wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SAINS TAHUN 3 SISTEM SURIA

Total questions: 21

Worksheet time: 6mins

Name
Class
Date
1.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan senarai ahli Sistem Suria yang betul?

a)

Matahari, planet dan satelit semula jadi

b)

Matahari, planet, satelit semula jadi dan asteroid

c)

Matahari, planet, satelit semula jadi, asteroid dan meteoroid

d)

Matahari, planet, satelit semula jadi, asteroid, meteoroid, komet

2.

Entiti manakah yang merupakan pusat Sistem Suria?

a)

Satelit semula jadi

b)

Matahari

c)

Bumi

d)

Asteroid

3.

Terdapat berapa planet dalam Sistem Suria?

a)

6

b)

7

c)

8

d)

9

4.

Yang manakah merupakan urutan planet dalam Sistem Suria yang betul bermula dari Matahari?

a)

Utarid, Zuhrah, Bumi, Marikh, Musytari, Zuhal, Uranus, Neptun

b)

Utarid, Zuhrah, Bumi, Zuhal, Uranus, Neptun, Marikh, Musytari

c)

Neptun, Uranus, Zuhal, Musytari, Marikh, Bumi Zuhrah, Utarid

d)

Neptun, Uranus, Zuhal, Zuhrah, Utarid, Musytari, Marikh, Bumi

5.

Bulan merupakan objek semula jadi yang beredar mengellingi planet Bumi. Oleh itu, bulan merupakan sebuah ___________.

a)

asteroid

b)

meteoroid

c)

komet

d)

satelit semula jadi

6.

Bulan merupakan objek semula jadi yang beredar mengellingi planet Bumi. Oleh itu, bulan merupakan sebuah ___________.

a)

asteroid

b)

meteoroid

c)

komet

d)

satelit semula jadi

7.

___________ terhasil apabila asteroid berlanggar dan menghasilkan serpihan batu yang lebih kecil di ruang angkasa.

a)

Komet

b)

Asteroid kecil

c)

Meteoroid

d)

Meteorit

8.

Saya terdiri daripada gas-gas beku, batuan dan debu yang beredar mengelilingi Matahari. Apabila saya menghampiri Matahari, sebahagian daripada badan saya bertukar menjadi gas dan membentuk ekor yang panjang dan bersinar. Siapakah saya?

a)

Asteoroid

b)

Meteor

c)

Meteoroid

d)

Komet

9.

Suhu planet yang dekat dengan Matahari lebih panas berbanding dengan suhu planet yang jauh dari Matahari. Betul atau Salah?

a)

Betul

b)

Salah

10.

Planet __________ merupakan planet yang paling sejuk dalam Sistem Suria.

a)

Bumi

b)

Utarid

c)

Neptun

d)

Uranus

11.

Sekiranya Bumi berada di kedudukan planet Neptun, adakah Bumi sesuai untuk kehidupan? Mengapa?

a)

Ya, kerana Bumi mempunyai atmosfera.

b)

Ya, kerana Bumi mengandungi air.

c)

Tidak, kerana suhu terlalu panas.

d)

Tidak, kerana suhu terlalu sejuk.

12.

Planet-planet bergerak mengelilingi Mahatari mengikut laluan bayangan berbentuk ___________ yang dipanggil ___________.

a)

bulat, orbit

b)

elips, orbit

c)

bulat, jalur

d)

elips, jalur

13.

Planet-planet dalam Sistem Suria hanya akan beredar mengelilingi Matahari mengikut orbit masing-masing. Betul atau Salah?

a)

Betul

b)

Salah

14.

Planet manakah yang mengambil masa paling cepat untuk membuat satu peredaran lengkap mengelilingi Matahari?

a)

Bumi

b)

Utarid

c)

Musytari

d)

Neptun

15.

Berapakah bilangan ahli dalam Sistem Suria?

a)

4

b)

5

c)

6

d)

7

16.

Matahari, planet, satelit semula jadi, asteroid, komet dan meteoroid merupakan ahli dalam Sistem Suria.

a)

Benar

b)

Salah

17.

_______________ ialah pusat bagi Sistem Suria.

a)

Asteroid

b)

Komet

c)

Matahari

18.

Rajah menunjukkan model Sistem Suria.


Planet Neptun paling jauh dari Matahari.

Jadi suhunya …………………….

a)

paling tinggi.

b)

paling rendah.

c)

sederhana sahaja.

19.

Rajah menunjukkan kedudukan planet dalam Sistem Suria.


Bumi berada dalam urutan ke-…………………… dari Matahari.

a)

2

b)

3

c)

4

20.

Planet manakah mengambil masa paling cepat untuk membuat satu peredaran lengkap mengelilingi Matahari?

a)

Bumi

b)

Zuhal

c)

Utarid

21.

Mengapakah planet-planet di dalam Sistem Suria tidak berlanggar antara satu sama lain?

a)

Planet pandai mengelakkan diri.

b)

Planet berputar dengan perlahan.

c)

Planet mempunyai orbitnya sendiri.