wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

NOVEL DARAH TITIK DI SEMANTAN TINGKATAN 2

Total questions: 30

Worksheet time: 13mins

Name
Class
Date
1.

Apakah nama novel yang anda pelajari di Tingkatan 2?

a)

Darah Titik di Semantan karya Arman Sani

b)

Darah Titik di Semantan karya Rejab Ismail

c)

Sejambak Bakti karya Rejab Ismail

d)

Sejambak Bakti karya Arman Sani

2.

Apakah tema bagi novel Darah Titik di Semantan?

a)

Semangat perjuangan penduduk tempatan menentang penjajah Inggeris demi mempertahankan negara.

b)

Semangat perjuangan menentang penjajah.

c)

Peperangan masyarakat tempatan menyelamatkan negara.

d)

Semangat setiakawan dalam membina kubu pertahanan.

3.

Kita mestilah berani mempertahankan tanah air daripada dijajah oleh kuasa asing.

a)

Nilai

b)

Perwatakan

c)

Tema

d)

Pengajaran

4.

Tentukan persoalan yang sesuai bagi contoh peristiwa ini di bawah :


Penduduk Lubuk Terua taat kepada pemimpin mereka, Datuk Bahaman.

a)

Seorang yang taat kepada pemimpin.

b)

Persoalan tentang ketaatan rakyat kepada pemimpin.

c)

Kita mestilah taat kepada pemimpin yang berwibawa.

d)

Masyarakat yang taat kepada pemimpin.

5.

Watak sampingan yang terdapat dalam novel ini ialah...

a)

Zahid

b)

Datuk Bahaman

c)

Samad

d)

Arman Sani

6.

Pilih unsur yang sesuai dengan contoh peristiwa di bawah :


Datuk Bahaman bijak mengatur strategi untuk memerangkap mata-mata Inggeris.

a)

Seorang yang bijak mengatur strategi.

b)

Nilai keberanian.

c)

Masyarakat yang bijak dalam mengatur strategi serangan.

d)

Kita mestilah mempunyai semangat patriotisme dalam diri kita.

7.

Watak utama novel ini ialah

a)

Zahid

b)

Datuk Bahaman

c)

Mat Lela

d)

Lajis

8.

Permulaan cerita novel ini ialah

a)

Datuk Bahaman iaitu orang kaya Semantan dan Mat Lela berperanan sebagai pemimpin untuk menentang Inggeris

b)

Datuk Bahaman menyeru penduduk Lubuk Terua agar menentang penjajahan Inggeris

c)

Inggeris sudah mula bertapak di Lubuk Terua

d)

Sultan telah mengisytiharkan bahawa Datuk Bahaman sebagai penderhaka

9.

Yang berikut merupakan perkembangan novel kecuali

a)

Pak Uda Ismail dan Pak Abas telah ditangkap oleh Inggeris tetapi berjaya diselamatkan oleh Datuk Bahaman

b)

Datuk Bahaman menyuruh peenduduk mempergiatkan latihan untuk menentang Inggeris

c)

Zahid dan rakan-rakannya bersetuju untuk membina kubu di pangkal Merbau Berdarah

d)

Penduduk Lubuk Terua juga bersiap sedia untuk menentang Inggeris

10.

Peristiwa berikut bukan perumitan dalam novel ini

a)

Mata-mata Inggeris sudah mula membuat rumah pasung di tepi tebing

b)

Datuk Bahaman telah pergi ke Johor untuk berunding dengan Gabenor Singapura

c)

Datuk Bahaman meminta Lagis dan Rahmad menjadi pengintip di Kuala Semantan.

d)

Segala gelaran yang dianugerahkan oleh sultan kepada Datuk Bahaman telah ditarik balik.

11.

Berikut merupakan peleraian novel, kecuali

a)

Para perajurit telah berundur ke Darat Kelubi

b)

Mat Kilau membawa surat yang menyatakan bahawa semua orang Semantan telah diampunkan kecuali Datuk Bahaman

c)

Tuk Muda Bidin dan Imam Perang Weh menyerah diri kepada Inggeris tetapi mereka dibunuh.

d)

Datuk Bahaman berpatah balik dan membunuh mata-mata Inggeris setelah mendenagr keganasan yang berlaku di Lubuk Terus

12.

Antara berikut merupakan nilai yang terdapat dalam novel ini, kecuali

a)

Nilai kerajinan

b)

Nilai kerjasama

c)

nilai kasih sayang

d)

nilai perpaduan

13.

Ibu Zahid menangis ketika melepaskannya untuk pergi berperang menentang Inggeris. Pernyataan ini sesuai untuk nilai..

a)

nilai prihatin

b)

nilai kasih sayang

c)

nilai kesyukuran

d)

nilai keberanian

14.

Nilai kerajinan merujuk kepada pernyataan..

a)

Pada setiap pagi, rahmad berlatih membaling bambu runcing di sebuah padang di Mempatih

b)

Datuk Bahaman terjun ke dalam air dan mengejar musuh-musuhnya

c)

Lajis bekerjasama dengan Pak Uda Ismail untuk mendirikan bengkel senjata dekat rumah Pak Uda Ismail

d)

Datu Bahaman menyeru rakyatnya supaya mempertahankan tanah air mereka.

15.

Kata kunci untuk menjawab pengajaran ialah

a)

pengajarannya ialah

b)

Kita hendaklah..

c)

Rakyat msetilah

d)

Setiap individu haruslah

16.

Kita haruslah bersatu ketika melakukan pekerjaan. pilih pernyataan yang sesuai dengan pengajaran yang dinyatakan

a)

Samad meminta rakan-rakannya tidak merosakkan pokok-pokok dan anak-anak kayu yang terdapat di tebing sungai ketika membina kubu

b)

Samad, Zahid, Rahman dan Awang Muhammad bersatu ketika membina sebuah kubu.

c)

Selepas solat maghrib, Zahid dan rakan-rakannya membaca Yasin

d)

Awang Muhammad menasihati Samad agar tidak bertindak secara bersendirian untuk menyelesaikan sesuatu perkara besar.

17.

Datuk Bahaman sebagai orang besar negeri bukan sahaja bertanggungjawab terhadap rakyat tetapi turut bertanggungjawab terhadap kerajaan dan bangsa melayu.


Pilih pengajaran yang sesuai dengan peristiwa di atas.

a)

Kita hendaklah patuh akan suruhan agama

b)

Kita perlulah bertanggungjawab terhadap semua perkara

c)

Kita haruslah mempunyai sikap patriotik dalam diri

d)

Kita mestilah prihatin dengan masalah yang berlaku di sekeliling kita

18.

Anak sulung Datuk Bahaman ialah

a)

Zahid

b)

Awang Muhammad

c)

Mat Lela

d)

Lajis

19.

Anak bongsu Datuk Bahaman ialah

a)

Mat Lela

b)

Awang Muhammad

c)

Samad

d)

Zahid

20.

Jawapan di bawah semua tentang ciri-ciri Datuk Bahaman yang betul, kecuali...

a)

Datuk Bahaman menderhaka Sultan

b)

Datuk Bahaman ialah ayah Mat Lela

c)

Datuk Bahaman ialah ayah Awang Muhammad

d)

Datuk Bahaman patuh pada janji

21.

Pak Long Abas,Pak Uda Ismail dan Samad ditangkap oleh Desborough. Siapakah tidak dapat menyelamatkan diri dan menjadi titis darah pertama?

a)

Samad

b)

Pak Long Abas

c)

Pak Uda Ismail

d)

Desborough

22.

Mengapakah Pak Long Abas,Pak Uda Ismail dan Samad ditangkap oleh Desborough?

a)

Kerana membawa senapang tanpa surat kebenaran

b)

Kerana membawa pedang tanpa surat kebenaran

c)

Kerana membawa rotan tanpa surat kebenaran

d)

Kerana membawa perajurit tanpa surat kebenaran

23.

Mayat siapakah yang tergantung di halaman Rumah Pasung Temerloh?

a)

Pak Long Abas

b)

Pak Uda Ismail

c)

Abang Lajis

d)

Mat Lela

24.

Perwatakan Datuk Bahaman ialah...

a)

Pemberontak Inggeris

b)

Pemimpin yang bertanggungjawab

c)

sering berperang

d)

Bertindak mengikut perasaan

25.

Di manakah Zahid dan rakan-rakannya membina kubu?

a)

Lubuk Terua

b)

Lubuk Sengarat

c)

Mempatih

d)

Pulau Tawar

26.

Apakah kesan yang dialami oleh mata-mata Inggeris setelah makan bubur ubi gadung?

a)

mabuk dan perut terasa panas

b)

sedap dan melalaikan

c)

kekenyangan dan tertidur

d)

mabuk dan sejuk

27.

Apakah cara yang digunakan oleh Datuk Bahaman untuk berjumpa sultan dan berunding dari hati ke hati ?

a)

membunuh mata-mata Inggeris

b)

menipu mata-mata Inggeris

c)

menggunakan ilmu pukau

d)

menggunakan ilmu silat

28.

Nilai kerajinan merujuk kepada pernyataan..

a)

Pada setiap pagi, rahmad berlatih membaling bambu runcing di sebuah padang di Mempatih

b)

Datuk Bahaman terjun ke dalam air dan mengejar musuh-musuhnya

c)

Lajis bekerjasama dengan Pak Uda Ismail untuk mendirikan bengkel senjata dekat rumah Pak Uda Ismail

d)

Datu Bahaman menyeru rakyatnya supaya mempertahankan tanah air mereka.

29.

Orang yang mengajar silat kepada Rahmad ialah

a)

Zahid

b)

Datuk Bahaman

c)

Lajis

d)

Samad

30.

Apakah maksud rumah pasung?

a)

Pondok jaga

b)

Balai polis

c)

Pejabat pendaftaran

d)

Rumah kakitanggan Inggeris