wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Pantun Alam Remaja Ting2

Total questions: 21

Worksheet time: 21mins

Name
Class
Date
1.

Pantun tergolong dalam kategori ...

a)

Prosa

b)

Puisi

c)

Karangan

d)

Ringkasan

2.

Apakah maksud perkataan melapun dalam rangkap ketiga Pantun Alam Remaja?

a)

Menjual ikan yang segar di pasar

b)

Membersihkan kolam ternakan ikan

c)

Membeli makanan untuk ikan ternakan

d)

Memasang jaring untuk menangkap ikan

3.

Antara yang berikut, yang manakah tema bagi "Pantun Alam Remaja"?

a)

Kebimbangan anak-anak sewaktu ketiadaan ibu bapa di rumah

b)

Pesanan ibu dan bapa kepada anak-anaknya supaya dapat menjaga diri.

c)

Aktiviti nyanyian bersama-sama keluarga dapat mengisi masa terluang

d)

Kegembiraan anak-anak sewaktu menyambut kepulangan ibu bapa ke rumah.

4.

Baris ayat elok rupanya kumbang jati pada rangkap pertama pantun merujuk kepada penggunaan gaya bahasa

a)

inversi

b)

sinkope

c)

metafora

d)

personifikasi

5.

Mengapakah ibu bapa tidak seharusnya memarahi anak-anak yang gemar berpantun?

a)

Mengelakkan anak-anak berasa kecil hati

b)

Anak-anak yang masih kecil biasanya manja

c)

Menghargai kepandaian anak-anak dalam berpantun

d)

Menunjukkan ibu dan bapa terlalu sayang akan anak-anak

6.

Yang berikut merupakan perkara-perkara yang dapat mengembirakan anak-anak, kecuali

a)

menyanyi bersama adik-beradik

b)

membawa anggota keluarga bercuti

c)

menyambut kepulangan ibu bapa

d)

menerima hadiah daripada ibu dan ayah

7.

Pilih dua nilai yang terdapat dalam pantun ini

a)

Kasih sayang

b)

Penyayang

c)

Pemurah

d)

Bertanggungjawab

8.

Pantun ini terdiri daripada ______________ rangkap.

a)

5

b)

6

c)

7

d)

8

9.

Tema ialah sesuatu yang boleh dijadikan iktibar dalam hidup.

a)

Betul

b)

Salah

10.

Dua baris pertama dalam pantun merupakan

a)

maksud

b)

pembayang

11.

Pantun merupakan satu

a)

Puisi Tradisonal

b)

Puisi Moden

c)

Prosa Tradisional

d)

Prosa Moden

12.

Apakah yang ingin disampaikan oleh penyajak dalam rangkap pertama Pantun Alam Remaja?

a)

anak-anak akan berasa sangat gembira sewaktu menyambut kepulangan ibu di rumah.

b)

ibu bapa tidak sewajarnya memarahi anak-anak yang gemar berpantun kerana anak-anak masih kecil.

c)

adik-beradik menyanyikan sebarang lagu bersama-sama

d)

pemberian atau hadiah daripada ibu bapa membuatkan anak-anak berasa gembira.

13.

Apakah tema bagi Pantun Alam Remaja?

a)

Nasihat yang dijadikan panduan kepada masyarakat agar mereka sentiasa melakukan kebaikan

b)

Sindiran terhadap segelintir masyarakat yang mengamalkan sikap negatif

c)

Kegembiraan anak-anak sewaktu menyambut kepulangan ibu bapa mereka ke rumah.

d)

masyarakat yang berbudi bahasa akan dipandang tinggi

14.

Yang manakah merupakan bentuk Pantun Alam Remaja?

a)

terdiri daripada 10 hingga 11 bilangan patah perkataan

b)

Terdiri daripada tujuh rangkap

c)

membpunyai pembayang

d)

terdiri daripada 18 hingga 20 suku kata

15.

Pilih gaya bahasa yang betul dalam Pantun Alam Remaja.

a)

Imej alam- tanjung, saga, daun, emas

b)

Personifikasi- bijak bertemu dengan jauhari

c)

Imej alam- ikan, buah sintang, buah senikul

d)

Peribahasa - Besar Hati

16.

Berikut merupakan nilai yang terdapat dalam Pantun Alam Remaja kecuali

a)

hormat-menghormati

b)

baik hati

c)

tanggungjawab

d)

kesedaran

17.

Apakah maksud rangkap ketujuh Pantun Alam Remaja?

a)

ibu bapa tidak sewajarnya memarahi anak-anak yang suka berpantun kerana anak-anak yang masih kecil biasanya manja.

b)

kepulangan ibu bapa menghilangkan rasa takut dan risau anak-anak di rumah.

c)

anak-anak akan berasa sangat gembira jika ibu pulang cepat ke rumah.

d)

adik-beradik menyanyikan sebarang lagu bersama-sama.

18.

Pengajaran manakah yang benar berdasarkan Pantun Alam Remaja?

a)

paras rupa yang elok tidak berharga jika tidak berbudi bahasa

b)

sikap rendah diri dalam kalangan perantau apabila berada di tempat orang.

c)

kita mestilah bertanggungjawab terhadap keselamatan anak-anak.

d)

sifat malas yang bermula sejak kecil akan sukar diubah apabila sudah dewasa.

19.

"ketakutan dan kerisauan anak-anak akan hilang setelah melihat ibu bapa pulang ke rumah".


berikut merupakan maksud Pantun Alam Remaja bagi rangkap?

a)

rangkap 7

b)

rangkap 2

c)

rangkap 5

d)

rangkap 1

20.

Pantun Alam Remaja merupakan karya...

a)

Mohd. Yusof Md. Nor dan Dr. Abd. Rahman Kaeh

b)

Rejab F.I

c)

Abu Hassan Sham

d)

Aaron Aziz

21.

Antara berikut yang manakah unsur bunyi yang betul dalam Pantun Alam Remaja?

a)

bunga melati bunga di darat

b)

hajat hati nak peluk gunung

c)

hanyut batang berlilit kumpai

d)

hina manusia tidak berbudi