.FN + FN

b)

B.FN + FK

c)

C.FN + FA

d)

D.FN + FSN

30.

Hafiz gemar membaca buku berunsurkan sains fiksyen.

Kenal pasti jenis ayat tersebut?

a)

A. Ayat larangan.

b)

B. Ayat penyata.

c)

C. Ayat seruan.

d)

D.Ayat perintah

31.

Dilarang merokok di kawasan ini.

Kenal pasti jenis ayat tersebut?

a)

A. Ayat larangan.

b)

B. Ayat penyata.

c)

C. Ayat seruan.

d)

D.Ayat perintah.

32.

Besarnya rumah kamu.

Kenal pasti jenis ayat tersebut?

a)

A. Ayat larangan.

b)

B. Ayat penyata.

c)

C. Ayat seruan.

d)

D.Ayat perintah.

33.

Ayah akan pergi ke Johor Bahru bila?

Kenal pasti jenis ayat tersebut?

a)

A. Ayat larangan.

b)

B. Ayat penyata.

c)

C. Ayat seruan.

d)

D.Ayat Tanya

34.
Pilih ejaan yang betul
a)
agreget
b)
agriget
c)
agregat
d)
agrigut
35.
Pilih ejaan yang betul
a)
bufet
b)
buffet
c)
bafet
d)
baffet
36.
Pilih ejaan yang betul
a)
baucer
b)
bauchar
c)
baucher
d)
baucar
37.

Pilih ejaan yang betul.

a)

kelender

b)

kelindar

c)

kelendar

d)

kalendar

38.

Kerugian akibat kebakaran itu ......... berjuta-juta ringgit.

a)

dinilaikan

b)

dianggap

c)

ditaksirkan

d)

ditafsirkan

39.

Perbelanjaan secara ....... perlu dilaksanakan ketika zaman kegawatan ekonomi ini.

a)

berjimat

b)

bercermat

c)

berhemah

d)

berhemat

40.

Pelabur-pelabur asing mendapat berbagai-bagai ....... untuk menggalakkan mereka menanam modal di Malaysia bagi meningkatkan ekonomi negara.

a)

insentif

b)

bonus

c)

ganjaran

d)

intensif

41.

Kendatipun wajah kedua-dua orang pemuda itu agak ...... namun perangai mereka amat berbeza.

a)

seiras

b)

sepadan

c)

serupa

d)

setanding

42.

Kaedah pembelajaran secara ........ menggunakan aplikasi Telegram, Whatssap dan Google Classroom memudahkan murid-murid mengulang kaji topik-topik tertentu apabila kuiz-kuiz dan nota ringkas dapat diakses pada bila-bila masa sahaja.

a)

atas talian

b)

online

c)

dalam talian

d)

jalur lebar

43.

Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan tatabahasa. Klik pada jawapan pilihan anda.


1. Kakak Rihanah menghidangkan goreng keledek untuk tetamu yang datang ke rumahnya pada petang tadi.

a)

keledek goreng

b)

menghidang

44.

Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan tatabahasa. Klik pada jawapan pilihan anda.


Encik Salman membeli hasil pertanian dari penduduk kampung dan menjualnya di pasar malam.

a)

dipasar malam

b)

daripada

45.

Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan tatabahasa. Klik pada jawapan pilihan anda.

Mesyuarat pengurusan syarikat itu turut membincangkan lain-lain hal yang dibangkitkan oleh pengarah syarikat.

a)

hal-hal lain

b)

pengurus

46.

Tukarkan perkataan bahasa Melayu Klasik kepada bahasa Melayu Standard


hamba

a)

raja

b)

permaisuri raja

c)

patik

d)

saya

47.

Tukarkan perkataan bahasa Melayu Klasik kepada bahasa Melayu Standard


dititahkan

a)

saya

b)

memberi hormat

c)

diperintahkan

d)

berkata

48.

Tukarkan ayat aktif ini kepada ayat pasif.

Ayah mengambil masa selama satu jam untuk membasuh kereta.

a)

Mengambil masa selama satu jam untuk membasuh kereta ayah.

b)

Untuk membasuh kereta, ayah mengambil masa selama satu jam

c)

Masa selama satu jam ayah ambil untuk membasuh kereta.

d)

Masa selama satu jam diambil oleh ayah untuk membasuh kereta.

49.

Tukarkan ayat aktif ini kepada ayat pasif.

Pihak sekolah akan memperkenalkan satu peraturan baharu untuk semua murid.

a)

Akan memperkenalkan satu peraturan baharu untuk semua murid pihak sekolah.

b)

Satu peraturan baharu pihak sekolah akan perkenalkan untuk semua murid.

c)

Satu peraturan baharu akan diperkenalkan oleh pihak sekolah untuk semua murid.

d)

Satu peraturan baharu pihak sekolah akan memperkenalkan untuk semua murid.

50.

Tukarkan ayat aktif ini kepada ayat pasif.

Mak Suri menggalas bungkusan kain itu di atas bahunya.

a)

Bungkusan kain itu digalas oleh Mak Suri di atas bahunya.

b)

Bungkusan kain itu Mak Suri galas di atas bahunya.

c)

Menggalas bungkusan kain itu di atas bahunya Mak Suri.

d)

Di atas bahunya Mak Suri menggalas bungkusan kain itu.