wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Perenggan Deskriptif

Total questions: 8

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Manusia mempunyai berapa deria?

a)

2

b)

3

c)

4

d)

5

2.

Apakah perkataan yang membawa maksud yang sama seperti ' lima deria'?

a)

panca

b)

indera

c)

pancasila

d)

pancaindera

3.

Kenal pasti deria yang digunakan untuk menulis perenggan ini:

"Klik! Klik! Klik! Langkahnya terhenti. Ada yang tidak kena dengan basikalnya. Setiap putaran roda menghasilkan bunyi yang tidak pernah didengarnya sebelum ini. Mungkin ada skru yang terbuka ataupun yang terkeluar dari tempatnya."

a)

lihat

b)

hidu

c)

rasa

d)

dengar

e)

sentuh

4.

Kenal pasti deria yang digunakan untuk menulis perenggan ini:

"Syukor meneliti sekali lagi tayar belakangnya. Matanya terpandang segulung kertas yang diselitkan di brek tayarnya. Syukor menggunakan cermin matanya untuk mencungkil keluar kertas yang terselit rapi. Ditariknya kertas tersebut kemudian dibuka gulungan kertas kecil itu."

a)

lihat

b)

hidu

c)

rasa

d)

dengar

e)

sentuh

5.

Kenal pasti deria yang digunakan untuk menulis perenggan ini: "Suara penjual terjerit-jerit amat kuat menawarkan potongan harga. Mereka seakan-akan bersaing untuk mendapatkan perhatian pengunjung agar singgah di gerai mereka. Aku mendekati gerai yang menjual ikan. Terdapat banyak jenis ikan. Aku cuba membelek-belek ikan tersebut untuk memastikan ikan itu tidak terlalu lembik isinya. Aku cuba meneliti insangnya, masih kemerah-merahan dan berlendir."

a)

lihat

b)

hidu

c)

rasa

d)

dengar

e)

sentuh

6.

Kenal pasti deria yang digunakan untuk menulis perenggan ini: "Itulah pertama kali aku mencuba makanan Korea. Makanan itu diperbuat daripada sayur-sayuran seperti kobis, daun bawang, lobak merah dan diperam dengan sos khas yang dibuat oleh Puan Maryam. Pada mulanya, rasanya janggal kepada tekakku. Masam tetapi harum baunya. Aku mencuba kimchi yang dihidangkan itu. Rasanya pedas dan masam diselang-seli dengan rasa manis dan masin. Ia benar-benar menaikkan seleraku!"

a)

lihat

b)

hidu

c)

rasa

d)

dengar

e)

sentuh

7.

Kenal pasti deria yang digunakan untuk menulis perenggan ini: "Waa! Waa! Terdengar suara tangisan si anak kecil. Aku cuba mencari-cari dari mana datangnya suara itu di tengah-tengah jalanraya yang dikelilingi hutan. Perasaanku bercampur baur: hairan, cemas dan takut. Alangkah terperanjatnya apabila aku melihat sebuah kotak kecil di semak samun. Di dalamnya, terdapat susuk tubuh makhluk yang kecil. Aku memegang erat tangan kecilnya itu. Kulitnya terasa lembut pada sentuhan. Matanya tertutup tetapi tangisannya semakin kuat memecahkan gegendang telingaku. Badannya lembam seperti tiada kudrat untuk meneruskan kehidupan."

a)

lihat

b)

hidu

c)

rasa

d)

dengar

e)

sentuh

8.

Bolehkah kita menggunakan pelbagai kombinasi deria untuk menghasilkan satu perenggan deskriptif?

a)

YA

b)

TIDAK