wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Komposisi Udara (2)

Total questions: 14

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.

................... ialah kitar yang mengekalkan kandungan karbon dioksida dalam udara dengan mengambil karbon dioksida dari udara dan mengembalikannya semula ke udara secara berterusan.

a)

Kitar Oksigen

b)

Kitar Karbon

2.

........................... kitar yang melibatkan pengambilan oksigen daripada udara dan pengembalian oksigen semula ke udara secara berterusan.

a)

Kitar Oksigen

b)

Kitar Karbon

3.

Apakah gas yang menyebabkan kesan rumah hijau?

a)

oksigen

b)

nitrogen

c)

karbon dioksida

d)

gas nadir

4.

Yang manakah bukan aktiviti manusia yang meningkatkan kandungan karbon dioksida di atmosfera.

a)

Pembalakan

b)

Pembakaran terbuka

c)

Penggunaan klorofluorokarbon (CFC)

d)

Pembakaran bahan api fosil

5.

Apakah kesan aktiviti pembakaran hutan oleh pihak tertentu terhadap kandungan oksigen dan karbon dioksida dalam udara?

a)

Kandungan oksigen berkurang manakala kandungan karbon dioksida bertambah

b)

kandungan oksigen bertambah manakala kandungan karbon dioksida berkurang

6.

Rajah di atas menunjukkan kitar karbon. Namakan proses semulajadi X dan Y

a)

X : Fotosintesis

Y : Respirasi

b)

X : Respirasi

Y : Fotosintesis

7.

Yang manakah bukan kesan-kesan daripada pemanasan global?

a)

kenaikan aras laut

b)

peleburan ais di kedua-dua kutub

c)

banjir tidak berlaku

d)

memberi penyakit kepada manusia

8.

Antara berikut adalah punca-punca yang menyebabkan pemanasan global kecuali

a)

penerokaan kawasan hutan yang berleluasa

b)

kegiatan pembakaran tertutup

c)

penggunaan kenderaan yang melibatkan pembakaran fosil

9.

Gas oksigen di dalam kitar oksigen diperlukan untuk proses yang berikut kecuali

a)

Respirasi

b)

Pereputan

c)

Fotosintesis

d)

Pembakaran

e)

Pengaratan

10.

Antara berikut merupakan langkah-langkah mengelakkan gangguan kitar oksigen dan kitar karbon kecuali

a)

Mengelakkan penggunaan racun serangga yang berleluasa

b)

Mencegah pembalakan haram

c)

Melakukan pembakaran hutan

d)

Menanam semula pokok

e)

Mengelakkan pembebasan asap kenderaan yang berlebihan

11.

Antara proses berikut, yang manakah membebaskan oksigen?

a)

Respirasi

b)

Pembakaran

c)

Pengaratan

d)

Fotosintesis

12.

Fenomena yang manakah menyebabkan peningkatan suhu dunia?

a)

Hujan asid

b)

Penipisan lapisan ozon

c)

Kesan rumah hijau

d)

Jerebu

13.

Antara yang berikut, yang manakah bukan merupakan cara yang paling baik untuk mengurangkan kesan rumah hijau?

a)

menanam lebih banyak pokok

b)

menggunakan kenderaan awam

c)

menggunakan produk bebas CFC

14.

Proses yang manakah membebaskan karbon dioksida dalam kitar karbon?

a)

Transpirasi

b)

Respirasi

c)

Fotosintesis

d)

Kondensasi