WorksheetsPENGENALAN KEPADA PERNIAGAAN
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Apakah maksud perniagaan?
Aktiviti pengeluaran dan penjualan barang sahaja bagi memenuhi keperluan dan kehendak pengguna bertujuan untuk mendapatkan keuntungan
Aktiviti penyediaan perkhidmatan bagi memenuhi keperluan dan kehendak pengguna bertujuan untuk mendapatkan keuntungan
Aktiviti pengeluaran dan penjualan barang serta perkhidmatan bagi memenuhi keperluan dan kehendak pengguna bertujuan untuk kebajikan masyarakat
Aktiviti pengeluaran dan penjualan barang serta perkhidmatan bagi memenuhi keperluan dan kehendak pengguna bertujuan untuk mendapatkan keuntungan
Nyatakan elemen asas dalam perniagaan
Menyediakan barang dan perkhidmatan
Wujud pertukaran nilai
Memenuhi kebajikan masyarakat setempat
Mendapatkan keuntungan
Memuaskan keperluan dan kehendak pengguna
Apakah yang dimaksudkan dengan barang?
produk bukan berbentuk fizikal yang tidak boleh disentuh dan dilihat yang dapat memberikan kepuasan dan nilai faedah kepada pengguna dan perniagaan lain.
produk berbentuk fizikal yang boleh dilihat dan disentuh yang dikeluarkan untuk kegunaan pengguna akhir atau dijual semula.
produk bukan berbentuk fizikal yang boleh dilihat dan disentuh yang dikeluarkan untuk kegunaan pengguna akhir atau dijual semula.
produk berbentuk fizikal yang tidak boleh disentuh dan dilihat yang dapat memberikan kepuasan dan nilai faedah kepada pengguna dan perniagaan lain.
Tandakan contoh perniagaan yang menawarkan barangan.
Kedai Gunting Rambut Ali
Kedai Buku Agensi Maju
Pasaraya Giant
Pusaraya Minimart Sri Impian
Akademi Memandu Ngah
Apakah yang dimaksudkan dengan perkhidmatan?
produk berbentuk fizikal yang tidak boleh disentuh dan dilihat yang dapat memberikan kepuasan dan nilai faedah kepada pengguna dan perniagaan lain.
produk berbentuk fizikal yang boleh dilihat dan disentuh yang dikeluarkan untuk pengguna akhir atau dijual semula
produk bukan berbentuk fizikal yang boleh dilihat dan disentuh yang dikeluarkan untuk pengguna akhir atau dijual semula
produk bukan berbentuk fizikal yang tidak boleh disentuh dan dilihat yang dapat memberikan kepuasan dan nilai faedah kepada pengguna dan perniagaan lain.
Tandakan contoh perniagaan yang menawarkan perkhidmatan
Pusat Perkhidmatan Membaiki Kereta
Bank Simpanan Nasional
Klinik Kesihatan Ibu dan Anak
Kedai Pakaian Hari-hari
Pasaraya Econsave
_______________ merupakan matlamat bagi setiap aktiviti perniagaan dan merupakan ganjaran kepada peniaga yang menjalankan perniagaan.
Kerugian
Keuntungan
Risiko
Pulangan
Berikut merupakan contoh keperluan kecuali ...
barangan kemas
makanan
kenderaan
tempat tinggal
peralatan rumah
Apakah yang dimaksudkan dengan keperluan?
barangan asas yang diperlukan untuk kehidupan manusia seperti makanan, tempat tinggal dan pakaian
penggunaan barang yang tidak terhad untuk kehidupan seperti hiburan, peralatan rumah dan barangan kemas
barangan sampingan yang diperlukan untuk kehidupan manusia seperti makanan, tempat tinggal dan pakaian
penggunaan barang yang terhad untuk kehidupan seperti hiburan, peralatan rumah dan barangan kemas
Apakah yang dimaksudkan dengan kehendak?