Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PENDIDIKAN KESIHATAN TINGKATAN 4

Total questions: 25

Worksheet time: 13mins

Name
Class
Date
1.

Berikut merupakan kebaikan ABSTINEN kecuali?

a)

Menyelamatkan remaja daripada terjebak dengan gejala negatif

b)

Mengelakkan daripada mencemarkan nama baik sendiri, malah dapat memelihara maruah keluarga.

c)

Masa depan akan hancur.

d)

Mengelakkan daripada melahirkan anak tidak sah taraf.

2.

Antara berikut, manakah akibat hubungan seks sebelum berkahwin?

I Membunuh diri

II Lari dari rumah

III Berasa bangga

IV Menggugurkan anak

V Menagih dadah

a)

I, II, III

b)

I, II, IV

c)

II, IV, V

d)

I, II, IV, V

3.

Untuk mengelakkan diri kita dan rakan-rakan daripada terjebak dalam aktiviti yang tidak bermoral, kita perlulah KECUALI

a)

beriadah dan bersukan bersama kawan-kawan.

b)

berbincang dengan kaunselor apabila ada masalah dan kemusykilan.

c)

memberitahu ibu bapa atau ahli keluarga terdekat tentang aktiviti harian kita.

d)

menjinakkan diri dengan disko dan arak apabila ditimpa masalah.

4.

Apakah maksud Talasemia?

a)

Penyakit kronik disebabkan oleh serangan terhadap jantung secara mendadak dan berterusan.

b)

Penyakit genetik yang melibatkan ketidaknormalan hemoglobin (hemoglobin disorder) secara genetik iaitu anak mendapat gen talasemia daripada ibu-bapa.

c)

Penyakit genetik yang melibatkan ketidaknormalan bentuk tulang secara genetik melalui ibu bapa

d)

Penyakit yang disebabkan oleh kegagalan buah pinggang berfungsi dengan baik akan pemakanan tidak seimbang.

5.

Manakah antara berikut BUKAN kesan Talasemia kepada keluarga

a)

Peruntukan kewangan untuk perbelanjaan kos perubatan

b)

Pemindahan sum-sum tulang

c)

Tekanan dan gangguan emosi

d)

Keluarga berpecah belah

6.

‘Seorang lelaki didapati menjadi dalang dalam kegiatan pelacuran dan menguruskan segala pertemuan wanita dan pelanggannya. Beliau turut didapati telah memperdayakan beberapa orang gadis di bawah umur dan dikurungnya untuk tujuan pelacuran.’

Mengikut Akta Perlindungan Wanita dan Gadis, lelaki berkenaan boleh dijatuhkan

hukuman …

a)

dijatuhkan hukuman mati.

b)

dipenjarakan seumur hidup.

c)

dibebaskan tanpa ada apa-apa perbicaraan.

d)

dipenjarakan selama tempoh tidak lebih 5 tahun atau denda tidak lebih RM10,000.00atau kedua-duanya.

7.

ABSTINEN


Antara berikut manakah BENAR berkaitan Abstinen?

a)

Abstinen merupakan kemahiran menahan diri daripada melakukan perhubungan seksual sebelum nikah.

b)

Abstinen merupakan penolakan seseorang dengan yakin dan tegas mengatakan ‘tidak’ terhadap tingkah laku seksual sebelum nikah.

c)

Abstinen perlu difahami dan diamalkan bagi mengelakkan berlakunya gejala seks bebas.

d)

Abstinen merupakan satu penyakit

8.

Antara berikut yang manakah BUKAN tanda-tanda penyakit Talasemia?

a)

Pertumbuhan perlahan dan terbantut

b)

Kekejangan otot

c)

Jaundis

d)

Kecacatan tulang muka

9.

Pertolongan cemas adalah untuk …

a)

menyelamat dan memulihkan mangsa.

b)

membantu mangsa mengambil ubat yang sepatutnya.

c)

rawatan selanjutnya yang diberikan oleh pengamal perubatan yang bertauliah.

d)

menunjukkan kemahiran perubatan seseorang kepada seseorang yang lain.

10.

Kenal pasti perkataan yang menunjukkan kemahiran abstinen.

a)

"Kalau awak anggap saya sebagai kawan, jom saya belanja awak minum. Lepas minum, kita boleh jalan-jalan naik motor saya"

b)

'Tidak manis kita minum berdua sahaja. Lebih-lebih lagi, naik motor dengan awak.

c)

"Awak kelihatan semakin cantik dan ayu. Saya rasa, saya dah jatuh cinta pada awak"

11.

Seks siber boleh menjejas dan meruntuhkan akhlak remaja pada masa kini dan akan datang.

a)

BETUL

b)

SALAH

12.

Seks Siber merupakan perbuatan mengambil, menerima dan menghantar foto lucah diri sendiri atau orang lain bermula umur 30 tahun.

a)

BETUL

b)

SALAH

13.

Gangguan seksual bersifat verbal, tanpa lisan, psikologi atau fizikal. Kebiasaannya, kaum wanita diganggu secara seksual di jalanan, dalam pengangkutan awam atau di tempat kerja. Berlaku juga gangguan seksual di sekolah hingga mewujudkan suasana pembelajaran yang tegang dan menimbulkan ketakutan

a)

BETUL

b)

SALAH

14.

Cara Mengelak Seks Siber

"Jati diri dan motivasi yang kuat"

a)

BETUL

b)

SALAH

15.

Cara Mengelak Seks Siber

"Pengetahuan tentang bahaya ketagihan seks siber"

a)

BETUL

b)

SALAH

16.

Komunikasi siber ini telah dikaitkan dengan tingkah laku seks siber bagi golongan remaja. Dunia tanpa sempadan merupakan pendorong berlakunya seks siber.

a)

BETUL

b)

SALAH

17.

Tingkah laku seksual sebelum nikah membawa kesan negatif terhadap pelakunya sama ada lelaki mahupun perempuan.


Antara berikut manakah kesan negatif seksual sebelum bernikah?

a)

Kesan emosi yang amat mendalam sering terjadi terhadap remaja yang hamil luar nikah.

b)

Perubahan fizikal yang terjadi pada dirinya menyebabkan dia berasa malu.

c)

Kata-kata cacian dan penghinaan kerana melakukan perkara yang bertentangan dengan norma kehidupan dan agama

d)

Kes lari dari rumah serta menggugurkan dan membuang bayi.

e)

Perbuatan bunuh diri

18.
APAKAH KEGUNAAN BANDAGE?
a)
MAKAN
b)
MINUM
c)
BALUT HADIAH
d)
BALUT LUKA
19.

Berikut merupakan kesan pengaruh dadah KECUALI ?

a)

Kegagalan dalam pelajaran

b)

Menjejaskan kesihatan

c)

Prestasi Kerja meningkat

d)

Keruntuhan akhlak

20.

Antara yang berikut,yang manakah bukan kemahiran keibubapaan?

a)

kemahiran mendengar

b)

kemahiran insaniah

c)

kemahiran berbincang

d)

kemahiran teknikal

21.

Apakah maksud yang tepat bagi kekeluargaan?

a)

Masyarakat yang tinggal dalam satu rumah

b)

Jawatankuasa yang dianggotai oleh ahli keluarga sahaja

c)

Satu institusi sosial yang asas dalam sesebuah masyarakat

d)

Persatuan sosial yang dianggotai ahli keluarga sahaja

22.

Sikap yang harus ada dalam diri ibubapa dan ahli keluarga ialah

a)

Berfikiran negatif

b)

Sentiasa menjaga maruah diri dan keluarga

c)

Pecah Amanah

d)

Sombong

23.

*Ibubapa perlu bersikap adil

*perlu menjaga kebajikan anak

*perlu bersikap pemaaf

*perlu bersifat tenang & sabar

kenyataan di atas merujuk kepada kemahiran ?

a)

Kemahiran insaniah

b)

Kemahiran berbincang

c)

kemahiran membimbing

d)

kemahiran berkomunikasi

24.

*ibubapa jadi suri teladan

*amalan gaya hidup sihat

*penampilan diri yang kemas

Kenyataan di atas merujuk kepada kemahiran?

a)

Kemahiran mendengar

b)

Kemahiran Insaniah

c)

Kemahiran suri teladan

d)

Kemahiran teknikal

25.

andaikata anda seorang anak yang pertama (anak sulung), apakah tugas anda di dalam keluarga?

a)

Mencari nafkah

b)

Mengambil tahu masalah keluarga

c)

Mmembimbing adik beradik

d)

tiada tugas