WorksheetsUji Pengetahuan Bahasa Kita !
Total questions: 40
Worksheet time: 40mins
"__________ naik, semua orang sedang menunggu ketibaan kamu," kata Puan Nadra.
Usah
Tolong
Jemput
Jangan
__________ sentuh suis dengan tangan yang basah.
Tolong
Sila
Usah
Bukan
"__________, berani kamu masuk ke kawasan larangan ini!" kata pengawal itu kepada Hashim.
Amboi
Wah
Cis
Tahniah
"__________, malang sungguh nasibku!" rintih pemuda itu.
Aduhai
Wah
Hai
Eh
"__________, aku tidak mahu masuk campur dalam urusan kamu berdua!" kata Saiful kepada Hanan dan Hanani.
Helo
Hai
Eh
Ah
"__________, berani engkau menghina aku!" jerit Aziz kepada Kiah
Wah
Wei
Cis
Aduhai
__________ teknik yang terbaik untuk menguasai topik Indeks Gubahan dalam mata pelajaran Matematik Tambahan?
Bagaimanakah
Mengapakah
Berapakah
Di manakah
"__________ yang akan menyertai lawatan sambil belajar ke Tanjung Piai, esok?" tanya Nurina kepada rakan-rakan sekelasnya.
Berapakah
Apakah
Bagaimanakah
Siapakah
"_________ budak itu hanya mendiamkan diri ketika disoal oleh gurunya?" desis hati Syaz.
Siapakah
Mengapakah
Bagaimanakah
Apa
"________ perancangan kamu selepas tamat peperiksaan SPM nanti? " tanya Lili kepada Dayana
Bagaimanakah
Berapakah
Apakah
Di manakah
Aisyah tidak menemui baju uniform sekolahnya __________ dia yang menyimpan baju tersebut.
kerana
padahal
sejak
sehingga
Kami akan berhenti bermain bola sepak ______ hujan masih belum berhenti.
tatkala
apabila
seandainya
agar
Naura tidak berputus asa _________ masih belum berjaya mendapat markah tertinggi dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
walhal
kerana
walaupun
walau bagaimanapun
_________ dia tidak dapat melihat, dia mampu menghafal ayat-ayat al-Quran dengan baik sekali.
Kerana
Lalu
Sungguhpun
Semenjak
Ayah selalu mengingatkan kami _________ belajar dengan bersungguh-sungguh _______ kehidupan yang lebih baik.
untuk, agar
agar, demi
supaya, lantas
walaupun, padahal
Novel Ayahanda karya Azizi Hj Abdullah semakin mendapat perhatian ________ diterjemah dalam bentuk drama yang dibintangi oleh pelakon-pelakon tersohor.
semenjak
yang
walaupun
sehingga
Ah Lim terpaksa menolak tawaran untuk menyertai lawatan ke Lost World of Tambun, yang dikelilingi oleh gunung batu kapur kerana kekurangan wang, __________ ibunya tidak membenarkannya pergi.
lagipun
walhal
meskipun
walaupun
Haikal menghantar e-mel __________ adiknya yang sedang belajar di Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) dengan menyatakan dia dan keluarganya akan ke sana pada minggu depan.
terhadap
untuk
bagi
bahawa
Mazni termangu seketika __________ mendengar berita yang disampaikan oleh Rahayu.
setelah
serta
sehingga
sambil
"Tuanku Sultan mengarahkan tuan hamba datang __________ baginda dengan segera," kata Bendahara kepada Laksamana.
berbicara
berhadapan
menghadap
menjunjung kasih
Suraaj duduk __________ kerana keletihan setelah berlari sejauh 800 meter.
tertiarap
bersandar
terpaku
tercegat
Pelayan restoran itu berjalan sambil __________ sedulang hidangan yang dipesan oleh pelanggannya.
menjinjing
menatang
menjunjung
mengangkat
Keindahan panorama di Pulau Manukan amat __________ pandangan saya.
mencuit
menggoda
menyentap
memukau
Ketua kampung __________ kami wang tunai RM200 kerana berjaya melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi Awam.
menghadiahkan
menganugerahkan
menghadiahi
menganugerahi
Datuk __________ ranting pokok bunga kertas di sekeliling rumahnya supaya kelihatan kemas dan cantik.
memangkas
mencabut
menanam
menghiris
Aida bersama keluarganya __________ di Sungai Klah selama tiga hari.
berkhelah
berkelah
berkhemah
berkemah
Salmah sedang __________ jendela supaya bahagian di dalam rumahnya diterangi oleh sinaran cahaya matahari.
menguapkan
menguakkan
membukakan
menolak
Kapal terbang dari KLIA akan __________ di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah pada pukul 6.00 petang.
berlepas
menaiki
berangkat
mendarat
"Awak masuklah dahulu. Sekejap lagi saya akan __________," kata Hanafi kepada Abdullah.
mengekori
menyusul
membuntuti
mengejar
Nelayan itu __________ perahunya dengan tidak berhenti-henti kerana kebocoran sewaktu berada di tengah laut.
menolak
menarik
menimba
mendayung
"Patik rasa sangat gembira kerana Tuanku akan terus __________ rakyat di negeri ini," kata Bendahara kepada Sultan.
memayungi
mendaulatkan
mengisytiharkan
menerangi
Betulkan kesalahan ejaan di bawah dengan menulis semula keseluruhan frasa dengan betul :
Kedai Serba Nika
(a)
Betulkan kesalahan ejaan di bawah dengan menulis semula keseluruhan frasa dengan betul :
Kerosakkan itu akan dibaiki selewat lewatnya esuk.
(a)
Betulkan kesalahan ejaan di bawah dengan menyalin semula frasa dengan betul :
Masyarat sekarang gairah mengunakan peranti eletronik
(a)
Betulkan ejaan di bawah dengan menulis semula semua frasa dengan betul :
Remaja dinasihatkan agar tidak muda terpegaruh dengan anassir luar.
(a)
Puan Sharifah mengambil upah __________ kain di bengkel majikannya.
menekap
mengecap
mengecop
menekan
Tukarkan ayat di bawah kepada ayat pasif :
Mereka membersihkan kelas setelah lima bulan bercuti.
(a)
Tukar ayat susunan songsang di bawah kepada ayat susunan biasa :
Boleh menyebabkan kematian penyakit TiBi
(a)
Tiada masaalah yang tidak dapat diselesaikan.
Betulkan SATU kesalahan ejaan dalam frasa di atas tanpa menyalin semula frasa tersebut.
(a)
Tandakan DUA perkataan yang dieja dengan tepat
naskhah
pra-syarat
bumiputera
pribumi
