wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

etika dan undang-undang siber

Total questions: 20

Worksheet time: 9mins

Name
Class
Date
1.

1. Berikut merujuk kepada alam siber. Kecuali...

a)

Komputer

b)

Ruangan Forum

c)

Televisyen

d)

Internet

2.

2. 'Tidak menghina, mencela,menyindir, mahupun melemparkan tuduhan yang tidak berasas kepada orang lain' merupakan...

a)

Etika yang boleh diamalkan semasa berkomunikasi dalam alam siber

b)

Undang-undang siber

c)

Kepentingan mematuhi etika dan undang-undang sibe

d)

Etika siber

3.

3. Yang manakah merupakan undang-undang siber.

a)

Tiada hukuman dikenakan

b)

Peraturan untuk mengawal pengguna media siber

c)

Garis panduan untuk pengguna media siber

d)

Dianggap tidak bermoral jika tidak mematuhi etika

4.

4. Yang manakah bukan kepentingan mematuhi etika dan undang-undang siber.

a)

Menjaga keharmonian masyarakat

b)

Menjejaskan perpaduan

c)

Melakukan urus niaga dalam talian dengan selamat

d)

Menjadi pengguna siber yang berhemah

5.

5. Berikut adalah kesan tindakan tidak beretika dan menyalahi undang-undang siber. Kecuali...

a)

Menimbulkan perselisihan faham dan pergaduhan

b)

Menyebabkan kerisauan, kemurungan dan tekanan perasaan

c)

Menjatuhkan imej atau maruah orang lain

d)

Mewujudkan persekitaran siber yang selamat dan sihat

6.

6. Akta manakah yang bukan undang-undang siber.

a)

Akta Komunikasi dan Multimedia 1998

b)

Akta Pendaftaran Perniagaan 1956

c)

Akta Teleperubatan 1997

d)

Akta Jenayah Komputer 1997

7.

7. Berikut merupakan tingkah laku berhemah semasa berkomunikasi di alam siber kecuali ..

a)

menggunakan bahasa yang sopan

b)

tidak menyebarkan maklumat yang belum pasti kesasihannya

c)

menghina,mencela, atau melemparkan tuduhan yang tidak berasas kepada orang lain

d)

tidak memuat naik gambar atau komen yang tidak senonoh

8.

8. Bagaimana kewujudan etika dan undang-undang alam siber mampu membentuk pembentukan jati diri pelajar?

a)

Pelajar akan berkongsi atau menyebarkan keburukan orang lain

b)

Pelajar menyebarkan fitnah

c)

Pelajar akan memuat naik gambar atau komen negatif

d)

Pelajar akan menggunakan alam siber kearah kebaikan mengikut etika dan undang-undang yang telah ditetapkan

9.

9. Fatimah telah memuat naik gambar tidak senonoh di dalam akaun Facebooknya . Apakah tindakan awal anda sebagai rakan baiknya untuk mencegah perbuatan Fatimah tersebut?

a)

Memberitahu ibu bapa fatimah

b)

Menasihatinya

c)

Menyokong perbuatannya

d)

Tidak ambil peduli

10.

10. Seseorang yang tidak mengamalkan tingkah laku yang baik ketika berkomunikasi di alam siber akan

a)

Melahirkan seseorang yang berilmu dan bermoral

b)

Menimbulkan perselisihan faham atau pergaduhan ketika berkomunikasi di alam siber

c)

Kehidupan lebih aman dan harmoni

d)

Merapatkan hubungan antara satu sama lain

11.

11. Azhar merupakan seorang peniaga barangan online. Azhar akan menggunakan media sosial iaitu Instagram untuk menjual barang jualannya. Tetapi Azhar mempunyai sikap yang negatif iaitu dia selalu mengambil kesempatan untuk menipu pembelinya untuk mendapatkan keuntungan.


Apakah tindakan paling tepat anda jika anda merupakan salah seorang mangsa penipuan Azhar?

a)

Melaporkan kepada kementerian sumber manusia

b)

Tidak ambil peduli

c)

Meminta Azhar menggantikan semula barang tersebut

d)

Menyuarakan aduan ke bahagian pengurusan pengguna (KPDNKK)

12.

12. Pilih penyataan yang betul berkaitan tingkah laku yang diamalkan semasa berkomunikasi dalam alam siber

a)

Menyebarkan atau berkongsi keburukan orang lain

b)

Mematuhi akta undang-undang siber

c)

Memuat naik status yang negatif

d)

Menggunakan perkataan yang kurang sopan semasa berkomunikasi di alam siber

13.

13. Yang manakah bukan jenayah yang berkaitan dengan alam siber?

a)

Meragut

b)

Penyebaran virus

c)

Skim cepat kaya

d)

Judi siber

14.

14. Yang manakah panduan keselamatan menggunakan internet dengan bijak?

a)

Tidak mudah mempercayai orang yang tidak dikenali melalui laman sosial kerana kemungkinan mereka ialah penghendap siber

b)

Menyebarkan maklumat tanpa mengetahui kesahihannya

c)

Tidak menggunakan bahasa yang baik

d)

Tidak melindungi kerahsiaan maklumat peribadi seperti alamat rumah, nombor telefon dan lokasi semasa

15.

15. Digelar sebagai penjenayah siber jika menyalahi undang-undang.

a)

Eitka

b)

Undang-undang siber

16.

16. Tiada hukuman dikenakan.

a)

Etika

b)

Undang-undang siber

17.

17. Garis panduan untuk pengguna media siber.

a)

Etika

b)

Undang-undang siber

18.

18. Peraturan untuk mengawal pengguna media siber.

a)

Etika

b)

Undang-undang siber

19.

19. Dianggap tidak bermoral jika tidak mematuhi etika

a)

Etika

b)

Undang-undang siber

20.

20. Boleh dikenakan hukuman jika tidak mematuhi undang-undang yang ditetapkan.

a)

Etika

b)

Undang-undang siber