wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BAHAGIAN A

Total questions: 20

Worksheet time: 40mins

Name
Class
Date
1.

Ibu akan memastikan air yang dimasak ___________ untuk dibuat kopi.

a)

menggelombang

b)

menggelegak

c)

menggeletar

d)

membuak

2.

Kanak-kanak itu gagal diselamatkan ketika dihanyutkan ______ sungai yang deras dalam kemalangan yang menyayat hati itu.

a)

arus

b)

kitaran

c)

gelombang

d)

putaran

3.

Seorang lelaki telah dijumpai _________ di tepi pantai oleh sekumpulan pengakap yang sedang berkhemah di situ.

a)

terpapar

b)

terdampar

c)

terlantar

d)

tertiarap

4.

Buku yang ditulis dalam __________ itu, iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.

a)

dwibahasa

b)

ekabahasa

c)

interbahasa

d)

pancabahasa

5.

________ yang bergemuruh telah diberikan oleh murid-murid setelah mereka mendengar ceramah yang disampaikan oleh novelis terkenal itu.

a)

Teriakan

b)

Tepukan

c)

Laungan

d)

Jeritan

6.

Tujuan Tuan Pengetua mengadakan mesyuarat guru itu ialah untuk membincangkan masalah disiplin murid yang semakin merosot. Tiada kesalahan.

a)

mengadakan

b)

ialah

c)

disiplin

d)

tiada kesalahan

7.

Cat dinding di bahagian luar rumahnya berwarna biru manakala di bahagian dalam rumah pula berwarna kuning. Tiada Kesalahan.

a)

di bahagian

b)

manakala

c)

dalam

d)

tiada kesalahan

8.

I Pakcik Raman berasa selesa apabila duduk di kerusi yang enak ini.

II Nasi lemak yang dijual di kantin sekolah sangat enak rasanya.

III Sejak semalam badannya berasa tidak enak kerana diserang demam.

IV Gurunya memerhatikan muka mereka dengan pandangan yang kurang enak.

a)

I dan II sahaja

b)

III dan IV sahaja

c)

I, II dan III sahaja

d)

II, III dan IV sahaja

9.

I Amin berasa tertekan kerana bertimbun-timbun penyakit menimpa dirinya.

II Kesesakan berlaku akibat bertimbun-timbun kereta menggunakan lebuh raya.

III Buku yang bertimbun-timbun ini akan dihadiahkan kepada perpustakaan desa.

IV Sabut yang bertimbun-timbun di bawah rumah itu telah dibakar oleh ibu.

a)

I dan II sahaja

b)

III dan IV sahaja

c)

I, II dan III sahaja

d)

II, III dan IV sahaja

10.

Disebabkan sering dibuli oleh rakan-rakannya, dia terpaksa berjumpa guru disiplin untuk mengadukan hal tersebut.

a)

berjumpa dengan guru disiplin

b)

berjumpa akan guru disiplin

c)

jumpa guru disiplin

d)

berjumpa guru disiplin

11.

Cadangan ini saya akan panjangkan kepada pihak atasan pada minggu hadapan.

a)

akan saya memanjangkan

b)

saya akan dipanjangkan

c)

akan saya panjangkan

d)

saya akan panjangkan

12.

Sikap berhati-hati perlu diutamakan oleh penunggang-penunggang motosikal

ketika berada di jalan raya.

a)

Penunggang-penunggang motosikal mestilah berhemat di jalan raya bagi mengelakkan kemalangan.

b)

Para penunggang motosikal haruslah berhati-hati jika ingin menunggang di jalan- jalan utama.

c)

Semasa berada di jalan raya penunggang-penunggang motosikal harus lebih berhati-hati.

d)

Utamakanlah keselamatan diri dan berhati-hatilah ketika menunggang

motosikal di jalan raya.

13.

Spesies flora dan fauna semakin pupus akibat penebangan hutan yang berleluasa

di negara kita.

a)

Spesies flora dan fauna sudah pupus disebabkan berleluasanya penebangan pokok di negara kita.

b)

Di negara kita penebangan hutan yang berleluasa telah menyebabkan kepupusan spesies flora dan fauna.

c)

Di negara kita telah berlaku penebangan hutan maka secara berleluasa berlakulah kepupusan flora dan fauna.

d)

Penebangan hutan di negara kita membawa impak kepada kekurangan spesies flora dan fauna secara berleluasa.

14.

Walaupun Ah Meng seorang pendiam, namun prestasinya dalam pelajaran amat membanggakan. Peribahasa yang sesuai untuk kenyataan di atas ialah __________________.

a)

sehari selembar benang lama-lama menjadi kain.

b)

sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit.

c)

kalau tiada angin, masakan pokok bergoyang

d)

diam-diam ubi berisi, diam-diam penggali berkarat.

15.

Sikap merendah diri pengurus itu disenangi oleh pekerjanya dan beliau dihormati oleh mereka. Sikap pengurus itu seperti ____________

a)

ikut resmi padi semakin tunduk semakin berisi.

b)

di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.

c)

benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau.

d)

ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya

16.

KIJANG YANG LELAH

Suara nyaringnya (a)   , gerak dan langkah.

Apakah yang dimaksudkan dengan menghambat waktu yang tersisa?

17.

Berdasarkan sajak Kijang yang Lelah, berikan dua gaya bahasa yang menarik.

(a)  

18.

Nyatakan tema bagi sajak Bintang.

(a)  

19.

Berikan dua pengajaran dalam sajak Bintang.

(a)  

20.

Pada pendapat anda, mengapakah ibu sering memberikan peringatan kepada anak-anak?

(a)