WorksheetsSAINS TAHUN 2 BAHAN LARUT DAN TIDAK LARUT
Total questions: 15
Worksheet time: 15mins
Antara berikut, manakah bahan yang boleh larut dalam air?
garam
kayu
batu
pasir
Antara berikut, manakah bahan yang tidak boleh larut dalam air?
garam
gula
biji jagung
cuka
Pasir tidak larut di dalam air
Betul
Salah
Bahan yang manakah cepat larut di dalam air?
Gula dalam air panas
Gula dalam air sejuk
Bahan manakah larut dalam air apabila diaduk?
1 sudu kacang hijau
1 sudu garam
1 sudu beras
Apakah perkataan yang sama makna dengan 'diaduk'?
dimasak
ditapis
dikacau
dituras
Bahan yang larut ialah bahan yang ________.
Diletakkan di dalam air dan hilang
Diletakkan di dalam air dan tidak hilang
Bahan akan cepat larut apabila diaduk dengan...
sangat perlahan
perlahan
cepat
Di antara berikut, yang manakah paling lambat larut?
Bahan yang bersaiz besar
Bahan yang bersaiz sederhana
Bahan yang bersaiz kecil
Mengapakah gula pasir lebih cepat larut di dalam air berbanding gula kiub?
Kerana gula pasir bersaiz besar
Kerana gula pasir lebih manis
Kerana gula pasir senang dimasak
Kerana gula pasir bersaiz kecil
Kayu dan pasir tidak boleh larut di dalam air.
Betul
Salah
Sirap boleh larut di dalam air
Betul
Salah
Di antara berikut, coklat manakah paling cepat larut?
Dalam air sejuk yang diaduk
Dalam air suam yang diaduk
Dalam air panas yang diaduk
Amira memasukkan gula pasir ke dalam dua gelas berbeza. Gelas A tidak diaduk, manakala gelas B diaduk menggunakan sudu. Gula dalam gelas yang mana akan larut terlebih dahulu?
Gelas A
Gelas B
Gula di dalam kedua-dua gelas tidak larut
Aina mengambil segelas air panas dan segelas air sejuk.
Dia ingin menguji air manakah boleh melarutkan gula lebih cepat.
Pada ramalan kamu, air manakah yang akan melarutkan gula lebih cepat ?
Air sejuk
Air panas
