Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

ULANGKAJI SEJARAH T1 BAB1 - BAB 3

Total questions: 29

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Sejarah berasal daripada perkataan Syajaratun yangbermaksud ____________

a)

Langit

b)

Bumi

c)

Pokok

d)

Sungai

2.

Muqaddimah adalah karya Ibn Khaldun yang merujuk kepada __________

a)

Manusia zaman bertamadun

b)

Manusia zaman perang

c)

Bermula zaman primitif sehingga kehidupan bandar

d)

Selepas pembentukan Kerajaan

3.

Peritiwa kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957 dianggap penting kerana _____________

a)

Rakyat bersatu padu

b)

Maju dalam ekonomi

c)

Bebas daripada penjajahan

d)

Pemerintahan tradisional dikembalikan

4.

Sumber Sejarah melalui kaedah bertulis ialah _________

a)

Cerita rakyat

b)

Rakaman video

c)

Kepercayaan kaum

d)

Tulisan pada dinding gua

5.

Apakah yang tertera pada batu bersurat Terengganu ?

a)

Arahan Sultan

b)

Senarai pemerintah

c)

Undang-undang Laut

d)

Hukum Islam

6.

Apakah jenis artifak yang boleh anda temui sekiranya anda mengunjungi tapak arkeologi di Lenggong Perak?

a)

Pisau

b)

kapak

c)

loceng

d)

seramik

7.

Mengapah wujudnya perbezaan tafsiran dalam penyelidikan Sejarah ?

a)

Perbezaan pandangan

b)

Perbezaan penyelidikan

c)

Berlainan tempat asal

d)

Berkainan kaedah pengkajian

8.

Mengapah Tok janggut dan Dato' Bahaman disifatkan oleh sejarawan tempatan sebagai pejuang tanah air ?

a)

Pemimpin tempatan

b)

Berjaya mengalahkan British

c)

Memperjuangkan kemerdekaan

d)

Berani menentang penjajah British

9.

Mengapakah kita patut menghayati sejarah tanah air ?

a)

Berbangga menjadi warganegara

b)

Bersedia menghadapi perubahan

c)

Berani menuntut hak

d)

Berusaha memajukan negara

10.

Negara kita pernah mengalami darurat pada tahun _________

a)

1943 hingga 1945

b)

1945 - 1950

c)

1948 - 1960

d)

1949 - 1963

11.

Geologi adalah bidang ilmu yang merujuk kepada ____________

a)

Langit

b)

Bintang

c)

Iklim dunia

d)

Pembentukan bumi

12.

Apakah bidang ilmu yang mengkaji organisma yang pernah hidup di bumi, fosil dalam sedimen binatang, tumbuhan dan bentuk hidupan purbakala?

a)

Geologi

b)

Arkeologi

c)

Astrologi

d)

Paleontologi

13.

Apakah faktor yang mempengaruhi perubahan bentuk fizikal bumi menjadi daratan dan lautan ?

a)

Gempa bumi

b)

Iklim

c)

Hidupan liar

d)

Aktiviti manusia

14.

Jambatan Darat Panama antara Amerika Utara dengan Amerika Syarikat Selatan terbentuk pada zaman ___________

a)

Miosen

b)

Pliosen

c)

Pleistosen

d)

Holosen

15.

Pada Zaman Air Batu Akhir, manusia tinggal di kawasan tanah pamah sejuk. Bagaimanakah mereka menyara kehidupan harian ?

a)

Menternak haiwan

b)

Memburu binatang

c)

Menjalankan pertanian

d)

Peluang pekerjaan

16.

Peningkatan suhu dunia berkaitan dengan zaman air batu akhir. Peningkatan tersebut berlaku pada setiap ____________

a)

satu tahun

b)

5 tahun

c)

10 tahun

d)

50 tahun

17.

Haiwan yang hidup semasa zaman Pleitosen telah pupus pada zaman air batu akhir. Mengapakah berlaku sedemikian ?

a)

Kekurangan makanan

b)

Peningkatan suhu bumi

c)

Peningkatan paras air laut

d)

Kemunculan haiwan berbadan besar

18.

Zaman air batu akhir dikenali juga sebagai zaman

a)

Miosen

b)

Pliosen

c)

Pleitosen

d)

Holosen

19.

Pada zaman air batu akhir, manusia bergerak keluar dari benua Afrika dan secara beransur-ansur mendiami benua Eropah dan benua Asia. Apakah faktor yang mendorong mereka berbuat demikian ?

a)

Peningkatan paras laut

b)

Perubahan bentuk muka bumi

c)

Perubahan iklim yang tidak terlalu sejuk

d)

Pembentukan tanah pamah yang luas

20.

Apakah kesan perubahan zaman air batu terhadap asia tenggara?

a)

Pembentukan pentas sunda

b)

Tenggelamnya pentas sunda

c)

Paras air laut menjadi rendah

d)

Suhu bumi menurun

21.

Zaman prasejarah merujuk kepada zaman sebelum manusia mengenali

a)

api

b)

logam

c)

tembaga

d)

tulisan

22.

Susunan yang manakah benar mengenai zaman batu ?

a)

Paleolitik - Neolitik - Mesolitik

b)

Mesolitik - Neolitik - Paleolitik

c)

Paleolitik - Mesolitik - Neolitik

d)

Neolitik - Mesolitik - Paleolitik

23.

Apakah aktiviti manusia utama manusia zaman prasejarah di kawasan Catal Huyuk di Turki antara 7100 - 600 SM ?

a)

Perikanan

b)

Pertanian

c)

Pelayaran

d)

Pertukangan

24.

Gua Tabon merupakan tapak Zaman Prasejarah yang penting. Gua ini terletak di _______

a)

India

b)

Vietnam

c)

Filipina

d)

Myanmar

25.

Apakah penemuan penting di Lenggong Perak yang membuktikan kehidupan manusia zaman prasejarah di negara ini ?

a)

Perak Man

b)

Peking Man

c)

Lenggong Man

d)

Malaya Man

26.

Pada zaman Neolitik, tumpuan petempatan mereka adalah di kawasan _______

a)

pedalaman

b)

dataran tinggi

c)

lembah sungai

d)

kepulauan

27.

Mengapakah aktiviti mengumpul makanan semakin berkurangan pada zaman Neolitik ?

a)

Aktiviti pertanian dijalankan

b)

Perkongsian makanan berlaku

c)

Bahan makanan semakin berkurang

d)

Perpindahan manusia ke tempat lain

28.

Mengapakah mayat manusia zaman prasejarah dikebumikan bersama-sama dengan pelbagai peralatan ?

a)

Tanda perpisahan

b)

Permintaan si mati

c)

Kehendak masyarakat

d)

Kepercayaan kehidupan selepas mati

29.

Masyarakat zaman Prasejarah mengamalkan budaya megalit. Amalan tersebut berkaitan dengan ___________

a)

pertanian

b)

perburuan

c)

kesenian

d)

kepercayaan