wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kata Ganda Tingkatan 3

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Apakah maksud kata ganda?

a)

Kata yang digandakan dengan diulang kata dasar secara penuh atau secara sebahagiannya.

b)

Kata yang digandakan sepenuhnya serta diberikan tanda baca.

c)

Kata yang diberi imbuhan kemudian digandakan.

d)

Kata ganda yang mengalami pengulangan suku kata pertama dan suku kata kedua pada kata asalnya.

2.

Berikan jenis kata ganda pada perkataan yang diwarnakan.


Air yang bertakung boleh menggalakkan pembiakan jejentik.

a)

Kata ganda penuh

b)

Kata ganda majmuk

c)

Kata ganda separa

d)

Kata ganda berentak

3.

Awal-awal pagi lagi Puan Salwa sudah pergi ke tempat kerja.

a)

Kata ganda berentak

b)

Kata ganda majmuk

c)

Kata ganda penuh

d)

Kata ganda separa

4.

Gerai Mak Jah terkenal kerana menjual kuih-muih yang sedap.

a)

Kata ganda penuh

b)

Kata ganda majmuk

c)

Kata ganda separa

d)

Kata ganda berentak

5.

Suasana di pekan itu gelap-gelita apabila bekalan elektrik terputus.

a)

Kata ganda penuh

b)

Kata ganda berentak

c)

Kata ganda majmuk

d)

Kata ganda separa

6.

Budak lelaki itu ialah anak kepada seorang hartawan di Pualu Pinang

a)

Kata ganda penuh

b)

Kata ganda separa

c)

Kata ganda berentak

d)

Kata ganda majmuk

7.

Alat-alat tulis itu dibeli oleh adik.

a)

Kata ganda berentak

b)

Kata ganda separa

c)

Kata ganda majmuk

d)

Kata ganda penuh

8.

Petani memasang __________ di tengah sawah untuk menakutkan burung.

a)

kisi-kisi

b)

orang-orang

c)

tupai-tupai

d)

layang-layang

9.

Mereka ketawa ___________ apabila menonton filem komedi lakonan Tan Sri P. Ramlee.

a)

teresak-esak

b)

terkebil-kebil

c)

terbahak-bahak

d)

tersuka-suka

10.

Sereena membalut hadiah itu ___________.

a)

kemas-kemas

b)

ketat-ketat

c)

kuat-kuat

d)

erat-erat

11.

Adik berjalan __________ ke sekolah kerana kakinya terseliuh akibat terjatuh dari tangga semalam.

a)

terkial-kial

b)

tersekat-sekat

c)

terhuyung-hayang

d)

terhincut-hincut

12.

Jalur Gemilang kelihatan __________ apabila ditiup angin.

a)

berkibar-kibar

b)

berbuai-buai

c)

bergoyang-goyang

d)

bergerak-gerak

13.

Amalan _____ dapat memupuk perpaduan dalam kalangan jiran tetangga.

a)

balas-membalas

b)

benci-membenci

c)

tolong-menolong

d)

sindir-menyindir

14.

Suasana majlis perkahwinan itu menjadi _____ apabila pelamin runtuh tiba-tiba.

a)

karut-marut

b)

calar-balar

c)

hiruk-pikuk

d)

cerai-berai

15.

Mereka berjuang _____ untuk mempertahankan

negara daripada dijajah.

a)

bermati-matian

b)

bertolak-tolakan

c)

berbunuh-bunuhan

d)

bersungut-sungutan