Font size
WorksheetsPBD PENDIDIKAN ISLAM TAHUN DUA SKSSAS
Total questions: 25
Worksheet time: 25mins
Apakah maksud Istinjak?
Membuang segala kotoran pada badan menggunakan air hujan dan batu
Mengelakkan diri daripada kekotoran yang ada di sekeliling menggunakan penyembur sanitasi
Membersihkan qubul dan dubur dengan menggunakan air mutlak atau benda-benda kesat
Mencuci pakaian yang terkena najis menggunakan sabun pencuci
Berikut adalah alat-alat yang boleh digunakan untuk beristinjak kecuali
Air Mutlak
Tisu
Kertas
Plastik
Mengapakah kita tidak dibenarkan beristinjak menggunakan bahan makanan?
Licin
Sedap
Berbahaya
Dimuliakan
Situasi manakah yang betul berkaitan Istinjak
Intan beristinjak menggunakan batu dengan satu kali sapuan
Saiful beristinjak menggunakan kulit kayu ketika najisnya sudah kering
Kamal beristinjak menggunakan bahan kesat sebelum najisnya kering
Siti beristinjak menggunakan tisu yang mempunyai darah
Berikan dua sebab kita tidak dibenarkan beristinjak menggunakan kaca
Pilih susunan yang betul mengenai cara beristinjak menggunakan bahan kesat
Setiap sapuan menggunakan benda kesat yang baru ---> Sapu qubul dan dubur dengan benda kesat ---> sapu dengan 3 kali sapuan
Sapu dengan 3 kali sapuan ---> Sapu qubul dan dubur dengan benda kesat ---> Setiap sapuan menggunakan benda kesat yang baru
Setiap sapuan menggunakan benda licin yang baru ---> Sapu qubul dan dubur dengan benda licin ---> sapu dengan 3 kali sapuan
Sapu qubul dan dubur dengan benda kesat ---> sapu dengan 3 kali sapuan ---> Setiap sapuan menggunakan benda kesat yang baru
Pilih susunan yang betul bagi beristinjak menggunakan air
Menggunakan air mutlak ---> Cuci sehingga bersih ---> Menggunakan tangan sebelah kiri untuk mencuci
Menggunakan tangan sebelah kiri untuk mencuci ---> Menggunakan air mutlak ----> Cuci sehingga bersih
Menggunakan air mutlak ---> Menggunakan tangan sebelah kiri untuk mencuci ---> Cuci sehingga bersih
Menggunakan air minuman ----> Menggunakan tangan sebelah kiri untuk mencuci ---> Cuci sehingga bersih
Aniq beristinjak menggunakan tisu yang sama untuk ketiga-tiga sapuan. Adakah Aniq menepati cara-cara beristinjak ?
Ya
Tidak
Mimi mendapati najisnya telah hilang selepas sapuan yang pertama. Adakah Mimi perlu melakukan sapuan yang kedua dan ketiga?
Ya
Tidak
Anda berada di dalam hutan dan tiada sumber air berdekatan. Di hadapan anda terdapat batu kecil yang mempunyai tiga permukaan yang berbeza. Jelaskan apa yang patut anda lakukan.
Jika tidak ada ________ , kita boleh menggunakan bahan kesat untuk beristinjak
orang
batu
air
elektrik
Qubul ialah tempat keluar ________ , manakala dubur ialah tempat keluar _________
air besar, air kecil
air kecil, air besar
Pilih pernyataan yang salah
Istinjak mengelakkan diri kita daripada penyakit
Istinjak tidak mudah dilakukan
Istinjak dapat membersihkan kita daripada kotoran dan najis
Istinjak mudah dilakukan
Berdasarkan pilihan jawapan di bawah, yang mana satukah kepentingan istinjak selain daripada air?
Senang dijangkiti penyakit
Sukar diperoleh
Mudah didapati
Membazir
Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu beristinjak?
Berikut ialah syarat wajib solat kecuali
Islam
Kanak-kanak
Baligh
Berakal
Menutup aurat adalah salah satu
Syarat Wajib Solat
Syarat Sah Solat
Rukun Solat
Rukun Wudhu'
Pilih pernyataan yang betul
Tidak diwajibkan solat kerana belum baligh
Wajib solat kerana berakal
Tidak diwajibkan solat kerana bukan Islam
Wajib solat kerana baligh
Hakim solat tanpa berwudhu'. Adakah solatnya sah?
Sah
Tidak Sah, perlu solat semula
Pada rakaat ketiga Solat Zohor, Dina mendapati jarinya ada darah. Jelaskan dua perkara yang perlu dilakukan oleh Dina
Kenapa Uncle Muthu tidak diwajibkan solat?
Sakit Tenat
Tidak berakal
Orang bukan Islam
Belum baligh
Apakah kepentingan mengetahui masuk waktu solat?
Sentiasa peka dan berdisiplin
Memastikan diri dalam keadaan suci
Sebagai lambang penyatuan ummat
Menjaga maruah
Memastikan diri dalam keadaan suci dan bersih merupakan salah satu _________
Kepentingan syarat wajib solat
Kepentingan syarat sah solat
Kepentingan rukun solat
Kepentingan rukun puasa
Berikut adalah kesan solat dalam kehidupan kecuali
Menepati masa
Mencegah melakukan kemungkaran
Menjadi anak yang degil
Sentiasa menjaga kebersihan
Huraikan kepentingan menghadapkan diri ke arah kiblat ketika solat
