NEW
Font size
WorksheetsNAZMK 3
Total questions: 16
Worksheet time: 9mins
Encik Naim tidak dapat menghadiri mesyuarat itu kerana ________ sedang dirawat di hospital.
dia
kalian
beliau
mereka
Perusahaan ________ songket secara tradisional masih diusahakan oleh golongan wanita terutamanya di Terengganu.
menekat
menenun
menyulam
menganyam
Klinik Kesihatan Pasir Pinji ____________ kempen membasmi tempat pembiakan nyamuk aedes dalam kalangan penduduk di taman itu.
terhebat
kehebatan
memperhebat
memperhebatkan
Nenek Esah menyapukan ___________________ pada kakinya yang sakit selepas seharian berkebun.
minyak angin
minyak masak
minyak sawit
minyak gas
Mia Marissa berasa ______________ kerana keputusan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah akan diumumkan pada minggu hadapan.
gusar
celaru
keliru
kecewa
Sesiapa yang berminat untuk menjayakan teater muzikal terbaharu arahan pengarah muda itu perlu menjalani _____________ terlebih dahulu.
uji kaji
temu janji
uji bakat
temu ramah
Cikgu Safrul mendesak Amsyar supaya menceritakan perkara sebenar kes buli yang berlaku kepadanya.
Pilih perkataan sinonim bagi mendesak.
merayu
memaksa
merungut
menyuruh
Aqeef ketawa _________ selepas mendengar lawak Anas.
terngiang-ngiang
terbatuk-batuk
terbahak-bahak
teresak-esak
Cik Aisyah terpaksa bekerja ________ pagi hingga malam kerana syarikat tempatnya bekerja tidak mempunyai tenaga pekerja yang mencukupi.
ke
dari
kepada
daripada
Segala permintaan ibunya, akan __________ oleh Amalin kerana dia sudah bekerja dan berkemampuan.
dipenuhi
memenuhi
dipenuhkan
memenuhkan
Pilih ayat yang betul.
Rumah yang baru dibeli oleh Harun terletak antara pejabat pos dan sekolah.
Berita terkini tentang keadaan banjir yang melanda negara disiarkan dari semasa ke semasa.
Faqrul sanggup berkorban demi untuk menyara adik-adiknya yang masih kecil.
Murid akan didenda jika sekiranya lambat memulangkan buku yang dipinjam.
