Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KOMSAS TINGKATAN 1 - PANTUN DUA KERAT

Total questions: 26

Worksheet time: 13mins

Name
Class
Date
1.

Pantun ini mempunyai ......... rangkap.

a)

dua

b)

tiga

c)

empat

d)

lima

2.

Pantun dua kerat (Nasihat) berbentuk .......

a)

terikat

b)

bebas

3.

Berikut merupakan contoh bagi gaya bahasa imej alam dalam pantun ini kecuali :

a)

buah sintang

b)

buah senikul

c)

emas

d)

hitam

4.

Yang manakah berikut menunjukkan contoh bagi gaya bahasa kata ganda?

a)

perak

b)

hitam-hitam

c)

orang selimut selalu lelap

5.

Nilai yang terdapat dalam pantun dua kerat ini adalah ............ KECUALI

a)

kerajinan

b)

kerjasama

c)

terima kasih

d)

rasional

6.

Pada pendapat anda, mengapakah sikap saling bekerjasama patut diamalkan dalam setiap pekerjaan? (PILIH DUA JAWAPAN)

a)

supaya dapat memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat

b)

supaya sesuatu pekerjaan mudah dilaksanakan

c)

supaya dapat gotong-royong

7.

Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri orang berjaya?

a)

rajin berusaha

b)

suka menipu

8.

Kita tidak harus menilai seseorang berdasarkan parasa rupa sahaja.

Apakah nilai yang sesuai melambangkan pernyataan berikut?

a)

Rasional

b)

Kerajinan

9.
Pantun Dua Kerat (Nasihat)
Nyatakan dua perkara negatif yang terdapat dalam pantun di atas?
a)
selalu lelap dan malas bergerak
b)
rajin berusaha
c)
tidak suka tidur
d)
malas berusaha dan sombong
10.
Nyatakan sifat positif  yang dapat diperoleh melalui "Pantun Dua Kerat (nasihat)
i)Bersungguh-sungguh dalam melakukan setiap kerja
ii)setiap kekurangan yang ada pasti ada kelebihan tersendiri
iii)selalu lelap dan malas bergerak
a)
a)i sahaja
b)
b)i dan ii sahaja
c)
c)i dan iii sahaja
d)
d)ii dan iii sahaja
11.

Berdasarkan rangkap kelima Pantun Dua Kerat (Nasihat), apakah amalan yang dianjurkan kepada kita?

a)

Bersikap rajin

b)

Saling bekerjasama

c)

Sentiasa ikhlas

d)

Saling bertegur sapa

12.

Yang berikut merupakan persoalan yang terdapat dalam Pantun Dua Kerat (Nasihat), kecuali

a)

Persoalan tentang sikap terpuji yang menjadi amalan masyarakat

b)

Persoalan tentang kerajinan dalam berusaha

c)

Persoalan tentang menghidari sikap malas

d)

Persoalan tentang membanding-bandingkan rupa paras orang

13.
Pantun Dua Kerat (Nasihat)
Nyatakan dua perkara negatif yang terdapat dalam pantun di atas?
a)
selalu lelap dan malas bergerak
b)
rajin berusaha
c)
tidak suka tidur
d)
malas berusaha dan sombong
14.

Tema bagi pantun ini ialah

a)

kegigihan mencari rezeki

b)

nasihat kepada kita ke arah kebaikan

c)

perpaduan dalam kalangan masyarakat

d)

kesungguhan melakukan sesuatu pekerjaan

15.

Berikut bukan faktor yang menyebabkan seseorang itu gagal kecuali

a)

selalu mengamalkan semangat kerjasama

b)

sikap berhati-hati dalam setiap tindakan

c)

sering menjaga hubungan dan memberi nasihat untuk kebaikan

d)

selalu tidur dan malas bergerak

16.

Amalan saling menasihati penting untuk diamalkan dalam kehidupan.

Pada pendapat anda, apakah tujuan nasihat diberikan kepada seseorang?


I - Membantu seseorang berjaya dalam perniagaan

II - Dapat pengiktirafan daripada orang sekeliling

III - Seseorang itu dapat memperbaiki kelemahan yang ada pada diri

IV - Mendidik seseorang agar meninggalkan perbuatan yang sia-sia

a)

I dan II sahaja

b)

III dan IV sahaja

c)

I, II dan III sahaja

d)

II, III dan IV sahaja

17.

Hitam-hitam pucuk kawa,

Sungguh Hitam dipandang lawa.


Apakah unsur gaya bahasa bagi rangkap di atas?

a)

Repetisi

b)

Inversi

c)

Kata ganda

18.

Berapakah jumlah suku kata dalam sebaris?

a)

8 hingga 11

b)

5 hingga 13

c)

12 hingga 15

19.

Sungguh hitam dipandang lawa.


Apakah pengajaran yang terdapat dalam petikan di atas?

a)

Kita janganlah memandang rendah orang lain.

b)

Kita janganlah bertindak terburu-buru

c)

Kita mestilah sentiasa bersikap rendah diri.

20.

Baris pertama ialah ........... manakala baris kedua ialah .......... .

a)

bayang..........imej

b)

bayang..........maksud

c)

pembayang..........imej

d)

pembayang.........maksud

21.

Pengulangan huruf vokal dikenali sebagai ............

a)

asonansi

b)

aliterasi

22.

Pantun merupakan salah satu daripada puisi__________.

a)

tradisional

b)

moden

23.

Jenis pantun manakah yang kamu pelajari hari ini?

a)

Pantun Nasihat

b)

Pantun Jenaka

c)

Pantun Agama

d)

Pantun Berkasih-kasihan

e)

Pantun Teka-teki

24.

Simpulan bahasa yang mana satukah tepat bagi maksud baris "Orang selimut selalu lelap"?

a)

curi tulang

b)

sakit belakang

c)

berat tulang

d)

ringan tulang

25.

Apakah kesan yang akan terjadi kepada seseorang apabila malas bergerak seperti yang disebutkan dalam rangkap keempat pantun?

a)

tidak akan memperoleh sesuatu

b)

akan memperoleh sesuatu yang sedikit

c)

memperoleh sesuatu yang diidamkan

d)

dapat membuat pilihan terhadap sesuatu yang dikehendaki

26.

Rima akhir Pantun Dua Kerat (Nasihat)

a)

aa

b)

ab

c)

abc

d)

abcd