Font size
WorksheetsSains Komputer Tingkatan 4 - 3.1.1 Mengkaji keperluan intera
Total questions: 10
Worksheet time: 6mins
______ ialah susun atur teks, gambar, butang dan menu dalam sesuatu produk.
Reka bentuk
Interaksi
______ ialah tindakan manusia semasa menggunakan produk tersebut.
Reka bentuk
Interaksi
Apakah ciri-ciri reka bentuk yang membuatkan sesuatu aplikasi itu digunakan oleh ramai pengguna dalam kehidupan seharian?
Mudah
Menarik
Ringkas
Kompleks
Apakah prinsip-prinsip yang perlu dipatuhi bagi menghasilkan reka bentuk interaksi yang baik?
Konsistensi (consistency)
Kebolehan membuat pemerhatian (perceivability)
Boleh dipelajari (learnability)
Kebolehan untuk menjangka (predictability)
Maklum balas (feedback)
"Pengguna mahu membeli atau menggunakan produk yang mempunyai kebolehgunaan yang tinggi, selamat, berguna, berfungsi dan dalam jangka masa yang panjang, lebih membantu dan menyeronokkan pengguna dalam kehidupan seharian".
Pernyataan di atas merujuk kepada keperluan _______
Mendapat permintaan dalam pasaran
Meningkatkan produktiviti
Mengurangkan kos selepas jualan
Mengurangkan kos pembangunan
"Berkeupayaan untuk menghasilkan output dari satu set input yang diberikan lebih cepat dengan menggunakan sumber pekerja, teknologi dan sistem secara optimum dan menukar input kepada output yang berguna".
Pernyataan di atas merujuk kepada keperluan _______
Mendapat permintaan dalam pasaran
Meningkatkan produktiviti
Mengurangkan kos selepas jualan
Mengurangkan kos pembangunan
"Jika produk tidak berfungsi dengan sempurna, pengguna akan menghantar produk untuk dibaiki. Hal ini akan meningkatkan kos selepas jualan".
Pernyataan di atas merujuk kepada keperluan _______
Mendapat permintaan dalam pasaran
Meningkatkan produktiviti
Mengurangkan kos selepas jualan
Mengurangkan kos pembangunan
"Elakkan daripada melaksanakan ciri-ciri yang tidak disukai pengguna dan produk yang tidak cekap. Jika kedua-dua perkara ini dielakkan, kos pembangunan dapat dijimatkan".
Pernyataan di atas merujuk kepada keperluan _______
Mengurangkan kos selepas jualan
Mengurangkan kos pembangunan
Mengembangkan aktiviti dan menambahkan pengalaman manusia
Pengkomputeran sosial
"Infrastruktur teknologi bagi satu kawasan yang baharu akan dibangunkan untuk memberikan peluang kepada manusia yang ingin mengembangkan aktiviti dan menambahkan pengalaman dalam kehidupan mereka".
Pernyataan di atas merujuk kepada keperluan _______
Mengurangkan kos selepas jualan
Mengurangkan kos pembangunan
Mengembangkan aktiviti dan menambahkan pengalaman manusia
Pengkomputeran sosial
"Arus perkembangan laman sesawang menjana persekitaran interaktif sosial untuk mewujudkan peluang berkomunikasi atau perhubungan sosial antara manusia. Manusia tidak akan berinteraksi dengan mesin atau komputer sahaja, malahan manusia akan berinteraksi dengan manusia yang lain melalui penggunaan komputer".
Pernyataan di atas merujuk kepada keperluan _______
Mengurangkan kos selepas jualan
Mengurangkan kos pembangunan
Mengembangkan aktiviti dan menambahkan pengalaman manusia
Pengkomputeran sosial
