wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kata Kerja Tak Transitif

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Mulut adik ..................... semasa mendengar cerita yang disampaikan oleh nenek.

a)

tertutup

b)

tersengih

c)

terlopong

d)

terkatup

2.

Adik ............... kerana memakai kasut tumit tinggi ibu.

a)

terhempas

b)

tertimpa

c)

terjatuh

d)

terhantuk

3.

Bekalan air di kawasan kami sering___________ .

a)

terhalang

b)

terpotong

c)

terganggu

d)

terkandas

4.

Alia duduk ___________dengan santunnya sambil melayan tetamunya.

a)

bersila

b)

berlunjur

c)

bersimpuh

d)

bertinggung

5.

Hati Puteri Nur Ashikin ________apabila mendengar kisah sedih yang menimpa pemuda malang itu.

a)

tersentuh

b)

tersayat

c)

tercalar

d)

terdiam

6.

Semua murid di dalam kelas Enam Bestari __________ untuk mendapat 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah.

a)

berlawan

b)

berjuang

c)

bersaing

d)

berebut

7.

Syarikat Seri Maju berhasrat untuk meneruskan pembinaan projek perumahan yang ____________ itu.

a)

terhenti

b)

terbantut

c)

terkandas

d)

terbengkalai

8.

Remaja yang __________dalam gejala sosial itu akan diberi kaunseling.

a)

terjatuh

b)

tertiarap

c)

tersungkur

d)

terjerumus

9.

Pergaduhan antara dua orang lelaki itu _________akibat perasaan cemburu terhadap pasangan masing-masing

a)

terjalin

b)

terlibat

c)

tercetus

d)

terbentuk

10.

Amin ____________ di hadapan pintu rumah sementara menunggu ibunya membukakan pintu.

a)

terduduk

b)

terhenti

c)

tercegat

d)

terjatuh

11.

Longkang di tepi jalan itu ________ akibat pembuangan sampah sarap.

a)

terdesak

b)

terhimpit

c)

tersumbat

d)

terbantut

12.

Datuk dan nenek sedang ______ tentang kehidupan mereka pada zaman pendudukan Jepun dahulu.

a)

bersembang

b)

berpesan

c)

berhubung

d)

berkata

13.

Matahari ____ di sebelah barat.

a)

terhempap

b)

terbenam

c)

terhempas

d)

termasuk

14.

Murid-murid itu sedang .................... tentang projek mereka.

a)

berbincang

b)

berbual

c)

berucap

d)

bercakap

15.

Sebuah kereta telah .....................dengan sebuah lori semalam.

a)

bertolak

b)

bergoncang

c)

bersentuh

d)

berlanggar