wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ UMUM KESUSASTERAAN MELAYU KOMUNIKATIF

Total questions: 25

Worksheet time: 24mins

Name
Class
Date
1.

Kalau mengail ikan tenggiri,

Umpan di taut ikannya bilis;

Makanan baik tidak terbeli,

Sayang takut duitnya habis!


Dipetik daripada Puisi Tradisional dalam antologi Nilai Insan


Nyatakan persoalan yang ingin disampaikan dalam rangkap pantun di atas.

a)

Persoalan kesungguhan dalam berniaga

b)

Persoalan sikap tidak membazir makanan

c)

Persoalan sikap berjimat cermat

2.

Lalu kenangan semalam pun

hidup kembali

begitu indah begitu memukau

ada seribu burung

menyanyi-nyanyi

di ruang hati.


Pilih maksud rangkap sajak yang tepat.

a)

Penyajak menyangka bahawa kekasihnya telah melupakannya kerana mereka telah lama berpisah.

b)

Penyajak menerima kad ucapan hari raya daripada kekasihnya.

c)

Kehadiran kad raya menggembirakan penyajak dan terkenang akan hubungan mereka pada masa lampau.

3.

Banyak udang banyak garam,

Banyak orang banyak ragam.


Lain dulang lain kakinya,

Lain orang lain hatinya.


Pilih DUA gaya bahasa pengulangan yang terdapat dalam rangkap pantun.

a)

Metafora

b)

Epifora

c)

Responsi

d)

Anafora

4.

Segala dewa di keinderaan sungguh belas dan kasihan melihat Sang Nata itu. Maka Betara Guru menitahkan Betara Kala turun ke dunia untuk menghidupkan kembali Raden Menteri dan Ken Tambohan.


Nyatakan PENGAJARAN yang paling sesuai berdasarkan petikan prosa tradisional berikut.

a)

Kita mestilah berusaha menghidupkan orang yang telah mati.

b)

Kita mestilah bersikap belas kasihan terhadap penderitaan dan kesusahan orang lain.

c)

Kita seharusnya taat akan perintah Tuhan.

5.

Pilih TIGA ciri sastera hikayat.

a)

Mempunyai unsur kesaktian

b)

Terdapat watak anak raja Jawa

c)

Mempunyai unsur pengembaraan

d)

Mempunyai watak manusia dan haiwan

6.

Ketika mereka tiba, Pak Tua

jaga bicara : kolek bonda

pintanya biar dijaga, jangan dijaja

kerana jati, merbau dan sutera

penahan gelora.


Pilih DUA ciri rangkap sajak yang betul.

a)

Sajak ini mempunyai empat baris.

b)

Sajak ini mempunyai satu rangkap.

c)

Sajak ini mempunyai bilangan perkataan yang tidak sama dalam setiap baris.

d)

Sajak ini mempunyai bilangan suku kata yang sama dalam setiap baris.

7.

Dia teringat hari terakhir di kamar itu, kira-kira empat bulan lalu sebelum berangkat ke Jepun. Segeralah dia memasukkan data hari, bulan dan tahun sebagai entri kalendar elektronik.


Nyatakan teknik penceritaan yang terdapat dalam petikan.

a)

Imbas muka

b)

Imbas kembali

c)

Monolog dalaman

8.

Wanita, laut itu indah

Bersuara lantang dalam bisu

Diam berkaca dalam bicara

Adakala tak tertafsir erti

Adakala gah mengulum gua sepi.


Apakah gaya bahasa tersebut?

a)

Repitisi

b)

Anafora

c)

Epifora

d)

Aliterasi

9.

Kemerdekaan yang kita genggam bukan kata hiasan

Seperti kedaulatan bukan hanya seuntai slogan

Telah berjanji kita atas nama bumi pusaka

Sepakat rela kita julang menjunjunginya

ke puncak persada.


Apakah nada bagi sajak di atas?

a)

Romantik

b)

Protes

c)

Patriotik

d)

Sinis

10.

Sebelum anak-anak bersuara

Pak Tua

bergurindam hiba, dengan lagu jiwa

berpantun bonda. Anak-anak mula

marah, Pak Tua usungkan kolek

ke muara

kolek keliling dunia.


Nyatakan nada bagi sajak di atas.

a)

Melankolik

b)

Romantik

c)

Protes

d)

Sinis

11.

lidah anakku berbelang-belang

menyusun madah bercabang-cabang

mengidamkan anggur di ladang yang jauh

membiarkan rambutan layu tiada tersentuh


Nyatakan nada bagi sajak di atas.

a)

Patriotik

b)

Romantik

c)

Sinis

d)

Protes

12.

Aku adakala terlalu asyik

merenung sengketa

yang tidak kesudahan

di bumi dan di langit.

duka yang sering hadir

terpaksa dikendong

sepanjang hayat.


Nyatakan gaya bahasa berikut.

a)

Anafora

b)

Repitisi kata

c)

Repitisi frasa

d)

Asonansi

13.

Banyak orang berangan-angan tinggi,

Ingin mencapai itu dan ini,

Tetapi tak mahu bersusah diri


Nyatakan nada bagi baris seloka di atas.

a)

Protes

b)

Romantik

c)

Sinis

d)

Patriotik

14.

Pilih TIGA unsur bunyi.

a)

Anafora

b)

Aliterasi

c)

Asonansi

d)

Rima akhir

15.

Umpan di kail lari menepi


Pilih gaya bahasa yang betul.

a)

Paradoks

b)

Inversi

c)

Metafora

d)

Personifikasi

16.

Laksana dipagut tedung yang bisa!


Merenung redup matanya sebening embun pagi


Sesekali liar bagai tedung selar


Pilih gaya bahasa yang betul.

a)

Sinkope

b)

Simile

c)

Metafora

d)

Kata ganda

17.

Hentian sementara di tengah baris ketika membaca atau mendeklamasikan puisi.


Pernyataan di atas merujuk kepada ...

a)

Intonasi

b)

Rima

c)

Jeda

d)

Sebutan

18.

Pagi itu, Along dan Angah pulang dengan kekesalan pada wajah mereka kerana gagal menunaikan permintaan daripada seorang abah yang tercinta.


Pernyataan di atas memaparkan nilai (a)  

19.

Esoknya, aku menemui jawapan keresahan itu. Ketika aku mengejutkan abah untuk solat Subuh bersama-sama, aku mendapati nafas abah tidak beralun seperti biasa.


Pernyataan di atas memaparkan nilai (a)   terhadap suruhan Tuhan.

20.

Jalinan cerita iaitu bagaimana peristiwa di dalam cereka disusun untuk menghasilkan cereka yang menarik.


Pernyataan di atas merujuk kepada...

a)

Teknik plot

b)

Binaan plot

c)

Drama

d)

Novel

21.

Ketika Sahat dan Tahot rancak berbual-bual di kaki Bukit Emas sambil menikmati udara segar, tiba-tiba Ayub muncul dan kelihatan cemas. Wajah Ayub pucat.


Petikan di atas memaparkan penggunaan teknik penceritaan....

a)

Kejutan

b)

Saspens

c)

Dialog

d)

Konflik

22.

Pengarang menceritakan secara terus sama ada tentang watak, latar atau peristiwa.


Pernyataan di atas ialah maksud bagi teknik (a)   .

23.

Teknik (a)   ialah pertuturan watak-watak dalam sesebuah karya.

24.

Pelukisan watak oleh pengarang sama ada perawakan fizikal mahupun sifat-sifat peribadinya.


Pernyataan di atas merujuk kepada...

a)

Watak

b)

Perwatakan

c)

Nilai murni

d)

Persoalan

25.

Dia telah melihat benih yang ditanamnya itu sedang tumbuh rendang dengan daun-daun persahabatan yang sangat hijau.


Pilih gaya bahasa yang tepat.

a)

Aliterasi

b)

Simile

c)

Personifikasi

d)

Metafora