NEW
Font size
WorksheetsKUIZ KATA BANTU
Total questions: 15
Worksheet time: 8mins
1. Datuk _______ aktif bersukan walaupun sudah berusia 60 tahun.
sedang
masih
telah
baru
2. Kita ___________ mencapai kejayaan jika rajin berusaha tanpa jemu dalam pelajaran.
sedang
baru
telah
akan
3. Sutilla ____________ pergi ke rumah kawannya tetapi tiba-tiba hujan turun dengan lebat.
hendak
masih
belum
baru
4. Janet _________ keluar dari hospital kerana demam panas yang berpanjangan.
mungkin
boleh
baru
harus
5. "Semoga usaha kita mengumpul derma kilat ini _________ membantu meringankan beban keluarga Encik Hamdi," kata Pak Mohsen.
dapat
telah
sedang
harus
6. Tan Hong ___________ menjuarai pertandingan catur peringkat kebangsaan tidak lama dahulu.
sedang
pernah
mungkin
akan
7. "Saya _________ tidak dapat hadir ke sekolah esok kerana kaki saya tercedera semasa bermain basikal tadi," kata Maisarah kepada Azura.
hendak
masih
mungkin
sudah
8. Munir tidak boleh membuat kad pengenalan lagi kerana umurnya ________ mencapai 12 tahun.
belum
masih
mungkin
telah
Murid-murid ____________ meminta kebenaran guru sebelum memasuki mana-mana bilik khas seperti Pusat Sumber.
ingin
mungkin
boleh
harus
10. Abang Hakim __________ menamatkan pengajiannya di USM pada tahun lepas.
ingin
sudah
patut
akan
11. Semua murid __________ mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh pihak sekolah.
mesti
hendak
telah
dapat
12. Pilih ayat yang betul.
Julia akan pergi ke Kuala Lumpur pada malam semalam.
Julia mungkin pergi ke Kuala Lumpur pada malam semalam.
Julia telah pergi ke Kuala Lumpur pada malam semalam.
13. Pilih ayat yang betul.
Tinesh masih merindui neneknya yang telah meninggal dunia sejak dua tahun lepas.
Tinesh akan merindui neneknya yang telah meninggal dunia sejak dua tahun lepas.
Tinesh pernah merindui neneknya yang telah meninggal dunia sejak dua tahun lepas.
14. Pilih ayat yang betul.
Cikgu Saraswathy belum berkhidmat di salah sebuah sekolah di Sabah pada tahun 2018.
Cikgu Saraswathy pernah berkhidmat di salah sebuah sekolah di Sabah pada tahun 2018.
Cikgu Saraswathy baru berkhidmat di salah sebuah sekolah di Sabah pada tahun 2018.
15. Pilih ayat yang betul.
Orang ramai yang terkesan akibat pandemik akan memohon bantuan makanan melalui saluran atas talian yang disediakan.
Orang ramai yang terkesan akibat pandemik boleh memohon bantuan makanan melalui saluran atas talian yang disediakan
Orang ramai yang terkesan akibat pandemik patut memohon bantuan makanan melalui saluran atas talian yang disediakan
