Font size
WorksheetsPERIBAHASA MELAYU
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Setiap petang, Ariff dan rakan-rakannya akan bersiar-siar di taman bunga untuk menghilangkan kepenatan bekerja. Peribahasa yang sesuai ialah
Ambil angin
makan angin
keluar angin
naik angin
Janganlah kita boros berbelanja, sebaiknya berbelanjalah mengikut kemampuan diri atau bersesuaian dengan kewangan kita.
Ukur baju di badan sendiri
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa tahu
Ukurlah baju di badan sendiri
Mengukur baju di badan sendiri
Sebelum melakukan sesuatu perkara, kita hendaklah berfikir dengan semasak-masaknya supaya tidak menyesal kemudian hari.
Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna
Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan
Nasi sudah menjadi bubur
Sediakan payung sebelum hujan
Peribahasa di bawah sama maksud tentang sikap manusia yang pelbagai ragam walaupun dalam kumpulan yang sama kecuali
bulat hati
Rambut sama hitam, hati lain-lain
Banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam
Lain mangkuk, lain cawan
Peribahasa belut pulang ke lumpur sama maksud dengan peribahasa di bawah kecuali
Itik pulang petang
Sirih pulang ke gagang
Setinggi-tinggi terbang bangau, hinggap di belakang kerbau juga
Haruan pulang ke lubuk
Peribahasa buka pekung di dada sama maksud dengan peribahasa
Menepuk air di dulang, terpercik muka sendiri
Seekor kerbau membawa lumpur, semuanya terpalit
Telah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi
Musuh dalam selimut
Anak sungai boleh berubah, ______________________________ .
Inikan pula hati manusia
Anak manusia juga berubah
habis dibawa arus
laluan air juga berubah
_______________________________, lama-lama menjadi kain.
Sehari selembar benang
Carik-carik bulu ayam
Diam-diam besi berkarat
Ibarat menegak benang basah
Tempat jatuh lagi dikenang, _____________________________ .
inikan pula tempat bermain
yang dikejar tak dapat
di mana bumi dipijak
ditimpa tangga
Tak tumbuh tak ______________, tak ________________ orang tak kata.
melata, sungguh
merata,suka
hidup, benar
merayap, betul
Apabila melakukan sesuatu pekerjaan yang susah, kita hendaklah bersabar dan menyempurnakan pekerjaan itu sehingga berjaya. Pernyataan ini sesuai dengan peribahasa
Genggam bara api biar sampai jadi arang
Usaha tangga kejayaan
melentur buluh biarlah dari rebungnya
bulan jatuh ke riba
Mendengar dengan teliti
pasang telinga
telinga kuali
telinga lintah
pekak badak
Keadaan yang sentiasa terancam dan tidak selamat
Seperti telur di hujung tanduk
Nyawa-nyawa ikan
Embun di hujung rumput
Abu di atas tunggul
Maksud peribahasa belum duduk, sudah berlunjur ialah
Belum memperoleh sesuatu yang dihajati tetapi sudah berasa gembira
Kehidupan seseorang yang sentiasa susah dan menderita
Pendirian atau pandangan yang tidak tetap
Suka membesar-besarkan sesuatu yang kecil
Orang yang suka menghasut
Batu api
Batu loncatan
Hati batu
Kepala batu
Berikut merupakan peribahasa yang sesuai dengan tema budaya membaca kecuali
berguru kepalang ajar, bagai bunga kembang tak jadi
Ilmu pelita hidup
Membaca jambatan ilmu
Jauh berjalan luas pengalaman, banyak membaca luas pengetahuan
Peribahasa yang sama maksud dengan bagai pinang dibelah dua ialah
(a)
Nyatakan perumpamaan yang menggunakan nama haiwan berkaki dua
(a)
Simpulan bahasa menggunakan perkataan berat
(a)
Lengkapkan bidalan ini.
Hidup segan (a)
