wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BAB 7 KOORDINASI BADAN SAINS FORM 4

Total questions: 30

Worksheet time: 8hrs 30mins

Name
Class
Date
1.
2 jenis Koordinasi dalam badan manusia ialah
a)
Koordinasi SARAF dan koordinasi HORMON
b)
Koordinasi SARAF TUNJANG dan OTAK
c)
Koordinasi RANGSANGAN dan GERAK BALAS
d)
Entahlah Labu.....
2.
Sistem saraf Periferi terdiri dari...
a)
Saraf tunjang dan otak
b)
Saraf Kranium & Saraf Spina
c)
Saraf tunjang dan saraf somatik
3.
Apakah Neuron?
a)
unit asas benda hidup
b)
unit asas kehidupan
c)
unit asas dalam sistem saraf
d)
unit asas bila nak mati
4.
3 jenis neuron ialah..
a)
neuron deria, perantaraan dan motor
b)
neuron kereta, lori dan bas
c)
neuron otak, saraf tunjang dan reseptor
5.
Neuron yang terdapat di saraf tunjang dan otak ialah
a)
Neuron deria
b)
Neuron perantaraan
c)
Neuron motor
d)
Tiada jawapan
6.
Apakah fungsi akson?
a)
membawa impuls keluar dari badan sel dalam satu arah sahaja
b)
mempercepatkan penghantaran impuls
c)
menerima impuls dari neuron lain
7.
Berikut adalah rajah arah aliran laluan impuls bagi menghasilkan gerak balas...
Neuron A ialah....
a)
Neuron Deria
b)
Neuron Motor
c)
Neuron Perantaraan
8.
Namakan Neuron B.
a)
Neuron Penghubung
b)
Neuron Deria
c)
Neuron Motor
9.
Dimanakah kedudukan Neuron Perantaraan pada rajah ini?
a)
EFEKTOR
b)
RANGSANGAN
c)
SISTEM SARAF PUSAT
10.
Apakah fungsi reseptor regang?
a)
mengkoordinasi aktiviti otot dan mengekalkan keseimbangan badan
b)
meregangkan otot-otot supaya tidak terseliuh
c)
mengecutkan otot-otot
11.
Apakah 3 bahagian OTAK?
a)
Serebrum, Serebelum & Medula Oblongata
b)
Serebrum, Serendah & Medula Oblongata 
c)
Serebelum, Serebroom & Medula Oblongata
d)
Serebelum, Serebelum, belum
12.
Permukaan serebrum mempunyai banyak lipatan. Apakah kelebihan ciri ini?
a)
Ciri-ciri manusia yang bijak dan pintar
b)
Kranium/tengkorak menjadi hebat
c)
Menambah luas permukaan untuk menempatkan lebih banyak neuron
13.
Pilih padanan yang BETUL
a)
MEDULA OBLONGATA - Mengawal tindakan luar kawal seperti degupan jantung dan pernafasan
b)
SEREBELUM - Mengawal tindakan terkawal
c)
SEREBRUM- Mengawal keseimbangan badan
14.
Namakan bahagian terbesar pada otak manusia
a)
Serebelum
b)
Serebrum
c)
Medula oblongata
15.
Apakah yang mungkin berlaku sekiranya bahagian MEDULA OBLONGATA pada otak tercedera???
a)
Hilang ingatan, hilang deria penglihatan dan pendengaran , lumpuh
b)
Hilang keseimbangan badan
c)
Degupan jantung & pernafasan menjadi tidak teratur
16.

Sistem badan manakah yang membantu mengkoordinasi baadn melalui kaedah kimia?

a)

Sistem saraf

b)

Sistem endokrin

c)

Sistem peredaran darah

d)

Sistem rangka

17.

Apakah maksud koordinasi badan?

a)

Menyelaras pertumbuhan badan

b)

Menyelaras kedudukan dan keseimbangan badan

c)

Menyelaras gerak balas badan terhadap sebarang rangsangan

d)

Menyelaras perembesan hormon oleh kelenjar endokrin

18.

Kelenjar yang manakah yang dikenali sebagai kelenjar Induk?

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

19.

Apakah hormon yang mengawal aras gula di dalam darah?

a)

Hormon antidiuresis

b)

Hormon estrogen

c)

Hormon insulin

d)

Hormon adrenalina

20.

Apakah yang berlaku apabila seseorang terserempak dengan seekor buaya ketika sedang mandi di sungai?

a)

Hormon antidiuresis dirembeskan dan menjadi panik

b)

Hormon tiroksina dirembeskan dan saiz anak mata menjadi besar

c)

Hormon insulin dirembeskan dan pinggang berasa lemah dan lenguh

d)

Hormon adrenalina dirembeskan dan denyutan jantung bertambah

21.

Individu R telah mengambil minuman beralkohol melebihi yang sepatutnya dan ditahan oleh pihak berkuasa ketika memandu kereta.

Mengapakah pihak berkuasa telah menahan individu R?

a)

Alkohol yang berlebihan di dalam badan individu R telah melambatkan kadar pengaliran impuls sarafnya

b)

Gerak balas sistem saraf individu R telah meningkat dan bersedia untuk berlumba

c)

Alkohol telah merangsang penghantaranimpuls ke otak dan menjadikan individu R lebih berwaspada

d)

Alkohol di dalam badan telah meningkatkan kadar denyutan jantung individu R

22.

Antara yang berikut, yang manakah bukan kelenjar endokrin?

a)

Ginjal

b)

Pankreas

c)

Tiroid

d)

Adrenal

23.

Antara yang berikut, aktiviti yang manakah baik untuk menjaga kesihatan mental?

a)

Makan dengan banyak

b)

Menonton televisyen

c)

Bersukan

d)

Pengambilan dadah

24.

Antara yang berikut bukan kesan penyalahgunaan dadah dan alkohol ke atas kesihatan?

a)

Ulser perut

b)

Sirosis

c)

Halusinasi

d)

Rasional

25.

Yang manakah antara kelenjar berikut yang tidak terdapat dalam sistem endokrin manusia?

a)

Kelenjar pituitari

b)

Pankreas

c)

Perut

d)

Kelenjar adrenal

26.

Kelenjar endokrin merembeskan hormon menyebabkan peningkatan denyutan jantung, kadar pernafasan dan tekanan darah. Apakah jenis kelenjar yang terlibat dalam aktiviti hormon ini?

a)

Kelenjar adrenal

b)

Kelenjar tiroid

c)

Ovari

d)

Pankreas

27.

Apakah jenis hormon yang dirembeskan oleh kelenjar tiroid?

a)

Adrenalina

b)

Tiroksina

c)

Insulin

d)

Progesteron

28.

Kekurangan hormon estrogen akan menyebabkan

a)

Lambat matang

b)

Perkembangan ciri-ciri seks sekunder perempuan terjejas

c)

Masalah haid

d)

Pertumbuhan tidak terkawal

29.

Rajah menunjukkan leher yang bengkak disebabkan oleh suatu kelenjar. Kelenjar manakah yang terlibat?

a)

Testis

b)

Pancrease

c)

Kelenjar tiroid

d)

Kelenjar pituitari

30.

Rajah menunjukkan seorang pesakit yang menderita suatu penyakit kesan ketidakseimbangan hormon di dalam badannya. Manakah yang berikut menyebabkan penyakit ini?

a)

Pankreas

b)

Kelenjar tiroid

c)

Kelenjar adrenal

d)

Kelenjar pituitari