wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SISTEM BAHASA (SIRI 1)

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Kakak membantu ibu untuk _________tauge dan _______ untuk menyediakan mihun soto.

a)

mencelur...mereneh

b)

merebus...mendidih

c)

mencelur...mendidih

d)

menggoreng ... mereneh

2.

Guru kelas Joaane menampal keputusan Pentaksiran Pertengahan Tahun kelas mereka ___________ papan kenyataan.

a)

di

b)

pada

c)

atas

d)

kepada

3.

Law ketawa __________ semasa menonton cerita " Pendekar Bujang Lapok" lakonan Allahyarham P.Ramlee.

a)

tersentak-sentak

b)

tergigil-gigil

c)

terbahak-terbahak

d)

tersipu-sipu

4.

Chitraleka terpaksa menunggu keputusan __________ selama dua minggu sebelum dapat bekerja di syarikat besar itu.

a)

temu bual

b)

temu duga

c)

temubual

d)

temuduga

5.

Satu usaha yang dilaksanakan oleh pihak sekolah untuk menyedarkan murid sekolah ________ bahaya meroko adalah dengan mengadakan ceramah antimerokok.

a)

pada

b)

oleh

c)

tentang

d)

demi

6.

"Mengapakah ________ bermuram durja?", tanya Sultan Mansur kepada puterinya

a)

tuanku

b)

tuan hamba

c)

kamu

d)

anakanda

7.

Ibu menggunakan ___________ gelang getah untuk mengikat plastik bungkusan roti yang telah dibukanya.

a)

seurat

b)

segelung

c)

sehelai

d)

segulung

8.

Tandas murid lelaki itu berbau ________ kerana ada murid yang tidak menjirusnya selepas membuang air kecil.

a)

hamis

b)

hancing

c)

hapak

d)

hanyir

9.

Kerja-kerja mencari mangsa yang lemas di laut itu diteruskan juga _________ cuacanya kurang baik

a)

hingga

b)

sekiranya

c)

walaupun

d)

sementara

10.

Priya dapat menyampaikan ucapannya dengan ________ semasa perhimpunan pagi tadi walaupun pada mulanya dia kelihatan gugup.

a)

lancar

b)

licin

c)

cekap

d)

cepat