wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Subtopik 3.1 - 3.3 T4

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Pilih pernyataan yang berkaitan dengan konsep visi

a)

Ditetapkan oleh pihak pengurusan bawahan

b)

Satu pernyataan tentang tujuan kewujudan organisasi

c)

Visi dapat dicapai dalam masa kurang daripada lima tahun

d)

Objektif ingin dicapai oleh sebuah organisasi dalam tempoh jangka panjang

2.

Sesebuah perniagaan memerlukan visi supaya hala tuju perniagaan dapat dicapai. Antara yang berikut, yang manakah berkaitan dengan maksud visi?

a)

Target keuntungan dalam perniagaan

b)

Menjadi panduan untuk membuat keputusan

c)

Sesuatu yang dibentuk untuk memuaskan pekerja

d)

Sasaran yang boleh dikukur dalam pencapaian perniagaan

3.

Pernyataan di bawah menunjukkan sebuah organisasi perniagaan.


Syarikat Sweet Sdn Bhd. merupakan sebuah syarikat yang menjual pelbagai jenis sos. Syarikat ini didaftarkan di bawah Pendaftaran Perniagaan dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)


Apakah objektif bagi organisasi perniagaan tersebut?

a)

Menghasilkan produk yang berkualiti baik

b)

Mengawal kos pengeluaran dengan berkesan

c)

Menetapkan harga produk yang kompetitif

d)

Memaksimumkan keuntungan perniagaan

4.

Maklumat di bawah berkaitan dengan ciri-ciri SMART bagi sesuatu objektif perniagaan


Objektif yang dibentuk mempunyai peluang atau tidak mustahil untuk dicapai


Apakah ciri-ciri SMART tersebut

a)

Spesifik

b)

Munasabah

c)

Jangka sama

d)

Boleh diukur

5.

Encik Asrul telah menubuhkan sebuah perniagaan menjual baju kurung di Sebuyau pada 14 Ogos 2019. Apakah misi yang sesuai bagi perniagaan Encik Asrul

a)

Menjual baju kurung yang menepati cita rasa tempatan

b)

menjadi sebuah perniagaan yang popular di Kuala Lumpur

c)

Melahirkan pekerja yang mahir dalam membuat baju kurung

d)

Mencapai jualan sebanyak 2000 helai baju kurung dalam setiap bulan

6.

"Syarikat akan mengeluarkan sebanyak 100 000 unit kereta penumpang dan sebanyak 50 000 unit motosikal berkuasa tinggi pada tahun hadapan."


Apakah ciri objektif yang baik yang dipenuhi oleh Encik Salam?

a)

boleh diukur (measureable)

b)

Munasabah (Realistic)

c)

Boleh dicapai (attainable)

d)

jangka masa (Time frame)

7.

carta gantt ialah

a)

carta yang menunjukkan masa permulaan bagi beberapa aktiviti yang terlibat dalam sesuatu projek

b)

carta yang menunjukkan tempoh matang bagi beberapa aktiviti yang terlibat dalam sesuatu projek

c)

carta yang menunjukkan jenis aktiviti yang dirancang dengan tempoh dan masa yang telah ditetapkan

d)

carta yang menunjukkan tarikh yang dirancang dan sebenar bagi beberapa aktiviti yang terlibat dalam sesuatu projek

8.

Pernyataan yang manakah benar tentang objektif perniagaan?

a)

Dicapai dalam jangka masa pendek sahaja

b)

Matlamat yang ingin dicapai oleh organisasi

c)

Tujuan asas pembentukkan sesebuah organisasi

d)

Terdiri daripada objektif fungsian dan objektif bahagian

9.

Antara yang berikut yang manakah merupakan objektif utama organisasi bukan bermotifkan untung (OBBU)?

a)

Menjaga kebajikan dan kepentingan ahli dalam organisasi

b)

menjual barang keperluan kepada orang yang kurang berkemampuan

c)

mengeluarkan barang atau perkhidmatan untuk membiayai perbelanjaan operasi harian

d)

berusaha untuk mendapatkan derma, hadiah atau sumbangan demi menambahkan dana organisasi

10.

Sebuah syarikat perumahan menggunakan carta gantt untuk merancang pelaksanaan aktiviti pembinaan rumah


apakah ciri objektif yang baik yang dapat dicapai oleh syarikat berkenaan?

a)

Spesifik (specific)

b)

Munasabah (Realistic)

c)

Boleh dicapai (Attainable)

d)

Jangka masa (Time Frame)