Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Ayat Majmuk

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

APAKAH DEFINISI BAGI AYAT MAJMUK?

a)

Ayat majmuk ialah ayat yang dibina dengan mencantumkan dua ayat tunggal atau lebih

b)

Ayat majmuk ialah ayat yang dibina dengan mencantumkan ayat terbitan

c)

Ayat majmuk ialah ayat yang dibina dengan mencantumkan ayat tunggal sahaja

d)

Ayat majmuk ialah ayat yang dibina dengan mencantumkan dua ayat penyata

2.

Gabungkan dua ayat tunggal di bawah menjadi satu ayat majmuk.


Jalan itu dinaiki air.

Jalan itu ditutup sementara waktu.

a)

Jalan yang dinaiki air itu ditutup sementara waktu.

b)

Jalan disana itu dinaiki air dan ditutup sementara waktu.

c)

Jalan itu dinaiki air dan ditutup sementara waktu.

3.

Tukarkan dua ayat tunggal di bawah menjadi satu ayat majmuk.


Ejen Ali terkejut.

Ejen Ali terdengar bunyi letupan di kawasan pelabuhan itu.

a)

Ejen Ali terkejung kerana terdengar bunyi letupan di kawasan pelabuhan itu.

b)

Ejen Ali terkejut tatkala terdengar bunyi letupan di kawasan pelabuhan itu.

c)

Ejen Ali terperanjat semasa terdengar bunyi letupan bom di kawasan pelabuhan itu.

4.

Ain bermain congkak.

Batrisya bermain congkak.

a)

Ain atau Batrisya bermain congkak.

b)

Ain, Batrisya bermain congkak.

c)

Ain dan Batrisya bermain congkak.

d)

Ain bermain congkak lalu Batrisya bermain congkak.

5.

Adam pandai.

Adam sombong.

a)

Adam pandai atau sombong.

b)

Adam pandai tetapi sombong.

c)

Adam pandai lalu sombong.

d)

Adam pandai dan sombong.

6.

Naurah tidak hadir ke sekolah __________ demam.

a)

lalu

b)

jika

c)

kerana

d)

sambil

7.

Aleesya suka makan nasi lemak __________ roti canai?

a)

dan

b)

atau

c)

supaya

d)

lalu

8.

Zahra menonton televisyen __________ berbaring.

a)

kerana

b)

lalu

c)

sambil

d)

tetapi

9.

Puan Rohayu mengemas rumah __________ mendengar radio.

a)

lalu

b)

tetapi

c)

kerana

d)

sambil

10.

Kak Wan ______________ Kak Yan yang memasak kek ini?

a)

sambil

b)

dan

c)

atau

d)

malahan