WorksheetsISTILAH SAINS BAB 4
Total questions: 27
Worksheet time: 20mins
(a) ialah proses penghasilan individu baharu oleh organisma hidup.
(a) ialah jenis pembiakan yang melibatkan dua induk iaitu jantan dan betina untuk menghasilkan generasi baharu yang berbeza daripada induknya.
(a) ialah proses percantuman nukleus gamet jantan dengan nukleus gamet betina di dalam badan induk betina.
(a) ialah proses percantuman nukleus gamet jantan dengan nukleus gamet betina di luar badan induk betina.
(a) ialah jenis pembiakan yang melibatkan satu induk dan tidak melibatkan persenyawaan. Individu baharu yang dihasilkan adalah seiras secara genetik dengan induknya.
(a) ialah pembahagian satu sel induk kepada dua sel anak.
(a) ialah proses pembentukan tunas pada badan organisma.
(a) ialah proses penghasilan spora di dalam sporangium.
(a) ialah satu cara untuk menghasilkan tumbuhan baharu daripada bahagian vegetatif tumbuhan induk selain bunga.
(a) ialah peringkat permulaan sistem pembiakan menjadi matang dan menghasilkan sel pembiakan.
(a) ialah gamet jantan iaitu sel yang paling kecil di dalam badan lelaki dan berbentuk seperti berudu
(a) ialah gamet betina iaitu sel yang terbesar di dalam badan perempuan.
(a) ialah peluluhan lapisan dinding uterus dan darah yang mengalir melalui faraj.
(a) ialah satu siri perubahan yang berlaku pada dinding uterus dan ovari.
(a) ialah proses percantuman nukleus sperma dengan nukleus ovum.
(a) terbentuk apabila nukleus sperma bercantum dengan nukleus ovum di tiub Falopio
(a) ialah satu bebola sel yang terbentuk apabila zigot membahagi.
(a) ialah proses ang berlaku apabila embrio berkembang menjadi fetus menyerupai manusia.
(a) ialah ketidakupayaan seseorang untuk melahirkan anak.
(a) ialah organ pembiakan jantan bunga.
(a) ialah organ pembiakan betina bunga
Bunga (a) ialah bunga yang mempunyai kedua-dua bahagian pembiakan jantan (stamen) dan betina (pistil) dalam bunga yang sama.
Bunga (a) ialah bunga yang hanya bahagian pembiakan jantan (stamen) atau pembiakan betina (pistil) sahaja.
(a) ialah proses pemindahan butir debunga matang dari anter ke stigma.
(a) ialah proses perubahan rupa bentuk biji benih yang memerlukan air, udara dan suhu yang sesuai.
Percambahan (a) berlaku apabila kotiledon kekal di dalam tanah sepanjang proses percambahan.
Percambahan (a) berlaku apabila kotiledon keluar dari tanah sepanjang proses percambahan.
