wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Perniagaan Tingkatan 5 - 4.2

Total questions: 17

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.

Apakah maksud jualan bersih?

a)

Jumlah jualan barangan dan perkhidmatan ditolak dengan pulangan jualan

b)

Jumlah jualan ditolak dengan jumlah belian

c)

Pulangan jualan ditambah dengan jumlah pulangan belian

2.

Kos jualan merupakan..

a)

Belian dan hasil untuk membeli barang niaga

b)

Belanja dan jualan untuk membeli inventori

c)

Kos dan belanja untuk membeli barang niaga

3.

Belian bersih = ?

a)

Belian - pulangan belian

b)

Belian + jualan

c)

Jualan + belanja

4.

Apakah maksud kos belian?

a)

Jumlah kos hasil yang diterima ditambah dengan pulangan belian.

b)

Jumlah kos barang yang dibeli setelah ditolak dengan pulangan belian dan ditambahkan dengan belanja atas belian.

c)

Kos belanja bulanan yang ditambah dengan belanja atas belian.

5.

Antara berikut, yang manakah butir belanja?

a)

Sewa diterima

b)

Insurans

c)

Sewa dibayar

d)

Komisen diterima

e)

Gaji

6.

Untung bersih = ?

a)

Untung kasar - hasil + belanja

b)

Hasil + belanja

c)

Untung kasar + hasil - belanja

7.

Antara berikut, tandakan 4 aset semasa dan aset bukan semasa.

a)

Kenderaan

b)

Tunai di tangan

c)

Mesin

d)

Akaun belum bayar

e)

Inventori akhir

8.

Antara berikut, tandakan dua contoh liabiliti semasa.

a)

Ambilan

b)

Akaun belum terima

c)

Akaun belum bayar

d)

Bank

e)

Overdraf bank

9.

Apakah maksud liabiliti bukan semasa serta contoh?

a)

Hutang perniagaan yang melebihi RM1000 yang perlu dijelaskan sebelum akhir tempoh perakaunan. contoh : akaun belum bayar.

b)

Hutang perniagaan jangka pendek yang memerlukan 5 bulan untuk menjelaskannya. contoh : akaun belum terima

c)

Hutang perniagaan jangka panjang yang memerlukan tempoh melebihi satu tahun kewangan untuk menjelaskannya. contoh : pinjaman bank.

10.

Tandakan tiga contoh ambilan.

a)

Ambilan barang

b)

Ambilan untung bersih

c)

Ambilan aset

d)

Ambilan tunai syarikat

e)

Ambilan modal permulaan

11.

Apakah maksud baki b/b?

a)

Jumlah tunai atau simpanan yang dimiliki oleh sesebuah perniagaan dalam bank atau di tangan pada permulaan ataua awal tempoh pembayaran akaun belum terima.

b)

Jumlah tunai atau simpanan yang dimiliki oleh sesebuah perniagaan dalam bank atau di tangan pada permulaan atau awal tempoh pembayaran hutang.

c)

Jumlah tunai atau simpanan yang dimiliki oleh sesebuah perniagaan dalam bank atau di tangan pada permulaan atau awal tempoh tertentu.

12.

Tandakan tiga contoh penerimaan.

a)

Jualan tunai

b)

Jualan kredit

c)

Bayaran ansuran pinjaman

d)

Gaji pekerja

e)

Pinjaman bank

13.

Tandakan 4 contoh pembayaran.

a)

Kos jualan

b)

Penerimaan daripada penghutang

c)

Sewa diterima

d)

Faedah atas pinjaman

e)

Gaji pekerja

14.

Lebihan berlaku apabila...

a)

Jumlah pembayaran melebihi jumlah penerimaan.

b)

Jumlah penerimaan dan pembayaran sama rata.

c)

Jumlah penerimaan melebihi jumlah pembayaran.

15.

Baki h/b = ?

a)

(Jumlah penerimaan - jumlah pembayaran) + baki b/b

b)

(Baki b/b + jumlah penerimaan) - jumlah perbelanjaan

c)

(Baki h/b + jumlah pembayaran) - jumlah penerimaan

16.

Apakah maksud kos tetap serta contoh?

a)

Kos yang tidak berubah mengikut perubahan tingkat pengeluaran. contoh : sewa dan insurans.

b)

Kos yang berubah apabila pengeluaran ditingkatkan. contoh : insurans dan komisen.

c)

Kos yang berubah sedikit walaupun tiada perubahan tingkat pengeluaran. contoh : kos bahan mentah.

17.

Apakah maksud kos berubah serta contoh?

a)

Kos yang berkurang apabila pengeluaran berkurang. contoh : duti atas bahan mentah.

b)

Kos yang tidak berubah mengikut tingkat pengeluaran. contoh : gaji pekerja

c)

Kos yang berubah mengikut tingkat pengeluaran. contoh : kos buruh langsung.