wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 5-Akidah (Syirik Merosakkan Akidah).

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Apakah yang dimaksudkan dengan syirik ?

a)

Perbuatan menyekutukan Allah dengan sesuatu yang lain

b)

Perbuatan mentauhidkan Allah bahawa tiada tuhan selainNYA.

2.

Apakah hukum mensyirikkan Allah?

a)

Makruh

b)

Haram

c)

Wajib

3.

Syirik terbahagi kepada 2, iaitu...

a)

Khafi dan Sufi

b)

Sufi dan Jali

c)

Jali dan Khafi

d)

Jali dan Sufi

4.

Syirik Jali juga dikenali sebagai _________

a)

syirik kecil

b)

syirik besar

c)

syirik sederhana

5.

Syirik Khafi dikenali sebagai __________

a)

syirik kecil

b)

syirik besar

c)

syirik pertengahan

6.

Melakukan sesuatu ibadah bukan kerana Allah semata-mata seperti seseorang melakukan ibadah kerana mahu pujian atau tempat dalam masyarakat ialah _______

a)

syirik besar

b)

syirik pertengahan

c)

syirik kecil

7.

Contoh perbuatan Syirik Jali ialah...

a)

Menyembah Allah

b)

Mengerjakan Solat

c)

Menyembah matahari

d)

Mengikut Sunnah Nabi Muhammad

8.

Kesan perbuatan Syirik Jali ialah...

a)

Mendapat pahala

b)

Ganjaran Syurga

c)

Diredhai oleh Allah

d)

Membatalkan Akidah

9.

Hukum menghindari amalan syirik adalah__________.

a)

harus

b)

sunat

c)

haram

d)

wajib

10.

Apakah CONTOH perbuatan yang membawa kepada Syirik Khafi ?

a)

Menyembah berhala

b)

Menyembah matahari

c)

Meminta pertolongan daripada kubur atau orang mati

d)

Riak iaitu melakukan sesuatu ibadah untuk mendapatkan gelaran.

11.

Kesan Syirik Khafi dalam kehidupan ialah...

a)

Melipat gandakan pahala amalan

b)

Gembira apabila mendapat gelaran dan tempat dalam masyarakat

c)

Dapat melakukan amalan dan ibadah dengan ikhlas

d)

Menghapuskan pahala amalan

12.

Cara untuk kita menjauhi daripada Syirik Khafi.

a)

Sentiasa niat melakukan ibadah untuk orang lain

b)

Menceritakan perihal amalan dan ibadah yang dilakukan

c)

Sentiasa berasa hebat dengan amalan yang telah dilaksanakan

d)

Melatih diri melakukan amal ibadah dengan ikhlas sepenuh hati kerana Allah

13.

Amalan syirik boleh___________akidah dan kepercayaan orang Islam.

a)

menafikan

b)

merosakkan

c)

mentauhidkan

d)

mengetahui

14.

Syirik boleh berlaku sama ada dengan perkataan, perbuatan dan .......................... .

a)

paksaan

b)

suruhan

c)

pilihan

d)

iktiqad

15.

Gambar di atas merujuk kepada syirik dari sudut?

a)

Iktiqad

b)

Perbuatan

c)

Perkataan

16.

Memuja kubur orang ternama.

a)

Syirik Khafi

b)

Syirik Jali

17.

Takbur dalam percakapan.

a)

Syirik Jali

b)

Syirik Khafi

18.

Memakai tangkal dan azimat untuk perlindungan diri.

a)

Syirik Jali

b)

Syirik Khafi

19.

Menyembah patung berhala dan roh nenek moyang

a)

Syirik Jali

b)

Syirik Khafi

20.

Sengaja membiarkan orang lain melihat sedekah yang diberi.

a)

Syirik Jali

b)

Syirik Khafi